S
NOVEMBER 2024 JILID: WP06/11
ANGKASACoop
www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)
KOPSYA Perkasakan Perkhidmatan Kewangan Islam Koperasi
Bergambar bersama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dengan barisan kepimpinan KOPSYA yang diterajui oleh Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk empat dari kiri). Turut sama di dalam gambar ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin (duduk kanan sekali).
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
inisiatif untuk memberikan sumbangan bermakna kepada koperasi anggota menerusi penyediaan pelbagai pakej kewangan patuh syariah sekali gus mempelbagaikan pendanaan sumber modal perniagaan gerakan koperasi. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA yang juga Pengerusi KOPSYA,
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap dalam satu Majlis Makan Malam Bersama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Kuching, Sarawak pada 28 Oktober 2024.
KOPSYA terus memperkasakan lagi perkhidmatan kewangan Islam sebagai mewarnai landskap kewangan Gerakan Koperasi Negara. Usaha tersebut digerakkan sebagai
BERSAMBUNG DI MUKA 2
2
INFO SEMASA
NOVEMBER 2024
DARI MUKA 1
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bergambar bersama tetamu kehormat dan sebahagian tetamu jemputan.
Katanya,
KOPSYA
sentiasa memacu
bersedia
membantu
kompetensi melalui kepelbagaian aktivitinya dalam menjana pertumbuhan dan pengukuhan sosioekonomi koperasi anggotanya. koperasi "Pada tahun 2017 KOPSYA telah menduduki tangga ke-47 Koperasi terbaik di Malaysia manakala pada 18 Julai 2024, KOPSYA menduduki tempat ke-21 dalam senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia tahun 2024. Pengiktirafan ini menunjukkan pencapaian KOPSYA yang baru menjangkau 13 tahun penubuhan tetapi berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan," jelas beliau. Majlis yang dihadiri oleh kepimpinan 60 buah koperasi di Negeri Sarawak itu turut dihadiri oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Anggota Lembaga KOPSYA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin dan Timbalan Pengerusi KOPSYA, Haji Zaharuddin Alias. Turut hadir ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Dato' Sri Haji Syed Hamzah Syed Paei, Timbalan Pengarah
Sesi penyampaian cenderamata oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, Encik Norazlan Anuar, Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Zon Negeri Sarawak, Puan Siti Maimunah Haji Jerni. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, sehingga kini, KOPSYA telah berjaya merekodkan peningkatan penyertaan koperasi menjadi anggota KOPSYA sebanyak 69 buah koperasi menjadikan jumlah keseluruhan keanggotaan sebanyak 1656 buah Koperasi anggota di seluruh Malaysia. “Dari segi jumlah syer, pada 1 Jan 2024, jumlah syer terkumpul adalah berjumlah RM61,078,690.
Sehingga Oktober 2024, jumlah tersebut telah meningkat 10% menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM6, 027, 225.” Beliau turut menyeru koperasi anggota KOPSYA di Sarawak supaya menambah syer dan membantu mempromosikan KOPSYA kepada koperasi lain supaya KOPSYA dapat terus berkembang pada masa akan datang. Beliau juga yakin usaha murni yang dijalankan oleh KOPSYA akan dapat meningkatkan lagi sumbangan kepada masyarakat.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh
Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik • Dr. Hajah Salmah Ishak Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir • Arman Yusuf
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Media dan Penerbitan Bahagian Komunikasi Strategik dan Kecemerlangan ANGKASA Kumpulan Hubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
• Nazman Nuzol Azam • Azharul Azham Md Esa Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
3 INFO SEMASA
NOVEMBER 2024 Tingkatkan Kekuatan Sebagai Benteng Koperasi
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (duduk, tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, empat dari kiri). Turut sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, YBhg. Puan Noor Afifah Abdul Razak (duduk, empat dari kanan).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketibaan beliau dan juga Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, YBhg. Puan Noor Afifah Abdul Razak telah disambut oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Mereka seterusnya dibawa melawat ‘Terowong Masa’ ANGKASA sebelum diberikan taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan ANGKASA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Dato’ Sri Khairul turut menyatakan sokongan terhadap peranan yang dimainkan oleh ANGKASA khususnya di peringkat antarabangsa, terutamanya apabila Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN secara rasmi mulai 1 Januari 2025. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan, Dato' Haji Shaharudin Mohd Sa'ad dan barisan pengurusan KUSKOP serta pengurusan kanan ANGKASA.
Semua agensi di bawah KUSKOP serta ANGKASA perlu mewujudkan satu sinergi dan menggembleng semua kekuatan supaya gerakan koperasi boleh menjadi benteng ekonomi yang lebih kukuh seterusnya berupaya memberi impak positif kepada kesejahteraan ekonomi rakyat. Demikian ditegaskan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat ANGKASA di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 17 Oktober 2024. Menurut beliau, antara inisiatif yang dirancang oleh KUSKOP termasuklah cadangan penganjuran persidangan koperasi peringkat ASEAN yang telah dikemukakan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick dalam Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. Mesyuarat itu katanya telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 16 Oktober 2024 Lawatan Dato’ Sri Khairul ke ANGKASA merupakan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha KUSKOP berkuat kuasa 5 September 2024 menggantikan Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad yang kini berperanan
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee melihat ‘Terowong Masa’ ANGKASA sambil diberi penerangan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee.
Dari Meja Presiden
kredit juga memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan koperasi lain, terutamanya koperasi kecil yang mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tradisional. Dengan menyediakan pinjaman mikro atau modal permulaan, koperasi kredit dapat membantu koperasi lain memulakan perniagaan atau memperluaskan operasi mereka.
Dalam era ekonomi yang memberi tumpuan kepada impak sosial dan kemajuan teknologi, koperasi di Malaysia berpeluang menjadi pemacu utama dalam perniagaan berimpak tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, koperasi perlu menyesuaikan diri dengan pendekatan moden sambil terus berpegang pada Jati Diri Koperasi. Koperasi bukan sekadar platform perniagaan, malah juga pelopor kepada model ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing. Keberhasilan koperasi dalam perniagaan berimpak tinggi banyak bergantung kepada akses kepada modal dan pembiayaan yang mencukupi. Modal yang kukuh membolehkan koperasi mengambil risiko yang lebih besar, melabur dalam teknologi baharu dan memperluaskan operasi mereka. Tanpa modal yang mencukupi, usaha untuk melancarkan projek berimpak tinggi mungkin terhad dan koperasi tidak dapat memaksimumkan potensi mereka untuk memberi kesan positif kepada komuniti. Pendekatan pembiayaan yang inovatif seperti crowdfunding boleh menjadi alternatif yang menarik bagi koperasi. Melalui kaedah itu, koperasi boleh melibatkan komuniti dalam membiayai projek berimpak tinggi dan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk terlibat dalam usaha tersebut. Koperasi
Kerjasama dengan institusi kewangan juga penting dalam menjamin kestabilan pembiayaan koperasi. Koperasi boleh meraih manfaat daripada program pinjaman mikro, geran kerajaan dan sokongan pembiayaan lain yang ditawarkan oleh institusi kewangan tempatan. Melalui kerjasama ini, koperasi dapat mengakses modal kerja yang diperlukan untuk memperkukuhkan asas kewangan mereka dan melaksanakan projek-projek besar yang boleh menjana impak positif jangka panjang. Menerusi strategi pembiayaan yang kukuh dan pelbagai, koperasi di Malaysia boleh menggerakkan perniagaan berimpak tinggi secara berkesan. Melalui pelbagai kaedah pembiayaan, koperasi boleh mencapai kestabilan kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang memberi impak yang berkesan kepada komuniti dan ekonomi.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
INFO SEMASA 4
NOVEMBER 2024
Tingkatkan Martabat dan Iktiraf Keupayaan Koperator Wanita
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YB Anfaal Saari (empat dari kiri) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) serta tetamu jemputan bergambar bersama koperator wanita pada Majlis Perasmian Simposium Koperasi Wanita 2024 bertempat di Subang Jaya, Selangor pada 8 November 2024.
Negeri Selangor, YB Anfaal Saari berucap dalam Majlis Perasmian Simposium Koperasi Wanita 2024.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
ekonomi yang inklusif dan mampan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Koperasi Wanita 2024 bertempat di Subang Jaya, Selangor pada 8 November 2024. Simposium yang berlangsung selama dua hari bertemakan 'Transformasi Minda Penggerak Kecemerlangan Koperasi Wanita Madani' anjuran Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA itu telah menyaksikan kehadiran seramai 286 koperator wanita daripada 125 buah koperasi wanita seluruh negara. Terdahulu, dalam ucapan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, En. Azizul Alias yang mewakili Ketua Setiausaha KUSKOP berkata bahawa kementerian
komited untuk memperkasakan sektor koperasi termasuk koperasi wanita di Malaysia dengan menyediakan pelbagai sokongan, dasar dan insentif yang boleh merangsang pertumbuhan koperasi pelbagai bidang. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, ANGKASA akan terus memberi sepenuh komitmen dan sedia bertindak sebagai pemudah cara dengan pemain industri serta agensi kerajaan untuk membangunkan koperasi wanita khususnya dalam meningkatkan potensi perniagaan. Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Koperasi ANGKASA di Subang Selangor pada 7 November 2024. Bertemakan 'Transformasi Minda Penggerak Kecemerlangan Koperasi Wanita Madani', program yang berlangsung selama dua hari itu disertai seramai 286 peserta daripada 125 buah koperasi wanita seluruh negara. Simposium Koperasi Wanita menyediakan platform bagi golongan wanita berkongsi pengalaman, memperolehi ilmu baharu, memberi maklumat berkenaan peluang pembiayaan yang boleh membantu mereka mengembangkan perniagaan koperasi masing-masing. Terdahulu, Wakil Sektor Wanita ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abd Latif berkata, hasil daripada simposium tersebut, satu resolusi akan dibentuk iaitu merangkumi cadangan-cadangan dan pandangan untuk memperkasakan lagi koperasi wanita.
Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Wakil Sektor Wanita ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abd Latif, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad dan barisan pengurusan kanan ANGKASA. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hanani Sapit, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Koperasi dan Kawal Selia), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Ahmad Dauta dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus.
Usaha bagi mengangkat martabat dan mengiktiraf keupayaan koperator wanita perlu diberi perhatian bagi meningkatkan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan sosioekonomi negara. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YB Anfaal Saari berkata, koperasi wanita perlu bertindak menjadi sebahagian daripada instrumen penting bagi membuka jaringan sosial yang lebih kukuh di samping memberi sumbangan berkesan kepada komuniti setempat. "Koperasi wajar membuka peluang kepada koperator wanita untuk
menggarap segala peluang yang disediakan oleh kerajaan dan agensi di bawahnya termasuk ANGKASA dalam usaha menjadikan koperasi wanita peneraju kepada pembangunan Koperasi Wanita Disaran Beri Sumbangan Lebih Bermakna kepada Ekonomi Negara
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ Koperasi wanita disaran supaya dapat memberikan sumbangan lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selaras dengan peranan golongan tersebut yang cukup besar dalam mengimbangi keperluan ekonomi, sosial dan keluarga.
Anggota
Lembaga Pengerusi
ANGKASA
Menurut resolusi tersebut akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan beliau, Koperasi (KUSKOP), Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud sebagai tanda komitmen dalam menyokong dan memperjuangkan kepentingan koperasi wanita di Malaysia. Melalui kerjasama yang erat antara semua pihak, beliau percaya, akan dapat membentuk masa depan yang lebih baik untuk koperasi wanita terus berkembang dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Nor Azmi Abd Jalil.
merangkap Kumpulan Pembangunan Koperasi, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, transformasi menyeluruh dalam gerakan koperasi wanita perlu dilaksanakan bagi meningkatkan perolehan sekali gus meletakkan koperasi wanita sebagai antara agenda pembangunan sosioekonomi negara. Katanya, koperasi wanita perlu menyediakan platform yang lebih inklusif dalam proses membuat keputusan, lebih berinovasi dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan. Platform tersebut penting dalam usaha berterusan ANGKASA untuk meneruskan penglibatan wanita dalam pengembangan ekonomi perniagaan koperasi. Beliau berkata demikian sewaktu hadir berucap dalam Simposium Koperasi Wanita 2024 anjuran Kumpulan Pembangunan
Dato’ Haji Kamarudin Ismail berucap dalam Majlis Pembukaan Simposium Koperasi Wanita 2024.
INFO SEMASA 5
NOVEMBER 2024
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 6 NOVEMBER 2024 ACO Minta Sokongan Singapura Bawa Agenda Gerakan Koperasi dalam ASEAN 2025
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lapan dari kanan) bergambar bersama peserta dari Singapura yang menyertai Annual Co-operative Leaders' Conference (ACLC) 2024 di George Town, Pulau Pinang pada 6 hingga 9 November 2024. Turut sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa, Dato' Haji Kamarudin Ismail (tujuh dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman (sembilan dari kiri) , Bendahari ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Aziz Shik Ahmad (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Kedua Singapore National Co-operative Federation (SNCF), Mr. Shareef Abdul Jaffar (kanan sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif SNCF, Mr. Ang Hin Kee (lima dari kanan).
ACLC 2024 yang dianjurkan SNCF dan bertemakan 'Doing the Right Things, Doing Things Right' disertai kira-kira 130 peserta.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersalaman dengan peserta.
Persidangan bertemakan 'Doing the Right Things, Doing Things Right' itu dianjurkan oleh SNCF dari 6 hingga 9 November 2024 dengan kehadiran kira-kira 130 peserta. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Kedua SNCF, Mr. Shareef Abdul Jaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif SNCF, Mr. Ang Hin Kee. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menekankan pentingnya persidangan seperti itu sebagai peluang memperkukuh jaringan antara koperasi Singapura dengan Malaysia, khususnya dengan Pulau Pinang. "Inilah yang kita harapkan agar lebih banyak program seperti ini dapat diadakan dalam kalangan koperasi di rantau ASEAN, sebelum melangkah ke peringkat Asia Pasifik dan global," tambah beliau. Turut hadir dalam majlis itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman, Bendahari ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Aziz Shik Ahmad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengurus
Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
ACO meminta kerajaan Singapura menjadikan koperasi sebagai antara agenda utama dibincangkan dalam ASEAN 2025 pada tahun hadapan. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah itu bagi menyokong usaha Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam mengangkat martabat gerakan koperasi sebagai penyumbang utama dalam pembangunan ekonomi negara. "Kita mahu gerakan koperasi di peringkat ASEAN diiktiraf sebagai sektor utama, bukan sekadar subsektor dalam pembangunan sosioekonomi," katanya. Beliau juga berharap agar Singapura melalui koperasi apeksnya iaitu Singapore National Co-operative Federation (SNCF), dapat menyuarakan sokongan tersebut kepada Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia yang menerajui portfolio koperasi di negara itu. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Annual Co-operative Leaders' Conference 2024 di George Town, Pulau Pinang pada 6 November 2024.
Dato’ Haji Kamarudin berbual dengan Mr. Ang Hin Kee.
INFO SEMASA 7
NOVEMBER 2024
Wakil ANGKASA Hadiri Dialog Eksklusif Bersama Pesuruhjaya Pertanian EU
persimpangan penting di mana cabaran semasa yang dihadapi oleh mereka bukan sahaja menuntut inovasi, malah visi jangka panjang. “Pertanian bukan sekadar sebagai satu profesion, tetapi sebagai satu legasi dan usaha untuk memperkasakan generasi akan datang. ANGKASA percaya dalam membentuk sektor pertanian yang berdaya tahan yang tidak hanya tertumpu kepada pengeluaran tetapi juga pemuliharaan alam sekitar,” katanya. Delegasi ANGKASA yang diketuai Dr. Mohd Azlan turut mengadakan satu pertemuan penting dengan IPB di ibu pejabatnya pada 30 Oktober 2024 bagi membincangkan kerangka kerjasama yang lebih erat dalam pendidikan koperasi dan inovasi pertanian. Pertemuan tersebut adalah langkah penting dalam mengukuhkan kepimpinan koperasi serta memajukan inisiatif pertanian dan teknologi berasaskan koperasi di Malaysia, Indonesia dan rantau ASEAN. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Hubungan Global IPB, Ibu Eva Anggreani. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Ketua Institut Kepimpinan dan Pendidikan Eksekutif IPB, Dr. Ir. Naufal Mahfudz. Dalam pertemuan itu, Dr. Mohd. Azlan menekankan objektif strategik ANGKASA untuk pertumbuhan koperasi dan mencadangkan pelaksanaan Cooperative Leadership Program (CLP)
Oleh MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN Pengurus Seksyen Pemadanan Perniagaan Antarabangsa / ASEAN Co-operative Organization (ACO) ANGKASA yang diwakili Anggota Lembaganya merangkap Bendahari ASEAN Co-operative Organizatio n (ACO), Dr. Mohd. Azlan Yahya telah menghadiri dialog eksklusif bersama Pesuruhjaya Pertanian Kesatuan Eropah (EU), Mr. Janusz Wojciechowski di Institut Pertanian Bogor (IPB), Bogor, Indonesia pada 29 Oktober 2024. Mr. Janusz dalam ucapannya berkata, Dasar Pertanian Bersama EU yang diperkenalkan sejak 1962 berperanan penting dalam membentuk masa depan sektor pertanian yang bukan hanya memfokuskan kepada pengeluaran. Dasar itu juga menekankan pertanian sebagai satu warisan berharga, dengan visi yang mana para petani hari ini bukan sahaja bekerja untuk keperluan semasa, bahkan juga membina asas untuk penjaga tanah pada masa hadapan. Dr. Azlan ketika ditemui menyatakan koperasi di Malaysia terutama yang terlibat dalam sektor pertanian berada dalam
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Bendahari ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dr. Mohd. Azlan Yahya bersama Pesuruhjaya Pertanian Kesatuan Eropah (EU), Mr. Janusz Wojciechowski.
Dr. Mohd Azlan menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Hubungan Global Institut Pertanian Bogor, Ibu Eva Anggreani.
Beliau turut mencadangkan agar IPB menjadi tuan rumah bagi program latihan di kampus di seluruh Indonesia. ANGKASA juga mencadangkan kepada IPB untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Sidang Kemuncak Koperasi ASEAN di Kuala Lumpur pada April 2025.
dengan kerjasama IPB. Katanya, objektif CLP adalah untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pemimpin koperasi di seluruh ASEAN, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk mencapai matlamat pembangunan serantau.
Cadangan Penggubalan Akta Baharu Koperasi 200 Pemimpin Koperasi Wilayah Persekutuan dan Selangor Sertai Sesi Townhall di ANGKASA
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
kecekapan tatakelola koperasi selain memudahkan perniagaan koperasi. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri
Satu
Sesi
Bersama
Townhall
Koperasi Cadangan Penggubalan Akta Koperasi yang Baharu telah berlangsung di Berkaitan Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 5 November 2024. Sesi anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu menyaksikan penyertaan seramai 200 pemimpin koperasi sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi memberi maklum balas serta berkongsi input mengenai Penggubalan Akta Koperasi yang Baharu. Peserta telah diberi taklimat berkaitan Penetapan Dasar Penggubalan Akta Koperasi yang Baharu oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar Dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman. Sementara itu, Ucaptama yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Dato' Amran Haji Abd. Kadir, menyatakan harapan agar akta baharu koperasi itu nanti dapat membantu meningkatkan
Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Perniagaan Kecil (BPKPPK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Puan Noor Azlin Adnan dan Pengarah Statutori dan Pendaftaran SKM, Puan Norhayati Ahmad Zainuri. Turut hadir ialah barisan Pengerusi ANGKASA Negeri dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin. Sebagai rekod, SKM telah pun mengadakan sesi pertemuan bersama Lembaga ANGKASA pada
Sebahagian 200 pemimpin koperasi di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan hadir pada Sesi Townhall Bersama Koperasi Berkaitan Cadangan Penggubalan Akta Koperasi Yang Baharu di ANGKASA.
14 Oktober 2024 lalu bagi memperhalusi Cadangan Penggubalan Akta Baharu Koperasi. Sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambah baik manakala dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta.
Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kanan) hadir mewakili Presiden ANGKASA. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi.
INFO SEMASA 8
NOVEMBER 2024
MyANGKASA Dialisis Teroka Inovasi Baharu Rawatan Buah Pinggang di Jepun
Delegasi MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. (MDSB) yang diketuai Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) bergambar bersama Pengurus Besar NIPRO Corporation, Mr. Norihiko Goto (lima dari kiri) di ibu pejabat NIPRO Corporation di Osaka, Jepun. Turut sama ialah Pengerusi Lembaga Pengarah MDSB, Haji Mansor Ab. Rahman (empat dari kanan) dan Pengurus Besar Nipro Malaysia Sdn. Bhd., Mr. Jason Ong (kiri sekali).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Program lawatan MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. (MDSB) ke Jepun bagi meneroka inovasi baharu dalam rawatan dialisis disifatkan sebagai sangat bermanfaat sekali gus mengukuhkan kerjasama dalam teknologi perubatan antara kedua negara. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, selain mampu meningkatkan kemudahan dialisis di Malaysia, lawatan tersebut juga bertujuan untuk melihat secara langsung proses pembuatan mesin dialisis di negara tersebut di samping membincangkan peluang kerjasama bersama NIPRO Corporation, sebuah syarikat multinasional Jepun yang terlibat dalam pengeluaran peralatan perubatan, farmaseutikal dan ubat-ubatan regeneratif. Turut sama dalam lawatan selama lima hari bermula 21 Oktober 2024 itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah MDSB, Haji Mansor Ab. Rahman, barisan Ahli Lembaga MDSB terdiri daripada Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Penasihat MDSB merangkap Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Pengurus Besar MDSB, Encik Afrizal Ahmad serta Pengurus Besar Nipro Malaysia Sdn. Bhd., Mr. Jason Ong. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berkata, hubungan diplomatik dan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti rawatan dialisis di Malaysia. Dalam lawatan tersebut, delegasi berpeluang mengunjungi ibu pejabat NIPRO Corporation di Osaka di mana ketibaan mereka disambut oleh Pengurus Besarnya, Mr. Norihiko Goto.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mencuba teknik suntikan pada model tapak fistula pesakit.
Delegasi MDSB bergambar di hadapan bangunan ibu pejabat NIPRO Corporation.
Selain menjadi pembekal global peralatan perubatan berkualiti termasuk di Malaysia, NIPRO juga mempunyai reputasi kukuh dalam industri kesihatan terutama dalam menyediakan produk yang berkaitan dengan rawatan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis. Delegasi juga turut mengadakan lawatan ke kilang NIPRO Odate di Wilayah Akita yang terletak di utara Jepun untuk meninjau peralatan perubatan yang dihasilkan termasuk dialyzer yang digunakan dalam proses dialisis bagi membersihkan darah pesakit mengalami kegagalan buah pinggang. Di samping itu, mereka juga dibawa melawat ke Kansai Medical University Kori Hospital untuk melihat secara langsung operasi rawatan dialisis di Jepun serta Institute for Medical Practice (iMEP) yang direka untuk melatih profesional perubatan dalam suasana klinikal yang realisitik. Latihan yang dijalankan di iMep memberi gambaran mendalam kepada delegasi tentang potensi program latihan klinikal bagi membentuk lebih ramai pakar dialisis tempatan yang berkemahiran tinggi.
Delegasi bergambar ketika mengadakan lawatan ke Institute for Medical Practice (iMEP).
Pegawai perubatan di iMEP memberikan penerangan kepada delegasi.
INFO SEMASA 9
NOVEMBER 2024
MAAB - UBB Amanah Meterai Kerjasama Pasarkan Produk Amanah Liawn Mumtir
Amanah sebagai dana pantas kepada waris bagi meneruskan kehidupan. Dana itu nanti akan diagihkan kepada waris atau penerima selepas kematian pemilik harta. Katanya, pengagihan dana tersebut tidak perlu melalui proses pengurusan pusaka kerana dana itu adalah harta amanah yang tidak akan ditadbir sebagai harta pusaka selepas kematian pembuka akaun. "Ini akan dapat membantu menjaga kebajikan dan keperluan semua peringkat waris termasuk waris bawah umur dan waris kurang upaya selepas kematian pemberi amanah. Waris bawah umur juga mendapat pembelaan yang teratur dengan perancangan Amanah Tunai MAAB/UBB pada masa hadapan," jelas beliau. Menurut beliau lagi, MAAB yang telah beroperasi selama 10 tahun telah menunjukkan perkembangan dan pencapaian yang memberangsangkan melalui usaha sama dengan pelbagai institusi kewangan, korporat serta koperasi. Sehingga kini, jualan produk MAAB telah mencapai lebih daripada 400,000 kes wasiat. Terdahulu, Datuk Haji Mohamad Ali dalam ucapannya menyatakan nilai urus niaga pengamanahan tunai dan korporat yang sedang berjalan bersama MAAB adalah kira-kira RM283 juta menerusi pengamanahan pusaka, pengamanahan tunai dan korporat. Katanya, menerusi kerjasama UBB Amanah, MAAB yakin dapat meneruskan usaha meningkatkan perniagaan dalam perkhidmatan pengamanahan korporat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus, Penasihat Divisyen Syariah UBB Amanah, Encik Azrin Sabirin, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Haji Muhammad Zulkifli Ismail dan Pengurus Besar MAAB, Encik Muhammad Syafiq Abdullah.
Pengerusi Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) dan Pengarah Urusan UBB Amanah Berhad, Puan Aida Othman menunjukkan dokumen memorandum perjanjian (MoA) yang telah ditandatangani di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 15 Oktober 2024. Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan manakala UBB Amanah diwakili oleh Pengarah Urusannya, Puan Aida Othman. Majlis menandatangani MoA tersebut yang berlangsung di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 15 Oktober 2024 telah disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Puan Aida dalam ucapannya berkata, fungsi utama produk Amanah Liawm Mumtir adalah memperuntukkan wang dalam akaun
Satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan UBB Amanah Berhad telah dimeterai bagi tujuan pemasaran produk Amanah Tunai Patuh Syariah (Amanah Liawn Mumtir). Produk yang pertama seumpamanya yang diinovasikan khusus untuk masyarakat Islam di Malaysia itu telah ditandatangani
MAAB - YIA Bentuk Kerjasama Perkasa Produk dan Perkhidmatan
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) dan Dato' Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman (dua dari kiri) menunjukkan dokumen perjanjian Kerjasama Strategik yang ditandatangani antara MAAB dengan YIA. Turut kelihatan ialah Tan Sri Ismail Ibrahim (kiri sekali) dan Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (kanan sekali).
Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (dua dari kanan) menyerahkan replika ‘mock- cheque’ zakat perniagaan MAAB bernilai RM362,694.40 kepada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Turut sama ialah Haji Zulkifli Ismail (kanan sekali) dan Encik Muhammad Syafiq Abdullah (kiri sekali).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
bukan waris) di dalam wasiat pindaan MAAB manakala MAAB pula akan menyumbang kepada YIA sebanyak RM0.50/wasiat bagi setiap wasiat yang berjaya didaftarkan sebagai waqaf korporat dan manfaat kepada pewasiat dan MAAB. Majlis menandatangani perjanjian tersebut yang berlangsung di Wisma Ungku A.Aziz, ANGKASA, Kelana Jaya pada 22 Oktober 2024 telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan manakala YIA pula diwakili oleh Ahli Lembaga
Pemegang Amanahnya, Dato' Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman. Majlis tersebut juga turut menyaksikan MAAB menyerahkan zakat perniagaan kepada ANGKASA bernilai RM362,694.40 dan diterima melalui Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA yang terdiri daripada Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya serta Anggota Lembaga
ANGKASA iaitu Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ahli Lembaga Pengarah MAAB merangkap Ketua Pegawai Perniagaan MAAB, Haji Zulkifli Ismail, Pengarah Urusan MAAB merangkap Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA, Tan Sri Ismail Ibrahim, Pengurus Besar MAAB, Encik Muhammad Syafiq Abdullah dan Pengurus Besar YIA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.
Satu Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah dimeterai bagi membentuk Majlis kerjasama mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing. Menerusi perjanjian tersebut, satu bentuk kerjasama akan dapat diwujudkan iaitu dengan menjadikan YIA sebagai salah satu pilihan penerima (1/3 pemberian kepada
10
Oleh RAHMAT MOHD DID
Yayasan ANGKASA telah menerima sumbangan Dana Pendidikan sebanyak RM234, 404 melalui sumbangan korporat selain berjaya menarik seramai 2,000 orang peserta melalui penganjuran Edu KL Fun Run 2024. Program larian amal yang dianjurkan pada 20 Oktober 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sumbangan penting ANGKASA dan sektor koperasi dalam pembangunan pendidikan di negara ini. Penyumbang tersebut adalah Baba Events, MyANGKASA Amanah Berhad, redOne Network Sdn. Bhd., Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), Co-opbank Pertama, MBSB Bank, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. Menurut Pengerusi Yayasan ANGKASA yang juga Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, acara tersebut bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah juga mempunyai objektif mulia untuk mengukuhkan pendidikan anak-anak bangsa melalui inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan ANGKASA. “Program ini mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap generasi muda dan masa hadapan mereka serta kesungguhan untuk memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
11
Ini selaras dengan komitmen Yayasan ANGKASA yang sentiasa berusaha memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan, khususnya dalam kalangan anak anggota koperasi,” katanya. Tambahnya lagi, sejak mula ditubuhkan pada tahun 2012 seramai 1,699 orang pelajar telah mendapat pembiayaan Yayasan ANGKASA, dengan jumlah pembiayaan dikeluarkan sebanyak RM32.3 juta dan jumlah yang ditukar kepada biasiswa sehingga 2019 adalah sebanyak RM11.2 juta. Dalam konteks ini juga katanya, koperasi memainkan peranan yang sangat signifikan kepada pembangunan sosial, modal insan dan masyarakat yang lebih baik. Hadir sama dalam acara tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Mohd Isa dan Encik Ezleezan Othman, barisan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Haji Nasir Khan Yahaya dan Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir dan Dato’ Haji Zazali Haron, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad.
INFO SEMASA 12
NOVEMBER 2024
ANGKASA Ceburi Industri Kelapa Secara Komersial
Tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu yang dijangka bermula pada tahun hadapan bagi penanaman kelapa secara komersial.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Projek penanaman kelapa secara komersial di tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunansosioekonomi koperasi khususnya di negeri Terengganu. Tapak projek berkeluasan 26.5 ekar yang terletak di Mukim Hulu Nerus itu juga dapat dimanfaatkan secara bersama menerusi aktiviti tanaman komoditi sampingan seperti nanas, pisang dan tembikai sementara menantikan tanaman kelapa matang sepenuhnya. Projek tersebut yang dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, YB Tuan Azmi Maarof dalam majlis pecah tanah pada 30 Oktober 2024. Menurut beliau, kerajaan negeri menyokong penuh usaha dan inisiatif berterusan yang dilaksanakan oleh ANGKASA untuk memperkasakan ekonomi sektor perniagaan koperasi khususnya di negeri Terengganu. Katanya, selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan, projek tersebut juga berupaya menjadi faktor pendorong untuk lebih banyak koperasi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, YB Tuan Azmi Maarof (tujuh dari kiri) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lapan dari kiri) bergambar bersama sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu pada 30 Oktober 2024 lalu.
YB Tuan Azmi Maarof dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu.
meneroka tanah pertanian di sekitar daerah Setiu untuk diusahakan. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya menyatakan komitmen padu ANGKASA untuk terus memajukan projek berkenaan dengan menggalakkan penglibatan lebih banyak koperasi di negeri Terengganu melalui program agroprenuer pengurusan ladang. "ANGKASA menaruh harapan supaya projek ini dapat menjadi mercu tanda terhadap pencapaian koperasi khususnya dalam sektor pertanian. Selain itu, ANGKASA juga optimis terhadap usaha tersebut termasuk membangunkan pusat pemprosesan produk hiliran kelapa di samping memperkukuh sektor
agropelancongan negara," ujar beliau. Hadir sama di majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang II (Tengah), Haji Mohamad Hanifah Bk Koya Moideen Kutty, Penolong Pegawai Daerah Setiu, Encik Muhammad Maliki Md. Jusoh, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Terengganu, Encik Mohd Zamani Ab. Ghani dan Ketua Cawangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Cawangan Kuala Terengganu, Cik Syirawani Shaarani.
INFO SEMASA 13
NOVEMBER 2024
SPGA Jayakan Program Bersama Pelanggan di Terengganu
Sebahagian daripada aktiviti program anjuran SPGA.
Encik Mohd Darulnizam Mat Darus (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada salah seorang asnaf.
Wakil Sekolah Rendah Kebangsaan Merchang menerima sumbangan zakat daripada Encik Mohd Darulnizam.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ustaz Sulaiman Sulong manakala Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusof hadir mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. MyANGKASA Amanah Berhad turut membuat agihan bakul makanan sekitar Merchang kepada 20 orang asnaf manakala ANGKASA Negeri Terengganu pula menjalankan aktiviti menanam beberapa batang pokok bagi memelihara kelestarian ekosistem di kawasan tersebut. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Marang, Encik Zulkefli Isa, Pengurus Besar BPKK ANGKASA merangkap Pengarah Urusan MyANGKASA Amanah Berhad, Encik Mohd Darulnizam Mat Darus, Pengerusi Pertubuhan Merchang Lestari, Encik Ismail Mohamad dan Penghulu Mukim Merchang, Encik Adnan Ibrahim.
ANGKASA Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan (BPKK) dengan kerjasama MyANGKASA Amanah Berhad telah menjayakan satu program penghargaan kepada majikan melalui pelanggan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) sempena Pesta Air Merchang 2024 yang telah berlangsung pada 17 Oktober sehingga 19 Oktober 2024. Program tersebut yang berlangsung selama tiga hari di Pantai Angin Berbisik, Marang, Terengganu dijalankan sempena Pesta Air Merchang 2024 dengan kerjasama Koperasi Lestari Merchang Berhad dan turut dimeriahkan oleh lebih 5, 000 pengunjung dalam kalangan warga tempatan. Sesi penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan,
Program Jualan Rahmah MADANI ANGKASA (PJRMA) juga turut dijalankan di lokasi Pesta Air Merchang 2024.
INFO SEMASA 14
NOVEMBER 2024
Koperasi Bantu Kerajaan Negeri Jayakan Tahun Melawat Selangor 2025
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Kerjasama semua pihak termasuk sektor koperasi amat diperlukan bagi membantu kerajaan negeri menjayakan agenda Tahun Melawat Selangor 2025. EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Datuk Borhan Aman Shah berkata, langkah tersebut dilihat sangat penting dalam usaha kerajaan yang menyasarkan kehadiran lapan juta pelancong tempatan dan luar negara. Menurut beliau, memandangkan Selangor merupakan pintu masuk utama negara kerana kedudukan KLIA 1 dan KLIA 2 dalam negeri yang sama, maka sasaran tersebut dijangka akan dapat dicapai sekali gus memudahkan negeri Selangor untuk berada dalam peta pelancongan utama di peringkat antarabangsa Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pelancongan Gastronomi (Pelancongan Berasaskan Makanan) di Homestay Banghuris, Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek, Selangor pada 27 Oktober 2024. Program tersebut dianjurkan oleh Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Selangor dan Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad. Beliau turut berharap dengan keunikan program yang diperkenalkan oleh Homestay Banghuris, aktiviti pelancongan di Selangor akan berkembang dengan lebih pesat dan pada masa yang sama dapat membantu memperkukuh ekonomi negeri serta membawa manfaat kepada masyarakat setempat. Terdahulu, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dalam ucapannya menyatakan bahawa SPPDK berjaya merekod jumlah perolehan koperasi jaringan di bawahnya pada tahun 2023 sebanyak RM28 juta. "Pada tahun ini, SPPDK menjangkakan nilai perolehan akan mencapai RM36 juta. SPPDK kini sedang berusaha menjayakan beberapa program pembangunan perniagaan khusus bagi melengkapkan keupayaan koperasi ahli jaringan supaya mampu bersaing di pasaran semasa," ujar beliau. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, wakil Pengarah MOTAC Negeri Selangor, Encik Muhamad Roslan Khalid dan Pengerusi Homestay Negeri Selangor merangkap Penyelaras Homestay Banghuris, Haji Basir Wagiman.
EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Datuk Borhan Aman Shah (dua dari kiri) dan Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali) melawat reruai yang turut disediakan dalam Program Pelancongan Gastronomi (Pelancongan Berasaskan Makanan) di Homestay Banghuris, Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek Selangor.
YB Datuk Borhan ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Pengerusi Homestay Negeri Selangor merangkap Penyelaras Homestay Banghuris, Haji Basir Wagiman (tiga dari kiri) bergambar bersama barisan tetamu.
Dato’ Haji Kamarudin ketika menyampaikan ucapan.
Orang ramai mengambil peluang membeli buah-buahan tempatan yang dijual.
Nasi Ambeng yang telah diisytiharkan dan diwartakan sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor menjadi antara tarikan utama program.
Persembahan tarian Jo’oh kepada pengunjung.
INFO SEMASA 15
NOVEMBER 2024
Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA Platform Perkukuh Kerjasama antara Koperasi
Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024 berlangsung di Seremban International Golf Club, Seremban, Negeri Sembilan pada 3 November 2024.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah bergambar bersama pemenang utama Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024.
Salah seorang peserta, Dato' Haji Zazali Haron memenangi cabutan bertuah sebuah motorsikal dalam Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024.
Dato' Seri Dr. Abdul Fattah berkesempatan mengunjungi reruai yang mempamerkan produk koperasi.
Seorang peserta beraksi dalam Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024.
Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (kiri) bergambar bersama pasukannya.
Prof. Madya Dato Dr. Haji Abdul Rahman (dua dari kiri) bergambar bersama pasukannya.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
jaringan tempatan dan antarabangsa seperti ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan International Cooperative Alliance Asia dan Pasifik (ICA-AP). Tambahnya lagi, selain memberi fokus kepada pembangunan perniagaan koperasi, penyertaan koperasi dalam aktiviti kesukanan seperti golf juga penting untuk menyokong agenda pembangunan negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Wakil SKM Cawangan Negeri Sembilan, Encik Mohd Azmil Zamri, Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato Haji Abdullah Haji Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd. Sa'ad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapannya berkata, acara seperti itu juga berpotensi untuk membuka lebih banyak rangkaian bagi memperkasakan keterlibatan koperasi dalam pelbagai sektor termasuk perniagaan berimpak tinggi. “ANGKASA sebagai badan puncak turut menyatakan komitmennya dalam menyokong perkembangan koperasi di Negeri Sembilan menerusi pelbagai inisiatif yang menyasarkan sektor strategik dan berimpak tinggi," katanya. Beliau turut menggesa koperasi untuk bersama-sama dengan ANGKASA menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara lebih inklusif sejajar dengan visi kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor industri seperti aeroangkasa, maritim dan halal. ANGKASA juga katanya akan menyokong inisiatif tersebut melalui
Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA boleh menjadi platform yang sesuai dalam usaha untuk membina ikatan kerjasama sesama koperasi serta pihak berkepentingan. Kejohanan yang disertai 88 peserta tersebut dianjurkan dengan matlamat untuk mengeratkan jalinan ukhuwah dalam suasana santai sambil memberi peluang kepada peserta bertemu dan berkongsi pandangan bagi memperkukuh hubungan antara organisasi. Demikian disuarakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024 bertempat di Seremban International Golf Club, Seremban, Negeri Sembilan pada 3 November 2024.
ANGKASA 16
NOVEMBER 2024
Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 ANGKASA Teruskan Agenda Penghijauan Malaysia
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad ketika Pelancaran Penjenamaan Titian Silara Sempena Karnival Penghijauan Malaysia dan Simfoni Hutan Hujan Tahun 2024 (KL Green Symphony 2024) bertempat di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) pada 19 Oktober 2024.
Oleh NORLELA ABD. GHANI
ANGKASA terus komited menyokong agenda Penghijauan Negara dengan memperluas program kelestarian alam sekitar sebagai meraikan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025. Inisiatif tersebut dibuat bagi memperlihatkan impak berterusan koperasi dalam memacu pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, prinsip koperasi perlu disokong dan dikembangkan menerusi pelbagai platform termasuk program kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang. Antara program tanggungjawab sosial koperasi CoopCare yang dirangka oleh ANGKASA termasuklah inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim. “ANGKASA tidak hanya fokus pada aktiviti penanaman pokok dalam menyokong agenda penghijauan Malaysia, malah juga memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar menerusi Bengkel Training of Trainers (ToT) Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok untuk meningkatkan kesedaran dua juta anggota koperasi sekolah mengenai perubahan iklim.” “ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara akan meneruskan inisiatif ini dengan meningkatkan penglibatan koperasi dalam kempen kesedaran Koperasi Prihatin Sejuta Pokok di peringkat nasional dan kempen Go Green di peringkat antarabangsa bagi meraikan Tahun Koperasi Antarabangsa bertemakan Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat yang akan disambut pada tahun 2025”, jelas beliau. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian ketika
menghadiri Majlis Perasmian Karnival Penghijauan Malaysia dan Simfoni Hutan Hujan Tahun 2024 ( KL Green Symphony 2024 ) pada 19 Oktober 2024 di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL). Perasmian disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. ANGKASA merupakan rakan strategik penganjuran karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan menerusi sumbangan pencahayaan kekal untuk “Canopy Night Walk” yang julung kalinya diperkenalkan di TERKL sempena karnival ini. Taman ini juga akan menjadi antara salah satu destinasi tarikan dalam program yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengunjungi reruai ANGKASA. Turut sama ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease