WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2024

10

Oleh RAHMAT MOHD DID

Yayasan ANGKASA telah menerima sumbangan Dana Pendidikan sebanyak RM234, 404 melalui sumbangan korporat selain berjaya menarik seramai 2,000 orang peserta melalui penganjuran Edu KL Fun Run 2024. Program larian amal yang dianjurkan pada 20 Oktober 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sumbangan penting ANGKASA dan sektor koperasi dalam pembangunan pendidikan di negara ini. Penyumbang tersebut adalah Baba Events, MyANGKASA Amanah Berhad, redOne Network Sdn. Bhd., Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), Co-opbank Pertama, MBSB Bank, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. Menurut Pengerusi Yayasan ANGKASA yang juga Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, acara tersebut bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah juga mempunyai objektif mulia untuk mengukuhkan pendidikan anak-anak bangsa melalui inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan ANGKASA. “Program ini mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap generasi muda dan masa hadapan mereka serta kesungguhan untuk memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease