INFO SEMASA 12
NOVEMBER 2024
ANGKASA Ceburi Industri Kelapa Secara Komersial
Tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu yang dijangka bermula pada tahun hadapan bagi penanaman kelapa secara komersial.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Projek penanaman kelapa secara komersial di tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunansosioekonomi koperasi khususnya di negeri Terengganu. Tapak projek berkeluasan 26.5 ekar yang terletak di Mukim Hulu Nerus itu juga dapat dimanfaatkan secara bersama menerusi aktiviti tanaman komoditi sampingan seperti nanas, pisang dan tembikai sementara menantikan tanaman kelapa matang sepenuhnya. Projek tersebut yang dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, YB Tuan Azmi Maarof dalam majlis pecah tanah pada 30 Oktober 2024. Menurut beliau, kerajaan negeri menyokong penuh usaha dan inisiatif berterusan yang dilaksanakan oleh ANGKASA untuk memperkasakan ekonomi sektor perniagaan koperasi khususnya di negeri Terengganu. Katanya, selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan, projek tersebut juga berupaya menjadi faktor pendorong untuk lebih banyak koperasi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, YB Tuan Azmi Maarof (tujuh dari kiri) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lapan dari kiri) bergambar bersama sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu pada 30 Oktober 2024 lalu.
YB Tuan Azmi Maarof dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Pembangunan Tanah Sg. Tong, Setiu.
meneroka tanah pertanian di sekitar daerah Setiu untuk diusahakan. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya menyatakan komitmen padu ANGKASA untuk terus memajukan projek berkenaan dengan menggalakkan penglibatan lebih banyak koperasi di negeri Terengganu melalui program agroprenuer pengurusan ladang. "ANGKASA menaruh harapan supaya projek ini dapat menjadi mercu tanda terhadap pencapaian koperasi khususnya dalam sektor pertanian. Selain itu, ANGKASA juga optimis terhadap usaha tersebut termasuk membangunkan pusat pemprosesan produk hiliran kelapa di samping memperkukuh sektor
agropelancongan negara," ujar beliau. Hadir sama di majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang II (Tengah), Haji Mohamad Hanifah Bk Koya Moideen Kutty, Penolong Pegawai Daerah Setiu, Encik Muhammad Maliki Md. Jusoh, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Terengganu, Encik Mohd Zamani Ab. Ghani dan Ketua Cawangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Cawangan Kuala Terengganu, Cik Syirawani Shaarani.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease