INFO SEMASA 13
NOVEMBER 2024
SPGA Jayakan Program Bersama Pelanggan di Terengganu
Sebahagian daripada aktiviti program anjuran SPGA.
Encik Mohd Darulnizam Mat Darus (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada salah seorang asnaf.
Wakil Sekolah Rendah Kebangsaan Merchang menerima sumbangan zakat daripada Encik Mohd Darulnizam.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ustaz Sulaiman Sulong manakala Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusof hadir mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. MyANGKASA Amanah Berhad turut membuat agihan bakul makanan sekitar Merchang kepada 20 orang asnaf manakala ANGKASA Negeri Terengganu pula menjalankan aktiviti menanam beberapa batang pokok bagi memelihara kelestarian ekosistem di kawasan tersebut. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Marang, Encik Zulkefli Isa, Pengurus Besar BPKK ANGKASA merangkap Pengarah Urusan MyANGKASA Amanah Berhad, Encik Mohd Darulnizam Mat Darus, Pengerusi Pertubuhan Merchang Lestari, Encik Ismail Mohamad dan Penghulu Mukim Merchang, Encik Adnan Ibrahim.
ANGKASA Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan (BPKK) dengan kerjasama MyANGKASA Amanah Berhad telah menjayakan satu program penghargaan kepada majikan melalui pelanggan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) sempena Pesta Air Merchang 2024 yang telah berlangsung pada 17 Oktober sehingga 19 Oktober 2024. Program tersebut yang berlangsung selama tiga hari di Pantai Angin Berbisik, Marang, Terengganu dijalankan sempena Pesta Air Merchang 2024 dengan kerjasama Koperasi Lestari Merchang Berhad dan turut dimeriahkan oleh lebih 5, 000 pengunjung dalam kalangan warga tempatan. Sesi penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan,
Program Jualan Rahmah MADANI ANGKASA (PJRMA) juga turut dijalankan di lokasi Pesta Air Merchang 2024.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease