WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2024

INFO SEMASA 15

NOVEMBER 2024

Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA Platform Perkukuh Kerjasama antara Koperasi

Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024 berlangsung di Seremban International Golf Club, Seremban, Negeri Sembilan pada 3 November 2024.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah bergambar bersama pemenang utama Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024.

Salah seorang peserta, Dato' Haji Zazali Haron memenangi cabutan bertuah sebuah motorsikal dalam Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024.

Dato' Seri Dr. Abdul Fattah berkesempatan mengunjungi reruai yang mempamerkan produk koperasi.

Seorang peserta beraksi dalam Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024.

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (kiri) bergambar bersama pasukannya.

Prof. Madya Dato Dr. Haji Abdul Rahman (dua dari kiri) bergambar bersama pasukannya.

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

jaringan tempatan dan antarabangsa seperti ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan International Cooperative Alliance Asia dan Pasifik (ICA-AP). Tambahnya lagi, selain memberi fokus kepada pembangunan perniagaan koperasi, penyertaan koperasi dalam aktiviti kesukanan seperti golf juga penting untuk menyokong agenda pembangunan negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Wakil SKM Cawangan Negeri Sembilan, Encik Mohd Azmil Zamri, Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato Haji Abdullah Haji Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd. Sa'ad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapannya berkata, acara seperti itu juga berpotensi untuk membuka lebih banyak rangkaian bagi memperkasakan keterlibatan koperasi dalam pelbagai sektor termasuk perniagaan berimpak tinggi. “ANGKASA sebagai badan puncak turut menyatakan komitmennya dalam menyokong perkembangan koperasi di Negeri Sembilan menerusi pelbagai inisiatif yang menyasarkan sektor strategik dan berimpak tinggi," katanya. Beliau turut menggesa koperasi untuk bersama-sama dengan ANGKASA menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara lebih inklusif sejajar dengan visi kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor industri seperti aeroangkasa, maritim dan halal. ANGKASA juga katanya akan menyokong inisiatif tersebut melalui

Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA boleh menjadi platform yang sesuai dalam usaha untuk membina ikatan kerjasama sesama koperasi serta pihak berkepentingan. Kejohanan yang disertai 88 peserta tersebut dianjurkan dengan matlamat untuk mengeratkan jalinan ukhuwah dalam suasana santai sambil memberi peluang kepada peserta bertemu dan berkongsi pandangan bagi memperkukuh hubungan antara organisasi. Demikian disuarakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Presiden ANGKASA 2024 bertempat di Seremban International Golf Club, Seremban, Negeri Sembilan pada 3 November 2024.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease