KOPERASI 17
NOVEMBER 2024
Koperasi Rizqi Melaka Berhad Koperasi Rizqi Sasar Produk Pes ke Pasaran Antarabangsa
Pengerusi Koperasi , Puan Marlina Omar menerangkan penggunaan pes dalam penyediaan makanan.
Bangunan Baru yang menempatkan pejabat dan kilang bagi pengeluaran Pes Asam Pedas dan Masak Lemak Cili Api Melaka.
Pes yang disediakan memudahkan dan mempercepatkan proses penyediaan hidangan.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
melayakkan produk mereka memasuki pasaran Indonesia serta Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) untuk Negara Thailand. Strategi pemasaran secara dalam talian seperti Shopee, Instagram dan Live Tik Tok juga turut memainkan peranan penting dalam usaha koperasi meningkatkan jualan produk. Produk tersebut juga telah dijual di pasar raya seperti AEON dan stesen minyak PETRON. Koperasi telah menandatangani MoU dengan AEON untuk penghantaran 40,000 pek kecil Pes Asam Pedas dan Masak
katanya sedang berusaha menjalinkan kerjasama dengan pengedar dan chef hotel bertaraf lima bintang untuk mempromosikan produk tersebut di luar negara. Pada Ogos lalu, koperasi telah berjaya memasarkan satu palet pes ke Amerika Syarikat melalui contract farming dengan bantuan daripada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Sebanyak empat palet pes turut dihantar ke Brunei pada Mac lalu manakala penghantaran pes ke Indonesia akan dibuat pada awal tahun 2025.
Pes Asam Pedas Melaka dan Masak Lemak Cili Api Melaka keluaran Koperasi Rizqi Melaka Berhad yang dihasilkan tanpa bahan pengawet semakin dikenali dalam pasaran. Hidangan lemak cili api mahupun asam pedasnya bukan sahaja dapat disediakan dengan mudah dan pantas, malah ramuan yang digunakan bagi penghasilan pes tersebut juga mencakupi pelbagai jenis bahan asas seperti bawang, cili, kunyit, herba ataupun rempah. Pengerusi Koperasi, Puan Marlina Omar memberitahu, idea penghasilan Pes Asam Pedas dan Lemak Cili Api itu tercetus apabila beliau sering mengirimkan pes tersebut kepada anaknya yang melanjutkan pelajaran di Australia. Tambahan pula pada tahun 2020, hanya kilang pengeluaran makanan dibenarkan beroperasi ekoran pandemik COVID-19. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan sehingga berjaya menghasilkan resepi dan ketahanan kedua jenis pes tersebut. Kilangnya yang beroperasi di Batu Berendam Melaka kini dalam proses pemindahan ke kilang baharu yang terletak di kawasan industri Ayer Keroh. Menurut beliau, usaha memasarkan produk di luar negara juga turut dilakukan oleh koperasi dengan perolehan pensijilan Halal, GMP, HACCP dan MESTI. Selain itu, koperasi juga turut mendapat pensijilan Badan Pengawasan Obat dan Makanan (BPOM) bagi
Lemak Cili ke 15 outlet AEON pada April 2024 lalu. Menurut beliau, jualan produk pes pada tahun 2023 adalah RM1.2 juta dan koperasi telah menetapkan sasaran jualan pes tersebut pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM6 juta. Koperasi juga
Pes Asam Pedas dan Masak Lemak Cili Api Melaka boleh diperoleh dengan harga RM12 di pasaran.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease