RENCANA 18
NOVEMBER 2024
Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdasan Buatan dalam Pengurusan Koperasi
Oleh SITI NURAINI ABU BAKAR Pegawai Latihan IKMa Zon Selatan
mengautomasikan tugas-tugas berulang yang biasanya dilakukan secara manual seperti memasukkan data atau pemprosesan dokumen. Ini membolehkan koperasi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan tugas, mengurangkan kesilapan manusia dan meningkatkan daya saing organisasi. (Fernandez & Aman, 2022). Secara tidak langsung, AI dapat membantu mengurangkan kos operasi kerana keperluan untuk tenaga kerja manual dalam tugas-tugas rutin akan berkurang. Penggunaan RPA juga dilihat semakin meluas seperti penggunaan aplikasi robot dan AI di restoran dan pasar raya. Jenama besar di pasaran juga telah menggunakan AI dalam projek atau urusan perniagaan untuk menjadikan mereka lebih berkesan dan produktif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa RPA memberikan pengaruh yang besar terhadap kemahiran pekerja seperti kemahiran bernilai tambah, kemahiran analitik, kemahiran interpersonal, kemahiran komputer dan teknologi maklumat, serta kemahiran perakaunan.(Fernandez & Aman, 2022). AI untuk Analisis Data Besar ( Big Data Analytics ) Teknologi AI juga boleh digunakan untuk menganalisis data anggota dan pelanggan. Analisis data besar menggunakan AI boleh mengolah sejumlah besar data anggota dan operasi koperasi untuk melihat trend, membaca tingkah laku, melakukan ramalan dan mendapatkan maklumat yang penting. Dengan maklumat ini, koperasi dapat membuat keputusan yang lebih berinformasi dengan menyesuaikan perkhidmatan mengikut keperluan anggota. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengalaman pelanggan, tetapi juga membantu koperasi merancang strategi pemasaran yang lebih tepat, termasuk kempen pengiklanan yang disasarkan dengan lebih efektif. Kajian daripada analisis terhadap peranan
dan pengaruh AI mendapati bahawa platform iklan yang dikuasai AI dapat memberi keupayaan untuk menyiarkan ribuan jenis iklan kepada pelanggan merentas pelbagai platform digital dan menyasarkan pelanggan berdasarkan ribuan data demografi dan tingkah laku. (Agil et al., 2024).
Apakah itu Artificial Intelligence (AI)? Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) merupakan kecerdasan yang dimiliki suatu sistem mesin atau komputer yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip dengan pemikiran manusia. (Wikipidea Ensiklopedia Bebas., 2024). Penggunaan teknologi AI ini semakin penting dalam dunia perniagaan di Malaysia dan tanpa disedari AI telah banyak digunakan dalam kehidupan harian kita termasuklah membantu perniagaan untuk membuat keputusan. AI telah merevolusikan dunia perniagaan secara menyeluruh, termasuk sektor koperasi. Dalam era digital ini, AI tidak hanya mampu meningkatkan kecekapan, tetapi juga mengubah cara koperasi beroperasi, berinovasi dan berinteraksi dengan anggotanya. Oleh itu, koperasi perlu mengambil kesempatan daripada teknologi ini untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perniagaan serta memanfaatkan potensi yang ditawarkan AI untuk meningkatkan kesejahteraan anggota dan masyarakat juga.
3.
AI untuk Perkhidmatan Pelanggan yang lebih baik dan efisien Penggunaan chatbot AI dan pembantu maya dapat meningkatkan interaksi antara koperasi dan anggotanya melalui teks atau suara. Chatbot berfungsi untuk menjawab soalan asas, membantu anggota dengan perkhidmatan dalam talian dan menangani aduan anggota. Ini membolehkan koperasi memberikan sokongan yang responsif tanpa memerlukan kehadiran fizikal manusia sepanjang masa selain dapat mengurangkan beban tenaga manusia. Penggunaan chatbot AI dalam sistem sokongan pelanggan ini dapat mempercepatkan masa tindak balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan. (Syed Mohamad Al Adros Tuan Muning, 2024). AI dalam Sistem Pengurusan Maklumat Anggota Keupayaan AI untuk mengatur dan menyimpan data anggota dengan lebih sistematik membantu memudahkan proses penyimpanan rekod dalam pengurusan koperasi. IKMa juga ada menjalankan program Bimbingan Bersasar Digitalisasi untuk Pengurusan Modul Keanggotaan kepada koperasi. Melalui sistem, keselamatan data dapat dipertingkatkan dan memastikan bahawa maklumat anggota sentiasa terjamin. Selain dapat menjimatkan kos dan masa, sistem ini juga membolehkan anggota untuk mencapai maklumat sendiri pada bila-bila masa. Koperasi Pekebun Getah Negeri Melaka Bhd (KOPKENEM) merupakan salah satu koperasi yang telah mengaplikasikan
Kebaikan Teknologi AI
Secara umumnya, teknologi AI dapat membantu koperasi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, mengurangkan masa dan kos. Contohnya, teknologi AI dapat digunakan dalam proses pengurusan inventori barang niaga dan memantau penggunaan bahan mentah serta membantu aktiviti pemasaran digital seperti menghasilkan kandungan, penulisan kreatif dan video. AI juga dapat membantu koperasi mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti. Hal ini kerana AI mampu untuk mengautomasikan tugasan rutin dan membantu mengurangkan berlaku tugasan berulang.(ShahrulIkhwan, 2023). aplikasi teknologi AI dalam pengurusan koperasi yang dibahagikan kepada empat (4) fungsi besar: Berikut merupakan kebaikan
2.
4.
1.
AI untuk Automasi Proses Robotik atau Robot Process Automation (RPA)
RPA
adalah
teknologi
yang
membolehkan
koperasi
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease