WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2024

3 INFO SEMASA

NOVEMBER 2024 Tingkatkan Kekuatan Sebagai Benteng Koperasi

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (duduk, tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, empat dari kiri). Turut sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, YBhg. Puan Noor Afifah Abdul Razak (duduk, empat dari kanan).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketibaan beliau dan juga Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, YBhg. Puan Noor Afifah Abdul Razak telah disambut oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Mereka seterusnya dibawa melawat ‘Terowong Masa’ ANGKASA sebelum diberikan taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan ANGKASA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Dato’ Sri Khairul turut menyatakan sokongan terhadap peranan yang dimainkan oleh ANGKASA khususnya di peringkat antarabangsa, terutamanya apabila Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN secara rasmi mulai 1 Januari 2025. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan, Dato' Haji Shaharudin Mohd Sa'ad dan barisan pengurusan KUSKOP serta pengurusan kanan ANGKASA.

Semua agensi di bawah KUSKOP serta ANGKASA perlu mewujudkan satu sinergi dan menggembleng semua kekuatan supaya gerakan koperasi boleh menjadi benteng ekonomi yang lebih kukuh seterusnya berupaya memberi impak positif kepada kesejahteraan ekonomi rakyat. Demikian ditegaskan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat ANGKASA di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 17 Oktober 2024. Menurut beliau, antara inisiatif yang dirancang oleh KUSKOP termasuklah cadangan penganjuran persidangan koperasi peringkat ASEAN yang telah dikemukakan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick dalam Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. Mesyuarat itu katanya telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 16 Oktober 2024 Lawatan Dato’ Sri Khairul ke ANGKASA merupakan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha KUSKOP berkuat kuasa 5 September 2024 menggantikan Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad yang kini berperanan

YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee melihat ‘Terowong Masa’ ANGKASA sambil diberi penerangan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee.

Dari Meja Presiden

kredit juga memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan koperasi lain, terutamanya koperasi kecil yang mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tradisional. Dengan menyediakan pinjaman mikro atau modal permulaan, koperasi kredit dapat membantu koperasi lain memulakan perniagaan atau memperluaskan operasi mereka.

Dalam era ekonomi yang memberi tumpuan kepada impak sosial dan kemajuan teknologi, koperasi di Malaysia berpeluang menjadi pemacu utama dalam perniagaan berimpak tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, koperasi perlu menyesuaikan diri dengan pendekatan moden sambil terus berpegang pada Jati Diri Koperasi. Koperasi bukan sekadar platform perniagaan, malah juga pelopor kepada model ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing. Keberhasilan koperasi dalam perniagaan berimpak tinggi banyak bergantung kepada akses kepada modal dan pembiayaan yang mencukupi. Modal yang kukuh membolehkan koperasi mengambil risiko yang lebih besar, melabur dalam teknologi baharu dan memperluaskan operasi mereka. Tanpa modal yang mencukupi, usaha untuk melancarkan projek berimpak tinggi mungkin terhad dan koperasi tidak dapat memaksimumkan potensi mereka untuk memberi kesan positif kepada komuniti. Pendekatan pembiayaan yang inovatif seperti crowdfunding boleh menjadi alternatif yang menarik bagi koperasi. Melalui kaedah itu, koperasi boleh melibatkan komuniti dalam membiayai projek berimpak tinggi dan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk terlibat dalam usaha tersebut. Koperasi

Kerjasama dengan institusi kewangan juga penting dalam menjamin kestabilan pembiayaan koperasi. Koperasi boleh meraih manfaat daripada program pinjaman mikro, geran kerajaan dan sokongan pembiayaan lain yang ditawarkan oleh institusi kewangan tempatan. Melalui kerjasama ini, koperasi dapat mengakses modal kerja yang diperlukan untuk memperkukuhkan asas kewangan mereka dan melaksanakan projek-projek besar yang boleh menjana impak positif jangka panjang. Menerusi strategi pembiayaan yang kukuh dan pelbagai, koperasi di Malaysia boleh menggerakkan perniagaan berimpak tinggi secara berkesan. Melalui pelbagai kaedah pembiayaan, koperasi boleh mencapai kestabilan kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang memberi impak yang berkesan kepada komuniti dan ekonomi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease