PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 6 NOVEMBER 2024 ACO Minta Sokongan Singapura Bawa Agenda Gerakan Koperasi dalam ASEAN 2025
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lapan dari kanan) bergambar bersama peserta dari Singapura yang menyertai Annual Co-operative Leaders' Conference (ACLC) 2024 di George Town, Pulau Pinang pada 6 hingga 9 November 2024. Turut sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa, Dato' Haji Kamarudin Ismail (tujuh dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman (sembilan dari kiri) , Bendahari ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Aziz Shik Ahmad (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Kedua Singapore National Co-operative Federation (SNCF), Mr. Shareef Abdul Jaffar (kanan sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif SNCF, Mr. Ang Hin Kee (lima dari kanan).
ACLC 2024 yang dianjurkan SNCF dan bertemakan 'Doing the Right Things, Doing Things Right' disertai kira-kira 130 peserta.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersalaman dengan peserta.
Persidangan bertemakan 'Doing the Right Things, Doing Things Right' itu dianjurkan oleh SNCF dari 6 hingga 9 November 2024 dengan kehadiran kira-kira 130 peserta. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Kedua SNCF, Mr. Shareef Abdul Jaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif SNCF, Mr. Ang Hin Kee. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menekankan pentingnya persidangan seperti itu sebagai peluang memperkukuh jaringan antara koperasi Singapura dengan Malaysia, khususnya dengan Pulau Pinang. "Inilah yang kita harapkan agar lebih banyak program seperti ini dapat diadakan dalam kalangan koperasi di rantau ASEAN, sebelum melangkah ke peringkat Asia Pasifik dan global," tambah beliau. Turut hadir dalam majlis itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman, Bendahari ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Aziz Shik Ahmad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengurus
Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
ACO meminta kerajaan Singapura menjadikan koperasi sebagai antara agenda utama dibincangkan dalam ASEAN 2025 pada tahun hadapan. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah itu bagi menyokong usaha Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam mengangkat martabat gerakan koperasi sebagai penyumbang utama dalam pembangunan ekonomi negara. "Kita mahu gerakan koperasi di peringkat ASEAN diiktiraf sebagai sektor utama, bukan sekadar subsektor dalam pembangunan sosioekonomi," katanya. Beliau juga berharap agar Singapura melalui koperasi apeksnya iaitu Singapore National Co-operative Federation (SNCF), dapat menyuarakan sokongan tersebut kepada Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia yang menerajui portfolio koperasi di negara itu. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Annual Co-operative Leaders' Conference 2024 di George Town, Pulau Pinang pada 6 November 2024.
Dato’ Haji Kamarudin berbual dengan Mr. Ang Hin Kee.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease