WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2024

INFO SEMASA 7

NOVEMBER 2024

Wakil ANGKASA Hadiri Dialog Eksklusif Bersama Pesuruhjaya Pertanian EU

persimpangan penting di mana cabaran semasa yang dihadapi oleh mereka bukan sahaja menuntut inovasi, malah visi jangka panjang. “Pertanian bukan sekadar sebagai satu profesion, tetapi sebagai satu legasi dan usaha untuk memperkasakan generasi akan datang. ANGKASA percaya dalam membentuk sektor pertanian yang berdaya tahan yang tidak hanya tertumpu kepada pengeluaran tetapi juga pemuliharaan alam sekitar,” katanya. Delegasi ANGKASA yang diketuai Dr. Mohd Azlan turut mengadakan satu pertemuan penting dengan IPB di ibu pejabatnya pada 30 Oktober 2024 bagi membincangkan kerangka kerjasama yang lebih erat dalam pendidikan koperasi dan inovasi pertanian. Pertemuan tersebut adalah langkah penting dalam mengukuhkan kepimpinan koperasi serta memajukan inisiatif pertanian dan teknologi berasaskan koperasi di Malaysia, Indonesia dan rantau ASEAN. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Hubungan Global IPB, Ibu Eva Anggreani. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Ketua Institut Kepimpinan dan Pendidikan Eksekutif IPB, Dr. Ir. Naufal Mahfudz. Dalam pertemuan itu, Dr. Mohd. Azlan menekankan objektif strategik ANGKASA untuk pertumbuhan koperasi dan mencadangkan pelaksanaan Cooperative Leadership Program (CLP)

Oleh MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN Pengurus Seksyen Pemadanan Perniagaan Antarabangsa / ASEAN Co-operative Organization (ACO) ANGKASA yang diwakili Anggota Lembaganya merangkap Bendahari ASEAN Co-operative Organizatio n (ACO), Dr. Mohd. Azlan Yahya telah menghadiri dialog eksklusif bersama Pesuruhjaya Pertanian Kesatuan Eropah (EU), Mr. Janusz Wojciechowski di Institut Pertanian Bogor (IPB), Bogor, Indonesia pada 29 Oktober 2024. Mr. Janusz dalam ucapannya berkata, Dasar Pertanian Bersama EU yang diperkenalkan sejak 1962 berperanan penting dalam membentuk masa depan sektor pertanian yang bukan hanya memfokuskan kepada pengeluaran. Dasar itu juga menekankan pertanian sebagai satu warisan berharga, dengan visi yang mana para petani hari ini bukan sahaja bekerja untuk keperluan semasa, bahkan juga membina asas untuk penjaga tanah pada masa hadapan. Dr. Azlan ketika ditemui menyatakan koperasi di Malaysia terutama yang terlibat dalam sektor pertanian berada dalam

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Bendahari ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dr. Mohd. Azlan Yahya bersama Pesuruhjaya Pertanian Kesatuan Eropah (EU), Mr. Janusz Wojciechowski.

Dr. Mohd Azlan menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Hubungan Global Institut Pertanian Bogor, Ibu Eva Anggreani.

Beliau turut mencadangkan agar IPB menjadi tuan rumah bagi program latihan di kampus di seluruh Indonesia. ANGKASA juga mencadangkan kepada IPB untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Sidang Kemuncak Koperasi ASEAN di Kuala Lumpur pada April 2025.

dengan kerjasama IPB. Katanya, objektif CLP adalah untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pemimpin koperasi di seluruh ASEAN, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk mencapai matlamat pembangunan serantau.

Cadangan Penggubalan Akta Baharu Koperasi 200 Pemimpin Koperasi Wilayah Persekutuan dan Selangor Sertai Sesi Townhall di ANGKASA

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

kecekapan tatakelola koperasi selain memudahkan perniagaan koperasi. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri

Satu

Sesi

Bersama

Townhall

Koperasi Cadangan Penggubalan Akta Koperasi yang Baharu telah berlangsung di Berkaitan Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 5 November 2024. Sesi anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu menyaksikan penyertaan seramai 200 pemimpin koperasi sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi memberi maklum balas serta berkongsi input mengenai Penggubalan Akta Koperasi yang Baharu. Peserta telah diberi taklimat berkaitan Penetapan Dasar Penggubalan Akta Koperasi yang Baharu oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar Dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman. Sementara itu, Ucaptama yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Dato' Amran Haji Abd. Kadir, menyatakan harapan agar akta baharu koperasi itu nanti dapat membantu meningkatkan

Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Perniagaan Kecil (BPKPPK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Puan Noor Azlin Adnan dan Pengarah Statutori dan Pendaftaran SKM, Puan Norhayati Ahmad Zainuri. Turut hadir ialah barisan Pengerusi ANGKASA Negeri dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin. Sebagai rekod, SKM telah pun mengadakan sesi pertemuan bersama Lembaga ANGKASA pada

Sebahagian 200 pemimpin koperasi di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan hadir pada Sesi Townhall Bersama Koperasi Berkaitan Cadangan Penggubalan Akta Koperasi Yang Baharu di ANGKASA.

14 Oktober 2024 lalu bagi memperhalusi Cadangan Penggubalan Akta Baharu Koperasi. Sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambah baik manakala dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta.

Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kanan) hadir mewakili Presiden ANGKASA. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease