INFO SEMASA 9
NOVEMBER 2024
MAAB - UBB Amanah Meterai Kerjasama Pasarkan Produk Amanah Liawn Mumtir
Amanah sebagai dana pantas kepada waris bagi meneruskan kehidupan. Dana itu nanti akan diagihkan kepada waris atau penerima selepas kematian pemilik harta. Katanya, pengagihan dana tersebut tidak perlu melalui proses pengurusan pusaka kerana dana itu adalah harta amanah yang tidak akan ditadbir sebagai harta pusaka selepas kematian pembuka akaun. "Ini akan dapat membantu menjaga kebajikan dan keperluan semua peringkat waris termasuk waris bawah umur dan waris kurang upaya selepas kematian pemberi amanah. Waris bawah umur juga mendapat pembelaan yang teratur dengan perancangan Amanah Tunai MAAB/UBB pada masa hadapan," jelas beliau. Menurut beliau lagi, MAAB yang telah beroperasi selama 10 tahun telah menunjukkan perkembangan dan pencapaian yang memberangsangkan melalui usaha sama dengan pelbagai institusi kewangan, korporat serta koperasi. Sehingga kini, jualan produk MAAB telah mencapai lebih daripada 400,000 kes wasiat. Terdahulu, Datuk Haji Mohamad Ali dalam ucapannya menyatakan nilai urus niaga pengamanahan tunai dan korporat yang sedang berjalan bersama MAAB adalah kira-kira RM283 juta menerusi pengamanahan pusaka, pengamanahan tunai dan korporat. Katanya, menerusi kerjasama UBB Amanah, MAAB yakin dapat meneruskan usaha meningkatkan perniagaan dalam perkhidmatan pengamanahan korporat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus, Penasihat Divisyen Syariah UBB Amanah, Encik Azrin Sabirin, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Haji Muhammad Zulkifli Ismail dan Pengurus Besar MAAB, Encik Muhammad Syafiq Abdullah.
Pengerusi Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) dan Pengarah Urusan UBB Amanah Berhad, Puan Aida Othman menunjukkan dokumen memorandum perjanjian (MoA) yang telah ditandatangani di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 15 Oktober 2024. Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan manakala UBB Amanah diwakili oleh Pengarah Urusannya, Puan Aida Othman. Majlis menandatangani MoA tersebut yang berlangsung di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 15 Oktober 2024 telah disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Puan Aida dalam ucapannya berkata, fungsi utama produk Amanah Liawm Mumtir adalah memperuntukkan wang dalam akaun
Satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan UBB Amanah Berhad telah dimeterai bagi tujuan pemasaran produk Amanah Tunai Patuh Syariah (Amanah Liawn Mumtir). Produk yang pertama seumpamanya yang diinovasikan khusus untuk masyarakat Islam di Malaysia itu telah ditandatangani
MAAB - YIA Bentuk Kerjasama Perkasa Produk dan Perkhidmatan
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) dan Dato' Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman (dua dari kiri) menunjukkan dokumen perjanjian Kerjasama Strategik yang ditandatangani antara MAAB dengan YIA. Turut kelihatan ialah Tan Sri Ismail Ibrahim (kiri sekali) dan Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (kanan sekali).
Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (dua dari kanan) menyerahkan replika ‘mock- cheque’ zakat perniagaan MAAB bernilai RM362,694.40 kepada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Turut sama ialah Haji Zulkifli Ismail (kanan sekali) dan Encik Muhammad Syafiq Abdullah (kiri sekali).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
bukan waris) di dalam wasiat pindaan MAAB manakala MAAB pula akan menyumbang kepada YIA sebanyak RM0.50/wasiat bagi setiap wasiat yang berjaya didaftarkan sebagai waqaf korporat dan manfaat kepada pewasiat dan MAAB. Majlis menandatangani perjanjian tersebut yang berlangsung di Wisma Ungku A.Aziz, ANGKASA, Kelana Jaya pada 22 Oktober 2024 telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan manakala YIA pula diwakili oleh Ahli Lembaga
Pemegang Amanahnya, Dato' Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman. Majlis tersebut juga turut menyaksikan MAAB menyerahkan zakat perniagaan kepada ANGKASA bernilai RM362,694.40 dan diterima melalui Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA yang terdiri daripada Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya serta Anggota Lembaga
ANGKASA iaitu Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ahli Lembaga Pengarah MAAB merangkap Ketua Pegawai Perniagaan MAAB, Haji Zulkifli Ismail, Pengarah Urusan MAAB merangkap Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA, Tan Sri Ismail Ibrahim, Pengurus Besar MAAB, Encik Muhammad Syafiq Abdullah dan Pengurus Besar YIA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.
Satu Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah dimeterai bagi membentuk Majlis kerjasama mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing. Menerusi perjanjian tersebut, satu bentuk kerjasama akan dapat diwujudkan iaitu dengan menjadikan YIA sebagai salah satu pilihan penerima (1/3 pemberian kepada
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease