WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2020

MuatTurun Aplikasi Mudah Alih

PERCUMA

FEBRUARI 2020 JILID: WP02 / 2

ANGKASACoop

www.angkasa.coop RM1.00

Kertas Kitar Semula

GYF20 : Platform Belia Perkukuh Keusahawanan Koperasi Global Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika perasmian Global Youth Forum Cooperative Entrepreneurship 2020 (GYF20) pada 3 Februari 2020 di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. Hadir bersama, Presiden International Cooperative Alliance (ICA), Mr. Ariel Guarco (tiga dari kiri); Pengarah Serantau ICA – Asia Pacific, Mr. Balu Iyer (paling kanan); Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan); Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri); Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dr. Salmah Ishak (dua dari kanan) dan Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar (paling kiri).

G lobal Youth Forum (GYF) – Cooperative Entrepreneurship 2020 yang berlangsung selama lima hari bermula 3 Februari lalu berjaya mencapai matlamat penganjurannya bersama dengan satu resolusi yang dipersetujui oleh 170 peserta dari negara-negara anggota ICA. Program yang julung kali dianjurkan oleh International Co-operative Alliance (ICA) itu telah berlangsung di Kuching, Sarawak dan dihoskan oleh ANGKASA. Majlis perasmian GYF telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang

» Sebahagian peserta yang hadir.

Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta diiringi oleh Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco dan Pengarah Serantau ICA -Asia Pacific, Mr. Balu Iyer. Hadir sama ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul

Johari Tun Openg yang diwakili oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan,

» Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

bersambung di muka surat 2

2

ICA

Beliau turut menegaskan bahawa inilah masanya untuk graduan tidak lagi menjadi ‘pengikut’ kepada norma yang dilakukan setelah tamat pengajian iaitu mencari pekerjaan sebaliknya bersedia berubah menjadi ‘pencipta pekerjaan’ atau job creator . Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan menaruh harapan tinggi kepada golongan muda untuk membantu Sektor Koperasi menongkah arus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang akan memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan manusia seperti perniagaan atau perusahaan yang dijalankan. Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) turut mengingatkan kepada belia yang hadir untuk berusaha memperkasa diri masing-masing dengan pendidikan keusahawanan.

ALK perlu memastikan kepen- tingan penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi dijadikan sebagai keutamaan. Semoga matlamat ‘Tanggungan Bersama’ tercapai melalui nilai-nilai cakna yang tinggi oleh semua pihak demi membela nasib dan pembangunan sosioekonomi anggota. Johari berkata, terdapat banyak faktor mendorong kebanyakan graduan lebih tertarik kepada opsyen makan gaji berbanding bekerja sendiri, tetapi untuk menghadapi ketidak-tentuan keadaan ekonomi, mereka perlu mengubah pemikiran dan bersifat terbuka terhadap opsyen lain seperti menjadi keusahawanan koperasi. Razak Shaik; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dr. Salmah Ishak; Pengarah SKM Sarawak, Encik Meor Mohammed Shariffudin Meor Yahya; Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi SKM, Encik Rusli Jaafar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin. Pendedahan mengenai model perniagaan koperasi yang semakin maju membawa kepada perubahan mentaliti makan gaji yang ada pada kebanyakan belia dan akhirnya membawa kepada hasrat penubuhan koperasi sebagai antara opsyen terbaik. Datuk Patinggi Abang

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan aluan.

» Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (empat dari kiri) dan belia yang menyertai GYF20 menunjukkan tanda bagus selepas majlis perasmian.

Dari Meja Presiden ANGKASA

I stilah ‘Tanggungan Bersama’ dalam koperasi membawa maksud jelas iaitu tanggungjawab yang dipikul oleh seluruh anggota sebagai pemilik bersama sesebuah koperasi. Melaluinya juga, setiap anggota akan sentiasa memberi sokongan, bersama-sama membangunkan per- niagaan koperasi dan menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Namun usaha tersebut sebenarnya memerlukan satu gerak kerja ber-

sesuaian supaya hasil yang diperoleh kelak bukan sahaja dapat memberi impak kepada pembangunan ekonomi anggotanya, malah berupaya memberi nilai tambah kepada pembangunan modal insan anggota itu sendiri. Justeru, kepimpinan koperasi khususnya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu memastikan setiap program pembangunan koperasi yang dianjurkan sentiasa menepati kehendak dan keperluan anggotanya.

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

3

ICA

Kepentingan Koperasi Kepada Belia Ucapan Presiden International Cooperative Alliance, Mr. Ariel Guarco

mempunyai s e r a m a i 2 0 , 0 0 0 penduduk. Sebagai anggota

Apabila kita berkata mengenai belia, statistiknya semakin buruk: 22 peratus daripada golongan belia di dunia (267 juta orang) tidak bekerja atau belajar. Di kebanyakan negara, golongan muda mempunyai kadar pengangguran dua kali ganda daripada purata. Sebanyak 61 peratus daripada pekerjaan di dunia adalah pekerjaan tidak formal. Daripada 3,300 juta pekerja di dunia, lebih daripada 2 juta mempunyai pekerjaan tidak formal. Dalam isu ini, golongan muda dan wanita yang paling terkesan. Dalam konteks ini, adalah jelas bahawa kita perlu memikirkan semula cara kita menjalankan kerja. Dan koperasi- koperasi menjadi ruang inovasi yang luas dalam bidang ini. Ketua Pengarah ILO melihat koperasi sebagai inkubator untuk alternatif pekerjaan-pekerjaan baru yang akan dituntut dalam tahun- tahun akan datang. Koperasi telah menyatakan kepada dunia akan komitmen untuk menyediakan pekerjaan yang baik semasa sambutan Hari Koperasi Antarabangsa tahun lalu. Dalam pengertian ini, salah satu perdebatan yang harus kita hadapi adalah ekonomi platform. Ekonomi platform boleh menjadi ruang penyatuan kepada pekerjaan yang tidak menentu atau peluang untuk pekerjaan yang berkaitan dengan koperasi. Penyelesaian kepada jalan persimpangan ini memerlukan usaha kerajaan, organisasi kesatuan sekerja, koperasi dan yang paling penting, penyertaan golongan muda yang berminat untuk membincangkan kemasukan mereka dalam modaliti pekerjaan baharu. Inilah sebab mengapa belia perlu terlibat dalam pengurusan dan tadbir urus koperasi. Saya juga tahu bahawa koperasi mesti digerakkan untuk membuka pintu bagi golongan muda, mendengar luahan mereka dan memberi sokongan kepada mereka. Kami memerlukan anda untuk membangunkan kuasa inovatif dalam koperasi. Isu platform membawa kita kepada isu kewangan. Bagi kebanyakan orang, Financial Technology (FinTech) adalah peluang yang baik untuk dimasukkan ke dalam kewangan. Kerana melaluinya, kita boleh mendapat akses kepada semua alternatif pembayaran, simpanan dan pembiayaan dari telefon bimbit, dengan perkhidmatan yang secara khusus memenuhi keperluan kita. Untuk gerakan koperasi, ia tidak mencukupi dengan kemasukan kewangan sahaja. Kita perlu

mengetahui sistem kewangan yang mana satu turut melibatkan kita. Sebagai sebuah komuniti, koperasi perlu menentukan keutamaan dalam aplikasi simpanan. Satu lagi aspek dunia pekerjaan di mana kita boleh membuat transformasi yang besar ialah peranan jantina. Koperasi membenarkan pendemokrasian dan kemasukan supaya kita boleh menjadi alat yang dibanggakan untuk menambah kemungkinan pembangunan bagi semua orang. Saya yakin bahawa wanita muda mempunyai peranan penting dalam perdebatan mengenai cara- cara baru yang perlu kita guna untuk bekerja, menghasil, mengguna dan menjaga keluarga serta persekitaran kita. Kita mahu gerakan koperasi yang mengubah realiti kita. Koperasi boleh menjadi ejen inovasi yang kuat dari segi pengeluaran dan penggunaan yang lestari, organisasi pekerjaan berbentuk baru, penyertaan wanita, akses kepada perkhidmatan kewangan berbentuk baru, pengeluaran cara baru dan berkongsi tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui. Penting untuk belia menyertai koperasi dengan kerjaya yang bagus, dengan keinginan untuk memenuhi ruang-ruang yang dicabar oleh dunia terhadap kita. Jemputan telah dibuat. Saya yakin bahawa latihan dan perbahasan pada masa kini akan dapat meneroka potensi interaksi antara golongan muda dengan model koperasi. Saya berharap anda semua menjadi lebih yakin mengenai kelebihan model perniagaan koperasi selepas mengikuti sesi latihan dalam forum ini. Saya juga berharap idea-idea inovatif akan muncul dari forum ini, yang akan membolehkan gerakan ini bekerjasama dengan lebih berkesan dalam menyelesaikan konflik yang kita hadapi sebagai satu generasi. Sekali lagi, anda dijemput untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian perniagaan terbesar di dunia, menjadi sebahagian daripada cabaran membina ekonomi dalam demokrasi dan dari kepentingan komuniti tempatan kami. Anda dijemput untuk memberi pandangan kritikal, kerana kita tidak mempunyai masa untuk penangguhan. Golongan muda mesti berada ‘sekarang’ untuk gerakan koperasi, bukan pada masa ‘hadapan’ kerana masa depan gerakan dan tamadun kita kini sedang dipertaruhkan.

koperasi bandar

di

sebuah

kecil dan terletak di salah satu negara paling selatan di muka bumi, saya menganggap diri saya sebagai sebahagian

» Mr. Ariel Guarco Presiden International Cooperative Alliance

P ertama sekali, saya merakam- kan penghargaan bagi pihak International Co-operative Alliance (ICA) kepada pihak berkuasa dan ANGKASA kerana telah menerima tanggungjawab untuk menganjurkan Global Youth Forum yang pertama, dengan komitmen dan profesionalisme. Saya menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khusus- nya kerajaan negeri Sarawak, yang diwakili oleh Ketua Menterinya. Terima kasih atas layanan baik anda dan kehadiran anda ke majlis pada pagi ini merupakan satu penghormatan bagi kami. Terima kasih juga kepada Kesatuan Eropah, yang dalam rangka Perkongsian EU-ICA, menyokong pertemuan belia dari semua benua, dengan keyakinan bahawa jika golongan muda perlu memainkan peranan di peringkat global terhadap cabaran yang dihadapi oleh manusia, maka perlu bagi kita untuk membina rangkaian global demi meningkatkan penyertaan golongan muda dalam semua bidang. ICA mempunyai empat Jawatankuasa Belia serantau yang dihubungkan dalam rangkaian belia dan dipengerusikan oleh Sébastien Chaillou. Ruang-ruang ini terbuka untuk mendengar cadangan daripada anda dan memerlukan penglibatan anda. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan mengapa saya percaya bahawa model koperasi adalah jalan terbaik untuk pembangunan lestari, bagi menghadapi cabaran besar sebagai manusia dan mengapa koperasi memerlukan anda semua. Di seluruh dunia, terdapat tiga juta koperasi dengan keanggotaan seramai 1.2 bilion orang. ICA mewakili koperasi di 109 buah negara. Kami adalah rangkaian perusahaan terbesar di dunia, dibina dari organisasi-organisasi di setiap wilayah. Sebagai contoh, saya sebagai seorang anggota yang menyediakan perkhidmatan elektrik di sebuah bandar kecil di Argentina yang hanya

daripada rangkaian global ini. Kepada anda yang menjadi sebahagian daripada rangkaian global tersebut, yakinlah bahawa tidak ada jalan penyelesaian untuk masalah di peringkat tempatan jika kita tidak menjadi sebahagian daripada penyelesai masalah di peringkat global. Bagi pihak ICA, saya ingin menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ini. Koperasi dilahirkan daripada keperluan manusia untuk mengatasi model perniagaan yang lain. Koperasi telah mengubah logik perniagaan biasa, meletakkan pengguna, pekerja, usahawan dan pengeluar dalam tadbir urus perusahaan. Selama lebih 175 tahun koperasi telah membuktikan bahawa perkara tersebut mampu dilaksanakan. Pada Disember tahun ini, ICA World Cooperative Congress akan berlangsung di Seoul, Korea untuk meraikan ulang tahun ICA ke-125 dan ulang tahun Deklarasi Identiti Koperasi yang ke-20. Kita mahu memasukkan nilai dalam Deklarasi Identiti Koperasi bagi memperkukuhkannya. Identiti Koperasi adalah tidak lebih dan tidak kurang daripada cara kesepakatan antara kita semua untuk membina ekonomi lain dan adalah kunci untuk mengendalikan masa depan kita ke arah pembangunan yang lestari. Kenapa kita fokus pada pembangunan lestari? Sebabnya dunia menghadapi cabaran besar dan kita tidak punya masa yang banyak untuk menyelesaikannya. Laporan terbaharu tentang perubahan iklim telah mengesahkan bahawa kita masih ‘menghala’ ke jalan yang salah. Anda tahu apa yang saya katakan. Di seluruh dunia, golongan muda adalah sebahagian daripada gerakan sosial yang menuntut hak asasi manusia, penjagaan planet, pengakhiran keganasan, hak untuk pendidikan dan pekerjaan yang baik. Menurut data oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), bilangan orang yang menganggur dari semua peringkat umur dijangka meningkat ke 190 juta pada tahun ini dan mencapai 203 juta pada tahun 2021.

Diterjemah oleh: NADIAH KAMARUDIN

4

ICA

Belia GYF20 Serah Resolusi Bertunjang Ekonomi, Digitalisasi, Pendidikan

kepada Datuk Nordin oleh Pegawai Penyelarasan – Program Perkongsian ICA-EU, Ms. Andreea Teodora untuk dikongsi di peringkat ICA. Datuk Nordin dalam ucapannya menyarankan belia yang berpengalaman dalam keusahawanan koperasi mengambil peranan lebih aktif untuk meningkatkan kesedaran golongan muda terhadap koperasi dapat membantu memenuhi keperluan mereka dari aspek pekerjaan, dan dalam masa yang sama menyumbang kepada pembangunan komuniti. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyatakan penghargaan kepada International Co- operative Alliance (ICA) kerana telah memilih ANGKASA sebagai hos untuk forum tersebut. Ini merupakan kali kedua ANGKASA menjadi hos kepada program anjuran ICA selepas menghoskan ICA Global Conference and General Assembly 2017 di Bandar Sunway, Selangor. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sarawak, Encik Meor Mohammed Shariffudin Meor Yahya; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya; Pengerusi ANGKASA Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Sepanjang berlangsung GYF20, sebanyak lebih 100 latihan yang berfokus kepada topik seperti Matlamat Pembangunan Lestari, kepimpinan, pengurusan, teknologi maklumat, kewangan dan undang-undang telah dijalankan.

» Datuk Nordin Salleh menunjukkan resolusi yang diserah oleh Pegawai Penyelarasan – Program Perkongsian ICA-EU, Ms. Andreea Teodora (paling kiri).

G lobal Youth Forum 2020 (GYF20) melabuhkan tirainya pada 6 Februari 2020 dengan menyaksikan sebuah resolusi yang dirangka oleh peserta dibentangkan dalam satu majlis penutup yang disempurnakan oleh Pengerusi

Eksekutif

Suruhanjaya

Koperasi

Malaysia, Datuk Nordin Salleh. Resolusi tersebut yang memberi fokus kepada lima perkara tunjang iaitu ekonomi lestari, tindakan kolektif, digitalisasi, pendidikan dan keadilan masyarakat telah diserahkan

Pastikan Suara Belia Gerakan Koperasi Diangkat Jadi Agenda Kerajaan N aib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Global Youth Forum 2020 berkata, peserta yang hadir perlu menjadikan forum tersebut sebagai satu usaha berterusan ke arah memastikan suara akar umbi belia dari gerakan koperasi sentiasa diangkat menjadi agenda kerajaan di negara masing-masing. Selaku Pengerusi ICA-AP Committee

on Co-operatives in Educational Institution, beliau meletak keyakinan yang tinggi

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah beramah mesra bersama peserta GYF20 dari Malaysia.

kepada belia untuk meyakinkan lebih ramai anak muda untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan melalui wadah koperasi. Dr. Mohd Azlan turut

yang dihadapi oleh belia koperasi di negara ini. Sektor Koperasi di mana-mana negara perlu meningkatkan usaha pengumpulan data, terutama yang melibatkan data yang berkaitan dengan umur supaya kita tidak ketinggalan peluang dan kelebihan untuk menunjukkan kepada dunia, khususnya kepada belia, akan impak koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat. Hadir sama di majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan; Presiden International Co-operative Alliance (ICA), Mr. Ariel Guarco; Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer dan barisan kepimpinan ANGKASA.

menyarankan golongan muda yang terlibat secara aktif dalam Sektor Koperasi di Malaysia untuk menjadikan Kajian Global Mengenai Keusahawanan Koperasi Belia yang dijalankan oleh CICOPA sebagai rujukan untuk menangani cabaran- cabaran sedia ada dan isu

» Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi ICA-AP Committee on Co-operatives in Educational Institution ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam GYF20.

5

ICA

YOUTH AGENDA FOR ADVOCACY

Apa kata belia #GYF20?

GYF20 adalah platform terbaik untuk belia bertemu dan mengadakan perbincangan konstruktif mengenai usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memperkasa penglibatan golongan muda dalam keusahawanan koperasi.

The transformation of current economic systems requires systemic changes to the ways youth are tapping into a constructive policy dialogue. Given the current political discourses around the Future of Work and the 2030 Agenda for Sustainable Development, the Global Youth Forum 2020 on Cooperative Entrepreneurship was designed to provide young entrepreneurs from 50 countries with the necessary skills and opportunities to reach their full potential.

Ahsan Ali Thakur Karachi Co-operative Housing Societies Union Ltd Pakistan

The Global Youth Forum 2020 has been the trigger for the majority of participants, to drive forward an ambitious Agenda for advocacy to continue working on:

Tahniah kepada ICA atas usaha menyatu dan mengumpulkan belia yang menjadi tunjang harapan gerakan koperasi di seluruh dunia. Saya berasa bangga dapat menyertai forum sehebat ini.

1.

Sustainable economies

Creation of a democratic process to define and select social, environmental and economic accountability indicators that go beyond mere growth

Wambui Muriithi Nendo Kenya

Promotion of economic models that aim to end precarity and enable fair remuneration and decent work which conform with democratic processes

2.

Collective action

Creation of a legal framework to include cooperatives in political spaces. Bring more diversity and transparency to the empowerment of communities Include cooperatives in leadership, redefining it as servant leadership and reporting back with full transparency so citizens can make informed decisions and take action

Koperator yang menyertai GYF20 perlu memastikan perpaduan dan solidariti yang diperoleh sepanjang forum berlangsung diteruskan untuk menggerakkan segala usaha dan strategi yang dirangka bersama.

Iruma Tanaka Seikatsu Club Consumers’ Co-operative Union Jepun

3.

Digitalization

Promote cooperation among cooperatives by linking existing cooperatives to platform cooperatives, creating an environment for interoperability Use technology as an inclusive tool that complements participation in democratic decision making rather than jeopardizing it

Saya menyertai GYF20 dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan sebagai koperator, tetapi sepanjang program berlangsung sehinggalah ke hari terakhir saya merasa telah mendapat lebih daripada apa yang saya mahukan iaitu rakan-rakan koperator yang mempunyai aspirasi koperasi yang sama dengan saya. Nur Ain Fatteni Rusli Gabungan Koperasi Pelancongan Negeri Sabah Berhad Malaysia

4.

Education

Upgrade the education model towards a more inclusive, democratic and interactive model

Addition of life skill development and a lifelong learning framework

Inclusion of the cooperative model in all educational institution curriculums at all levels

5.

Just Societies

Inilah masanya untuk belia koperasi tampil ke hadapan dan kembangkan potensi diri mereka.

Link and connect the cooperative movement with social and environmental movements

Recognition of intergenerational inclusiveness, solidarity, respect and co-creation as sources for societal improvement

Jeffrey Moxom International Cooperative Alliance Belgium

Creation of a cooperative fund for various social, environmental and sustainability concerns, such as education

LET’S DRIVE THIS AGENDA FOR ADVOCACY FURTHER TOGETHER!

Mendengar kisah mengenai orang-orang muda membantu memajukan ekonomi komuniti setempat mereka melalui koperasi memberi inspirasi dan semangat kepada saya untuk melakukan lebih lagi untuk masyarakat kurang berkemampuan di Mexico.

Angelica Soberanes ICA’s America Youth Committee Mexico

This document has been co-funded by the European Union. The content of this document is the sole responsibility of the International Cooperative Alliance and can in no way be taken to reflect the views of the European Union.

6

ICA

Sekitar #GYF20

» Pengarah Serantau ICA-Asia Pacific, Mr. Balu Iyer (dua dari kiri) memberikan sepatah dua kata ketika sesi pembukaan GYF20. Turut bersama beliau ialah President ICA Youth Network, Sébastien Chaillou (paling kanan) dan Pengarah Pembangunan Antarabangsa-Program Perkongsian ICA-EU, Marc Noël.

» Peserta berpakaian tradisional Sarawak ketika mengadakan lawatan ke Koperasi SMK Tun Abang Haji Openg Berhad.

» Sukarelawan dari SMK Tun Abang Haji Openg dan kakitangan ANGKASA mengambil kesempatan bergambar bersama Datuk Nordin Salleh selepas selesai Majlis Penutup GYF20.

» Peserta mencuba permainan batu seremban yang merupakan antara permainan tradisional yang disediakan oleh Koperasi SMK Tun Abang Haji Openg Berhad untuk program Pelancongan Koperasi Sekolah.

» Peserta bergambar bersama pelajar dari Koperasi SMK Tun Abang Haji Openg Berhad yang memakai pakaian tradisional Sarawak.

» Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (lima dari kanan) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan (lima dari kiri) bergambar bersama peserta dari Sabah selepas Majlis Makan Malam GYF20.

» Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa (dua dari kiri) dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (tiga dari kanan) serta Pengerusi ANGKASA Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin (dua dari kanan) ketika Majlis Makan Malam GYF20. Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (paling kiri).

» Iruma Tanaka dari Seikatsu Club Consumers’ Co-operative Union merupakan salah seorang koperator dari Jepun yang dipilih menjadi jurulatih untuk sesi latihan sepanjang GYF20.

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya memberikan kata-kata semangat kepada peserta GYF20 sambil disaksikan oleh jurulatih.

» Peserta tertawa mendengar penerangan dari Pegawai Penyelidik-Program Perkongsian ICA-EU, Jeffrey Moxom (empat dari kiri).

» Sebahagian daripada pelajar dari Koperasi SMK Tun Abang Haji Openg Berhad yang terpilih menjadi sukarelawan untuk GYF20.

» Vina Vida Rempillo dari National Association of Training Centers for Co-operatives, Filipina memberi penerangan mengenai pembangunan gerakan koperasi di negaranya.

» Peserta melakukan kerja berkumpulan.

» Arthur Lauvergnier yang mewakili Fabrique Co-opérative dari Perancis ditemu ramah wakil media dari ANGKASA.

» Butang yang tertulis ‘#GYF20’ adalah lambang perpaduan belia koperasi.

» Peserta bergambar selepas selesai Majlis Penutup GYF20.

7

ICA

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ ICA Pemudahcara Koperasi Anggota

A NGKASA berbesar hati menerima kunjungan hormat Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco ke Ibu Pejabat ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 4 Februari lalu. Kehadiran beliau diiringi Pengarah Serantau ICA-Asia Pasifik, Mr. Balusubramanian Iyer dan penterjemah Mr. Ariel Guarco iaitu Mr. Alberto Balanzo. Kunjungan lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam terhadap

perkembangan koperasi di negara anggota, mendengar pandangan dan keperluan anggota serta menjadi pemudah cara antara koperasi dan badan kerajaan yang berkaitan. Kunjungan mereka disambut oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah selain Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Selain diberi taklimat mengenai peranan, operasi dan perkhidmatan yang disediakan ANGKASA, Mr. Ariel juga turut diterangkan mengenai perkembangan gerakan koperasi di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM), Haji Ariffin Mamat; wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) iaitu Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi, Encik Azlan Abd Majid; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Faridatul Hanim Mohd Johan; dan Pengarah Kanan Strategik IKM, Cik Sharina Abdullah serta Timbalan Ketua Eksekutif National Land Finance Co-op Society Limited (NLFCS), N.Kathiresan.

» Mr. Ariel (lima dari kanan) bergambar dengan kepimpinan ANGKASA, wakil MEDAC, SKM dan IKM.

» Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah bersalaman dengan Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco selepas kunjungan ke Muzium Koperasi Malaysia.

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (kanan sekali) memberi penerangan ketika kunjungan Mr. Ariel ke Muzium Koperasi Malaysia. Turut serta ialah Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kanan); Haji Ariffin Mamat (empat dari kanan); Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri) dan Mr. Balusubramanian Iyer (kiri sekali).

» Mr. Ariel (kanan sekali) dan penterjemah, Alberto Balanzo meneliti produk koperasi Bubur Nasi Segera jenama Berasli di Pusat Khidmat Usahawan (PKU) ANGKASA.

8

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Terap Semangat dan Momentum Per ‘Aspirasi Sederap Bersama Anggota JPAN’ B ertemakan ‘Aspirasi Sederap Bersama Anggota JPAN’, program anjuran ANGKASA itu telah berjaya mengumpulkan lebih 200 peserta anggota jawatankuasa JPAN dari seluruh negara. Selain diberi pencerahan terhadap

Pengisian Program 1. Melakukan anjakan paradigm mengenai diri, kerjaya, kepemimpinan dan peningkatan potensi peribadi. 2. Mengenal diri dengan lebih jelas dalam konteks kepemimpinan diri dan peranan JPAN. 3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai cabaran dan kekangan sebagai pemimpin. 4. Memahami kaedah untuk memperkasa potensi sebagai pemimpin dan anggota JPAN. 5. Memahami kaedah untuk menjana satu hati dan satu fikir dalam kalangan anggota JPAN. 6. Memahami amalan kritikal ke arah pembentukan pasukan kerja yang mantap dan berimpak tinggi dalam kalangan anggota JPAN. 7. Membentuk rangka tindakan yang praktikal untuk mengangkasa teamwork , kepemimpinam dan peranan anggota JPAN.

beberapa agenda yang akan dibawa menerusi pelan strategik perniagaan ANGKASA, peserta juga turut didedahkan dengan pelbagai bentuk pengisian serta informasi tentang hala tuju gerakan koperasi. Beberapa segmen ‘Anjakan Paragidma’ turut diadakan dan dikendalikan oleh pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Sesi program yang berlangsung selama tiga hari itu telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah turut disertai Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden ANGKASA dan barisan Pengerusi JPAN dari seluruh negara.

» Sesi ceramah mo Kamsah.

» Sesi bergambar bersama peserta program

9

ANGKASA

rkasa Agenda Koperasi

» Sesi soal jawab yang dipimpin sendiri oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah diiringi Naib-naib Presiden dan barisan Pengerusi JPAN.

otivasi yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah

ANGKASA 10 BA100 Bantu Perkasa Koperasi SBP

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Seramai 48 orang wakil koperasi sekolah dari Zon Tengah dan Zon Selatan telah mengambil bahagian dalam program yang bertempat di Hotel Aliya, Klang, Selangor pada 21 Februari 2020.

perniagaan koperasi selain beberapa perkongsian maklumat seperti panduan pembayaran zakat melalui gerakan koperasi sekolah. Menurut beliau, Program Barang Asas 100 (BA100) berupaya membantu koperasi SBP untuk meningkatkan perolehan melalui kerjasama perniagaan dengan pihak pengurusan dewan makan dan kantin dengan menjadi pembekal kepada produk barangan asas yang berkaitan. Katanya, kedua-dua pihak (pengurusan koperasi sekolah dan ANGKASA) juga

» Seramai 33 orang wakil koperasi sekolah dari Zon Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis telah mengambil bahagian pada 19 Februari 2020 bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

» Dato’ Haji Kamarudin Timbalan Presiden ANGKASA.

P rogram Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020 akan terus diperkasa bagi memastikan hala tuju perniagaan koperasi sekolah dan isu-isu permasalahan berkaitan perniagaan, pengurusan dan kewangan koperasi sekolah sentiasa ditambah baik. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, penganjuran Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020 dapat bertindak sebagai platform kepada koperasi sekolah terutamanya koperasi sekolah berasrama penuh untuk memper-kembangkan lagi aktiviti

boleh berbincang selain mengenal pasti peluang perniagaan baharu yang boleh dan sesuai untuk diceburi selain berkongsi idea dan pengalaman berkaitan teknik pengurusan koperasi dan aktiviti perniagaan koperasi sekolah melalui pengalaman langsung. Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020 melalui Barang Asas (BA 100) peringkat Zon Tengah dan Selatan anjuran Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA di Hotel Aliya, Klang, 21 Februari lalu. Seramai 48

orang wakil koperasi sekolah dari Zon Tengah dan Zon Selatan telah mengambil bahagian. Program tersebut juga merupakan kesinambungan daripada program yang telah dianjurkan bagi peringkat Zon Timur di Kota Bharu, Kelantan yang telah diadakan pada 18 Februari dan Kuching, Sarawak pada 13 Februari lalu. Program ini akan diteruskan ke peringkat Pahang Zon 1, 2, 3 serta Sabah pada penghujung Februari dan Mac 2020 ini.

ANGKASA 11 Program Pemantauan Bantu Perkasa ‘100 Product Champion’ Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Setiausaha Koperasi Peneroka Sungai Tengi Bhd (KOPEST), Encik Surur @ Arif Miskam memberi pembentangan mengenai produk Ketupat Segera KOPEST.

» Setiausaha Koperasi Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad, Puan Siti Khodijah Murad memberi pembentangan mengenai produk ‘Warisan Ibu’ Pre-Mixed Coffee 2 in 1.

» Wakil-wakil koperasi yang menyertai Program Review ‘100 Product Champion’ Batch 2014-2018 bergambar bersama barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya (duduk tengah).

B uat julung kalinya ANGKASA menganjurkan program tinjauan semula perkembangan produk-produk ‘100 Product Champion’ bagi mengenal pasti status terkini produk yang terlibat dalam pasaran dalam dan luar negara. Sebanyak 13 koperasi yang terlibat dalam program ‘100 Product Champion’ hadir semasa program selama dua hari yang bermula pada 18 Februari lalu di Kelana Jaya. Selain bertujuan untuk membantu koperasi meningkatkan kualiti produk yang terlibat melalui program pengukuhan dan audit, penganjuran program tersebut juga adalah untuk membantu koperasi dalam mendapatkan bantuan pembiayaan melalui agensi-agensi terpilih dalam usaha untuk mengembangkan lagi kapasiti pengeluaran serta memenuhi permintaan pasaran. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya berkata, program pemerkasaan produk-

turut menyatakan kesungguhan ANGKASA untuk terus komited bagi membantu koperasi mendapatkan sijil-sijil yang berkaitan seperti HACCP, GMP dan MeSTI selain membantu dalam permohonan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Sijil Eksport Penjualan Bebas Bagi Produk Makanan. Sebagai rekod, beberapa produk di bawah program ‘100 Product Champion’ telah berjaya dieksport ke Brunei (14 produk) dan Singapura (14 produk) selain 12 produk telah berada di pasaraya Giant dan platform e-dagang amaxMall. Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA

Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain. Beliau yang juga Jawatankuasa Bahagian Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi turut memberi galakan kepada koperasi yang hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi melebar luas jaringan perdagangan di peringkat antarabangsa. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Zainudi Sulaiman.

100 Product Champion’’’’’’ ‘‘‘‘‘ Pencapaian Program Pasaran Bilangan Koperasi

Bilangan SKU

Brunei

8 7 6

14 14 12

produk koperasi di bawah program ‘100 Product Champion’ akan sentiasa dijalankan bagi memastikan ‘100 Product Champion’ sentiasa signifikan dengan kehendak pasaran. Menurut beliau, sebanyak 61 SKU telah dibangunkan di bawah program tersebut

Singapura

amaxMall (Giant & Online)

Koperasi Sekolah

60

Kedai Runcit

147

dan ia merupakan satu pencapaian yang mem- banggakan. Namun masih banyak lagi ruang yang perlu ditambah baik seperti kaedah bagaimana untuk mengurangkan kos pembuatan melalui pendekatan Original Equipment Manufacturer. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ba- hagian Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi

» Dr. Mohd. Azlan Yahya Naib Presiden ANGKASA

» Antara produk ‘100 Product Champion’.

12 RENCANA

Program Go Global

‘Malaysia Coop Plate’ (MCP) Bawa Nama Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ A NGKASA terus memainkan peranan yang berkesan di pentas antarabangsa menerusi usaha merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi khususnya dalam mewujudkan jaringan serta meneroka peluang pemasaran dalam aspek produk dan perkhidmatan koperasi. Pencapaian program pemasaran produk koperasi terutamanya 100 Product Champion yang bermula 2015 lalu menyaksikan prestasi yang memberangsangkan apabila sebanyak 14 Unit Simpanan Stok (SKU) telah dieksport ke Koperasi SAMAKAYA Brunei sebanyak dua kali pada tahun 2016 dan 2018. Malah, permintaan terhadap produk-produk koperasi di bawah naungan ANGKASA juga mendapat perhatian daripada negara China, India, Arab Saudi, Vietnam, Bosnia dan juga pasaran Eropah. Tahun 2020 menyaksikan ANGKASA menerusi Sektor Pemborongan Dan Peruncitan telah merancang untuk melaksanakan Program Go Global yang antara lain bermatlamat meningkatkan pemasaran produk koperasi ke luar negara. Tiga strategi utama yang diketengahkan dalam program bertaraf antarabangsa tersebut ialah kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategik di luar negara untuk meneroka peluang perniagaan; penyertaan dalam ekspo perdagangan luar negara serta melibatkan diri dalam penganjuran pameran produk koperasi dan pemadanan perniagaan di luar negara. Strategi tersebut dilihat berupaya menggalakkan penghasilan produk koperasi untuk menembusi pasaran global di samping dapat mewujudkan kerjasama antara

koperasi tempatan dan koperasi peringkat dunia. Program Go Global yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Coop Plate’ (MCP) ini bertujuan memperkasakan produk koperasi dengan matlamat memasar dan menempatkan sekurang-kurangnya 20 SKU produk koperasi ke peringkat antarabangsa khususnya negara-negara ASEAN. Menariknya, Program MCP ini bakal membawa nama koperasi Malaysia ke pasaran global menerusi penyediaan hidangan produk koperasi Malaysia melalui segmen-segmen tertentu iaitu dengan mewujud dan mempromosi melalui kaedah menguji rasa, mengalami dan melihat sendiri penyediaan hidangan produk- produk koperasi. Sasaran program ini juga adalah ‘local buyer’ dari industri peruncitan dan pasaran Hotel, Restoran dan Katering (HoReCa). Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika menghadiri Program 14th National Co-operative Summit di Davao City, Filipina pada Oktober 2018 lalu telah mencetuskan galakan dan menarik perhatian koperasi negara-negara ASEAN untuk bersama-sama mengambil inisiatif menterjemahkan hasrat ini dengan menonjolkan kekuatan tersendiri dan menyarankan koperasi supaya lebih bersifat dominan dalam memasar dan mengenengahkan produk negara masing-masing di peringkat global. Ujarnya, produk koperasi negara ASEAN berpotensi menembusi pasaran global dan ia bukan hanya tertakluk kepada persekitaran atau komuniti setempat semata-mata, malah berupaya merentasi

negara menerusi e-dagang digital sekiranya diuruskan dengan baik. ANGKASA katanya, bersedia mengambil peranan ini untuk bersama-sama melaksanakan usaha berstrategik ini serta memberi galakan terbaik kepada koperasi yang berpotensi menempatkan produk koperasi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Setiap koperasi perlu merebut peluang keemasan ini dengan meluaskan produk koperasi masing-masing ke arah menambahkan perolehan dan pendapatan koperasi serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial setempat di samping meningkatkan hubungan perdagangan antara negara-negara ASEAN. Menyedari faktor geografi negara-negara ASEAN yang kebanyakannya berpotensi mengeluarkan produk berasaskan pertanian dan perikanan, koperasi negara ASEAN dilihat memiliki peluang cerah menghasilkan pengeluaran produk berbentuk kepenggunaan; makanan dan minuman; produk berasaskan buah- buahan; industri pelancongan dan sebagainya yang boleh dirancang untuk dibawa ke dalam pasaran. Justeru, penyertaan koperasi-koperasi di Malaysia dalam program promosi eksport atau promosi perdagangan antarabangsa adalah platform terbaik untuk mereka meluaskan pasaran produk menerusi saluran penganjuran Kementerian Permbangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Senarai produk dan koperasi yang terlibat:

PRODUK BIL.

KOPERASI

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Koperasi Keluarga Kandaserah Bentong Berhad (Kekanda) Koperasi Groombig Usahawan Kelantan Berhad Koperasi Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad Koperasi Keluarga Saijan Saudah Kuala Langat Berhad Berhad (Koss Berhad) Koperasi Usahawan Wilayah Utara Perak Berhad (Kuwita) Koperasi Al Hilal Malaysia Berhad Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad

Chacky’s Biskut Orikel Teh Tarik 3 in 1 Kaumibu Kopi 2 in 1 Yom’s Biskut Samuza Maruku Pulut Pedas/ Kacang Dhal

Kohilal Coklat Malt Sadini Keropok Ikan Copiat Minuman Rumpai Laut perisa Lemon/ Strawberi

Koperasi IAT Berhad Koperasi IAT Berhad Koperasi IAT Berhad

Coopiat Maruku Ikan Lekorista Keropok Ikan Teh Camellia Lemon Grass Koiman Serunding Ayam Koiman Serunding Tuna Kokusda Teh Tarik Tudya Kokusda Coklat c-Hart Sudee - Serbuk Perencah

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Koperasi Perkasa Seremban Berhad Koperasi Serbaguna Iman Berhad Koperasi Serbaguna Iman Berhad

Koperasi Kakitangan Dan Kumpulan Dr. Azizan Kedah Berhad Koperasi Kakitangan Dan Kumpulan Dr. Azizan Kedah Berhad Koperasi Fasto Global Berhad

13 KOPERASI

Jadikan Koperasi Sebagai ‘Global Player’ Pembangunan Ekonomi Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

berperanan merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan menggalakkan koperasi untuk menceburi lapan sektor utama yang diwujudkan iaitu Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan dan Peruncitan; Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan; Pertanian dan Industri Asas Tani; Perladangan, Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan; Inovasi dan Teknologi serta Pembangunan Komuniti,” katanya. Kejayaan dan prestasi baik yang ditunjukkan koperasi-koperasi FELDA katanya, telah mem- buktikan bahawa bidang perniagaan yang diceburi mampu memberi impak lebih besar kepada peningkatan ekonomi koperasi serta menjadi penyumbang bermakna kepada pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Program Sesi Libat Urus Koperasi FELDA 2020 yang pertama kali diadakan itu bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik koperasi- koperasi FELDA yang menjadi anggota Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dalam kegiatan sosioekonomi. Seramai 265 wakil Koperasi FELDA yang terdiri daripada pengerusi koperasi menyertai sesi perkongsian ilmu tersebut yang dianggap sebagai platform terbaik bagi menyalurkan maklumat berkesan kepada anggota dalam usaha menjana kejayaan berganda. Antara yang hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPF, Hajah Sakinah Salleh; Pengerusi KPF, Encik Anuar Malek dan Setiausaha KPF, Encik Norzuki Mustafa.

» Dato’ Abdul Fattah bersalaman dengan peserta.

» Sebahagian 265 wakil Koperasi FELDA seluruh negara yang mengikuti Sesi Libat Urus Koperasi FELDA 2020 di Hotel Tenera, Bangi.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Peranan ANGKASA Dalam Menjana Kejayaan Koperasi”.

S ektor koperasi disaran supaya dapat menjadi ‘Global Player’ dalam bidang pembangunan ekonomi untuk membawa sektor ketiga ini ke peringkat yang lebih dominan. Usaha ini perlu diperkukuh dan dimantapkan supaya koperasi dapat menjadi antara pemain utama dalam pembangunan ekonomi negara sekaligus memberi manfaat kepada anggota dan komuniti secara keseluruhan. Demikian antara inti pati pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

bertajuk “Peranan ANGKASA Dalam Menjana Kejayaan Koperasi” pada Program Sesi Libat Urus Koperasi FELDA 2020, bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, 21 Januari lalu. Menurut beliau, ANGKASA komited dalam menyokong koperasi yang memiliki semangat untuk meningkatkan kedudukan mereka daripada mikro kepada kecil, daripada kecil kepada sederhana dan daripada sederhana kepada kategori koperasi yang lebih besar. “Sebagai Badan Puncak yang mewakili seluruh gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA

Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI Jalin Kerjasama Bangunkan Perniagaan SKM dan ANGKASA Perlis S atu kunjung hormat oleh Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis kepada Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, Encik Mohd Firdaus Ismail telah berlangsung di pejabat beliau di Bangunan Persekutuan Kangar, 5 Februari lalu. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya hadir bersama JPAN Perlis yang diketuai Pengerusinya, Haji Sahimi Shari. Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama lebih erat

» Bergambar bersama Encik Mohd Firdaus Ismail (duduk tengah) di pejabat SKM Cawangan Negeri Perlis.

antara kedua pihak khususnya berkaitan kepentingan dan manfaat anggota koperasi di Perlis. Antara perkara yang turut di- bincangkan termasuklah penglibatan koperasi dalam Co-operative Empower- ment Project (CEP) seperti Projek Lembu

Tenusu dan Heifers Park, Projek Tanaman Jagung Bijian dan Projek Pharma Wellness. Selain itu, perbincangan juga turut menyentuh tentang kerjasama yang boleh dibentuk bagi menjayakan projek berimpak tinggi oleh SKM Perlis pada tahun ini iaitu Projek Ternakan Lembu dan Projek Penanaman Pokok Balak.

ANGKASA 14

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Sasar 350 Ribu Wasiat menjelang 2030

» MAAB menerima serahan cek bernilai RM5.45 juta daripada Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar (AIM) Berhad sebagai tanggungjawab untuk memegang dana wang tidak dituntut hak anggota sahabat AIM Berhad yang tidak dapat dikesan atau meninggal dunia dan seterusnya mengesan anggota atau waris untuk diserahkan wang tersebut. Orang ramai yang pernah menjadi Sahabat AIM atau waris kepada anggota Koperasi Sahabat AIM Berhad yang mempunyai pertanyaan mengenai dana wang yang tidak dituntut boleh menghubungi ibu pejabat MAAB di talian +603-78875600.

» Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran produk baharu MAAB sambil diiringi Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kanan) serta Ahli Lembaga Pengarah MAAB.

M yANGKASA Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat milik ANGKASA menyasarkan pembukaan cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2030 dalam usahanya untuk menggiatkan pemasaran selain meningkatkan lagi jumlah kes pentadbiran harta pusaka kepada 350 ribu wasiat. Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, MAAB kini sedang bekerjasama dengan 68 rakan niaga strategik dan sehingga kini berjaya merekodkan lebih 100,000 wasiat serta menguruskan hampir 400 kes pentadbiran harta pusaka.

Beliau yang juga Naib Presiden ANGKASA percaya bahawa sasaran tersebut mampu dicapai dengan pengenalan produk baharu MAAB dan juga pembukaan cawangan MAAB sehingga 100 cawangan menjelang 2030. Empat produk baharu MAAB yang terdiri daripada Hibah Hartanah, Amanah Takaful atau Insurans, Hibah Tunai dan Hibah Saham Koperasi telah dilancarkan dalam Majlis Ramah Mesra MAAB Bersama Rakan Niaga Korporat dan Pelancaran Produk Hibah dan Amanah di Kelana Jaya. Majlis dirasmikan oleh Presiden ANGKASA

merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ahli Jawatankuasa MAAB iaitu Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh dan Haji Sazali Abdul Hamid serta barisan Ahli Lembaga Pengarah MAAB. Pada majlis itu juga, satu perjanjian kerjasama strategik antara MAAB dan Koperasi Nur Mughni Terengganu Berhad turut ditandatangani selain penyerahan cek oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Berhad.

16 Pelajar Ikuti Pengajian MBA UUM di ANGKASA Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, inisiatif yang dijalankan oleh ANGKASA dalam memartabatkan modal insan warga kerja sektor koperasi akan terus dijalankan bagi menjamin kecemerlangan serta kelestarian tadbir urus gerakan koperasi di Malaysia. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pengajian kepada 16 pelajar di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Sementara itu, Dekan OYAGSB, Prof. Dr. Shahizan Hassan berkata, sebahagian daripada sesi pengajian bagi kumpulan ketiga itu akan menggunakan pendekatan pembelajaran secara atas talian (online learning) berasaskan sistem WEBEX. Katanya, sistem tersebut yang dilancarkan pada Januari lalu dapat memberi peluang dan kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti sesi pengajian secara maya di mana-mana sahaja tanpa perlu hadir ke kuliah.

S eramai 16 pelajar terdiri daripada kalangan warga kerja ANGKASA (13 pelajar), Bank Rakyat (2 pelajar) dan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (1 pelajar) mengikuti program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Utara Malaysia (UUM) di ANGKASA untuk sesi pengajian bermula tahun ini. » Bergambar bersama para pelajar sesi ketiga program MBA.

Kumpulan tersebut merupakan kumpulan ketiga menerusi kerjasama ANGKASA dan UUM mengikuti pengajian kendalian Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) selepas dua kumpulan sebelumnya pada tahun 2016 dan 2019.

ANGKASA 15

Oleh : RAHMAT MOHD DID Peluang Koperasi Sertai ‘Coop Hardware’

» Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (duduk dua dari kiri) bergambar bersama rakan strategik Jaya Coop Hardware.

P rogram Jaringan Coop Hardware yang dijalankan oleh Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA mampu membantu usahawan yang menjalankan aktiviti jualan bahan binaan untuk mendapatkan stok lebih murah sekaligus menjualnya dengan harga lebih kompetitif di pasaran. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA kini menjalin kerjasama dengan Koperasi Satusaha Selangor Berhad untuk memborong perkakasan berkaitan secara terus dari China untuk dijual kepada koperasi-

koperasi dalam jaringan ‘Coop Hardware’ dengan harga lebih murah agar mereka mampu bersaing dengan kedai-kedai lain yang lebih ternama. Menurut beliau, koperasi tersebut juga telah dilantik sebagai ‘Mentor’ kepada mana-mana koperasi yang ingin menceburi bidang tersebut selain Bank Rakyat yang membantu dalam menyediakan pembiayaan kepada koperasi yang layak. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu merasmikan program perbincangan antara Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA dengan

rakan strategik Jaringan Coop Hardware di ANGKASA pada 20 Februari lalu. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa mengetuai sesi soal jawab dan perbincangan tersebut dan dihadiri bersama oleh Pengerusi Koperasi Satusaha Selangor Berhad, Haji Mohd Shukry Mat Arif dan Ketua Bahagian Pembiayaan Koperasi Bank Rakyat, Tuan Yazli Hismul Asri Yaacob.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease