ANGKASA 10 BA100 Bantu Perkasa Koperasi SBP
Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
» Seramai 48 orang wakil koperasi sekolah dari Zon Tengah dan Zon Selatan telah mengambil bahagian dalam program yang bertempat di Hotel Aliya, Klang, Selangor pada 21 Februari 2020.
perniagaan koperasi selain beberapa perkongsian maklumat seperti panduan pembayaran zakat melalui gerakan koperasi sekolah. Menurut beliau, Program Barang Asas 100 (BA100) berupaya membantu koperasi SBP untuk meningkatkan perolehan melalui kerjasama perniagaan dengan pihak pengurusan dewan makan dan kantin dengan menjadi pembekal kepada produk barangan asas yang berkaitan. Katanya, kedua-dua pihak (pengurusan koperasi sekolah dan ANGKASA) juga
» Seramai 33 orang wakil koperasi sekolah dari Zon Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis telah mengambil bahagian pada 19 Februari 2020 bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
» Dato’ Haji Kamarudin Timbalan Presiden ANGKASA.
P rogram Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020 akan terus diperkasa bagi memastikan hala tuju perniagaan koperasi sekolah dan isu-isu permasalahan berkaitan perniagaan, pengurusan dan kewangan koperasi sekolah sentiasa ditambah baik. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, penganjuran Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020 dapat bertindak sebagai platform kepada koperasi sekolah terutamanya koperasi sekolah berasrama penuh untuk memper-kembangkan lagi aktiviti
boleh berbincang selain mengenal pasti peluang perniagaan baharu yang boleh dan sesuai untuk diceburi selain berkongsi idea dan pengalaman berkaitan teknik pengurusan koperasi dan aktiviti perniagaan koperasi sekolah melalui pengalaman langsung. Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2020 melalui Barang Asas (BA 100) peringkat Zon Tengah dan Selatan anjuran Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA di Hotel Aliya, Klang, 21 Februari lalu. Seramai 48
orang wakil koperasi sekolah dari Zon Tengah dan Zon Selatan telah mengambil bahagian. Program tersebut juga merupakan kesinambungan daripada program yang telah dianjurkan bagi peringkat Zon Timur di Kota Bharu, Kelantan yang telah diadakan pada 18 Februari dan Kuching, Sarawak pada 13 Februari lalu. Program ini akan diteruskan ke peringkat Pahang Zon 1, 2, 3 serta Sabah pada penghujung Februari dan Mac 2020 ini.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease