12 RENCANA
Program Go Global
‘Malaysia Coop Plate’ (MCP) Bawa Nama Malaysia Ke Persada Antarabangsa
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ A NGKASA terus memainkan peranan yang berkesan di pentas antarabangsa menerusi usaha merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi khususnya dalam mewujudkan jaringan serta meneroka peluang pemasaran dalam aspek produk dan perkhidmatan koperasi. Pencapaian program pemasaran produk koperasi terutamanya 100 Product Champion yang bermula 2015 lalu menyaksikan prestasi yang memberangsangkan apabila sebanyak 14 Unit Simpanan Stok (SKU) telah dieksport ke Koperasi SAMAKAYA Brunei sebanyak dua kali pada tahun 2016 dan 2018. Malah, permintaan terhadap produk-produk koperasi di bawah naungan ANGKASA juga mendapat perhatian daripada negara China, India, Arab Saudi, Vietnam, Bosnia dan juga pasaran Eropah. Tahun 2020 menyaksikan ANGKASA menerusi Sektor Pemborongan Dan Peruncitan telah merancang untuk melaksanakan Program Go Global yang antara lain bermatlamat meningkatkan pemasaran produk koperasi ke luar negara. Tiga strategi utama yang diketengahkan dalam program bertaraf antarabangsa tersebut ialah kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategik di luar negara untuk meneroka peluang perniagaan; penyertaan dalam ekspo perdagangan luar negara serta melibatkan diri dalam penganjuran pameran produk koperasi dan pemadanan perniagaan di luar negara. Strategi tersebut dilihat berupaya menggalakkan penghasilan produk koperasi untuk menembusi pasaran global di samping dapat mewujudkan kerjasama antara
koperasi tempatan dan koperasi peringkat dunia. Program Go Global yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Coop Plate’ (MCP) ini bertujuan memperkasakan produk koperasi dengan matlamat memasar dan menempatkan sekurang-kurangnya 20 SKU produk koperasi ke peringkat antarabangsa khususnya negara-negara ASEAN. Menariknya, Program MCP ini bakal membawa nama koperasi Malaysia ke pasaran global menerusi penyediaan hidangan produk koperasi Malaysia melalui segmen-segmen tertentu iaitu dengan mewujud dan mempromosi melalui kaedah menguji rasa, mengalami dan melihat sendiri penyediaan hidangan produk- produk koperasi. Sasaran program ini juga adalah ‘local buyer’ dari industri peruncitan dan pasaran Hotel, Restoran dan Katering (HoReCa). Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika menghadiri Program 14th National Co-operative Summit di Davao City, Filipina pada Oktober 2018 lalu telah mencetuskan galakan dan menarik perhatian koperasi negara-negara ASEAN untuk bersama-sama mengambil inisiatif menterjemahkan hasrat ini dengan menonjolkan kekuatan tersendiri dan menyarankan koperasi supaya lebih bersifat dominan dalam memasar dan mengenengahkan produk negara masing-masing di peringkat global. Ujarnya, produk koperasi negara ASEAN berpotensi menembusi pasaran global dan ia bukan hanya tertakluk kepada persekitaran atau komuniti setempat semata-mata, malah berupaya merentasi
negara menerusi e-dagang digital sekiranya diuruskan dengan baik. ANGKASA katanya, bersedia mengambil peranan ini untuk bersama-sama melaksanakan usaha berstrategik ini serta memberi galakan terbaik kepada koperasi yang berpotensi menempatkan produk koperasi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Setiap koperasi perlu merebut peluang keemasan ini dengan meluaskan produk koperasi masing-masing ke arah menambahkan perolehan dan pendapatan koperasi serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial setempat di samping meningkatkan hubungan perdagangan antara negara-negara ASEAN. Menyedari faktor geografi negara-negara ASEAN yang kebanyakannya berpotensi mengeluarkan produk berasaskan pertanian dan perikanan, koperasi negara ASEAN dilihat memiliki peluang cerah menghasilkan pengeluaran produk berbentuk kepenggunaan; makanan dan minuman; produk berasaskan buah- buahan; industri pelancongan dan sebagainya yang boleh dirancang untuk dibawa ke dalam pasaran. Justeru, penyertaan koperasi-koperasi di Malaysia dalam program promosi eksport atau promosi perdagangan antarabangsa adalah platform terbaik untuk mereka meluaskan pasaran produk menerusi saluran penganjuran Kementerian Permbangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Senarai produk dan koperasi yang terlibat:
PRODUK BIL.
KOPERASI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Koperasi Keluarga Kandaserah Bentong Berhad (Kekanda) Koperasi Groombig Usahawan Kelantan Berhad Koperasi Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad Koperasi Keluarga Saijan Saudah Kuala Langat Berhad Berhad (Koss Berhad) Koperasi Usahawan Wilayah Utara Perak Berhad (Kuwita) Koperasi Al Hilal Malaysia Berhad Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad
Chacky’s Biskut Orikel Teh Tarik 3 in 1 Kaumibu Kopi 2 in 1 Yom’s Biskut Samuza Maruku Pulut Pedas/ Kacang Dhal
Kohilal Coklat Malt Sadini Keropok Ikan Copiat Minuman Rumpai Laut perisa Lemon/ Strawberi
Koperasi IAT Berhad Koperasi IAT Berhad Koperasi IAT Berhad
Coopiat Maruku Ikan Lekorista Keropok Ikan Teh Camellia Lemon Grass Koiman Serunding Ayam Koiman Serunding Tuna Kokusda Teh Tarik Tudya Kokusda Coklat c-Hart Sudee - Serbuk Perencah
10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.
Koperasi Perkasa Seremban Berhad Koperasi Serbaguna Iman Berhad Koperasi Serbaguna Iman Berhad
Koperasi Kakitangan Dan Kumpulan Dr. Azizan Kedah Berhad Koperasi Kakitangan Dan Kumpulan Dr. Azizan Kedah Berhad Koperasi Fasto Global Berhad
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease