13 KOPERASI
Jadikan Koperasi Sebagai ‘Global Player’ Pembangunan Ekonomi Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
berperanan merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan menggalakkan koperasi untuk menceburi lapan sektor utama yang diwujudkan iaitu Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan dan Peruncitan; Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan; Pertanian dan Industri Asas Tani; Perladangan, Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan; Inovasi dan Teknologi serta Pembangunan Komuniti,” katanya. Kejayaan dan prestasi baik yang ditunjukkan koperasi-koperasi FELDA katanya, telah mem- buktikan bahawa bidang perniagaan yang diceburi mampu memberi impak lebih besar kepada peningkatan ekonomi koperasi serta menjadi penyumbang bermakna kepada pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Program Sesi Libat Urus Koperasi FELDA 2020 yang pertama kali diadakan itu bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik koperasi- koperasi FELDA yang menjadi anggota Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dalam kegiatan sosioekonomi. Seramai 265 wakil Koperasi FELDA yang terdiri daripada pengerusi koperasi menyertai sesi perkongsian ilmu tersebut yang dianggap sebagai platform terbaik bagi menyalurkan maklumat berkesan kepada anggota dalam usaha menjana kejayaan berganda. Antara yang hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPF, Hajah Sakinah Salleh; Pengerusi KPF, Encik Anuar Malek dan Setiausaha KPF, Encik Norzuki Mustafa.
» Dato’ Abdul Fattah bersalaman dengan peserta.
» Sebahagian 265 wakil Koperasi FELDA seluruh negara yang mengikuti Sesi Libat Urus Koperasi FELDA 2020 di Hotel Tenera, Bangi.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Peranan ANGKASA Dalam Menjana Kejayaan Koperasi”.
S ektor koperasi disaran supaya dapat menjadi ‘Global Player’ dalam bidang pembangunan ekonomi untuk membawa sektor ketiga ini ke peringkat yang lebih dominan. Usaha ini perlu diperkukuh dan dimantapkan supaya koperasi dapat menjadi antara pemain utama dalam pembangunan ekonomi negara sekaligus memberi manfaat kepada anggota dan komuniti secara keseluruhan. Demikian antara inti pati pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
bertajuk “Peranan ANGKASA Dalam Menjana Kejayaan Koperasi” pada Program Sesi Libat Urus Koperasi FELDA 2020, bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, 21 Januari lalu. Menurut beliau, ANGKASA komited dalam menyokong koperasi yang memiliki semangat untuk meningkatkan kedudukan mereka daripada mikro kepada kecil, daripada kecil kepada sederhana dan daripada sederhana kepada kategori koperasi yang lebih besar. “Sebagai Badan Puncak yang mewakili seluruh gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA
Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI Jalin Kerjasama Bangunkan Perniagaan SKM dan ANGKASA Perlis S atu kunjung hormat oleh Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis kepada Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, Encik Mohd Firdaus Ismail telah berlangsung di pejabat beliau di Bangunan Persekutuan Kangar, 5 Februari lalu. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya hadir bersama JPAN Perlis yang diketuai Pengerusinya, Haji Sahimi Shari. Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama lebih erat
» Bergambar bersama Encik Mohd Firdaus Ismail (duduk tengah) di pejabat SKM Cawangan Negeri Perlis.
antara kedua pihak khususnya berkaitan kepentingan dan manfaat anggota koperasi di Perlis. Antara perkara yang turut di- bincangkan termasuklah penglibatan koperasi dalam Co-operative Empower- ment Project (CEP) seperti Projek Lembu
Tenusu dan Heifers Park, Projek Tanaman Jagung Bijian dan Projek Pharma Wellness. Selain itu, perbincangan juga turut menyentuh tentang kerjasama yang boleh dibentuk bagi menjayakan projek berimpak tinggi oleh SKM Perlis pada tahun ini iaitu Projek Ternakan Lembu dan Projek Penanaman Pokok Balak.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease