ANGKASA 14
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Sasar 350 Ribu Wasiat menjelang 2030
» MAAB menerima serahan cek bernilai RM5.45 juta daripada Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar (AIM) Berhad sebagai tanggungjawab untuk memegang dana wang tidak dituntut hak anggota sahabat AIM Berhad yang tidak dapat dikesan atau meninggal dunia dan seterusnya mengesan anggota atau waris untuk diserahkan wang tersebut. Orang ramai yang pernah menjadi Sahabat AIM atau waris kepada anggota Koperasi Sahabat AIM Berhad yang mempunyai pertanyaan mengenai dana wang yang tidak dituntut boleh menghubungi ibu pejabat MAAB di talian +603-78875600.
» Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran produk baharu MAAB sambil diiringi Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kanan) serta Ahli Lembaga Pengarah MAAB.
M yANGKASA Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat milik ANGKASA menyasarkan pembukaan cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2030 dalam usahanya untuk menggiatkan pemasaran selain meningkatkan lagi jumlah kes pentadbiran harta pusaka kepada 350 ribu wasiat. Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, MAAB kini sedang bekerjasama dengan 68 rakan niaga strategik dan sehingga kini berjaya merekodkan lebih 100,000 wasiat serta menguruskan hampir 400 kes pentadbiran harta pusaka.
Beliau yang juga Naib Presiden ANGKASA percaya bahawa sasaran tersebut mampu dicapai dengan pengenalan produk baharu MAAB dan juga pembukaan cawangan MAAB sehingga 100 cawangan menjelang 2030. Empat produk baharu MAAB yang terdiri daripada Hibah Hartanah, Amanah Takaful atau Insurans, Hibah Tunai dan Hibah Saham Koperasi telah dilancarkan dalam Majlis Ramah Mesra MAAB Bersama Rakan Niaga Korporat dan Pelancaran Produk Hibah dan Amanah di Kelana Jaya. Majlis dirasmikan oleh Presiden ANGKASA
merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ahli Jawatankuasa MAAB iaitu Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh dan Haji Sazali Abdul Hamid serta barisan Ahli Lembaga Pengarah MAAB. Pada majlis itu juga, satu perjanjian kerjasama strategik antara MAAB dan Koperasi Nur Mughni Terengganu Berhad turut ditandatangani selain penyerahan cek oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Berhad.
16 Pelajar Ikuti Pengajian MBA UUM di ANGKASA Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, inisiatif yang dijalankan oleh ANGKASA dalam memartabatkan modal insan warga kerja sektor koperasi akan terus dijalankan bagi menjamin kecemerlangan serta kelestarian tadbir urus gerakan koperasi di Malaysia. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pengajian kepada 16 pelajar di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Sementara itu, Dekan OYAGSB, Prof. Dr. Shahizan Hassan berkata, sebahagian daripada sesi pengajian bagi kumpulan ketiga itu akan menggunakan pendekatan pembelajaran secara atas talian (online learning) berasaskan sistem WEBEX. Katanya, sistem tersebut yang dilancarkan pada Januari lalu dapat memberi peluang dan kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti sesi pengajian secara maya di mana-mana sahaja tanpa perlu hadir ke kuliah.
S eramai 16 pelajar terdiri daripada kalangan warga kerja ANGKASA (13 pelajar), Bank Rakyat (2 pelajar) dan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (1 pelajar) mengikuti program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Utara Malaysia (UUM) di ANGKASA untuk sesi pengajian bermula tahun ini. » Bergambar bersama para pelajar sesi ketiga program MBA.
Kumpulan tersebut merupakan kumpulan ketiga menerusi kerjasama ANGKASA dan UUM mengikuti pengajian kendalian Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) selepas dua kumpulan sebelumnya pada tahun 2016 dan 2019.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease