WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2020

ANGKASA 15

Oleh : RAHMAT MOHD DID Peluang Koperasi Sertai ‘Coop Hardware’

» Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (duduk dua dari kiri) bergambar bersama rakan strategik Jaya Coop Hardware.

P rogram Jaringan Coop Hardware yang dijalankan oleh Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA mampu membantu usahawan yang menjalankan aktiviti jualan bahan binaan untuk mendapatkan stok lebih murah sekaligus menjualnya dengan harga lebih kompetitif di pasaran. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA kini menjalin kerjasama dengan Koperasi Satusaha Selangor Berhad untuk memborong perkakasan berkaitan secara terus dari China untuk dijual kepada koperasi-

koperasi dalam jaringan ‘Coop Hardware’ dengan harga lebih murah agar mereka mampu bersaing dengan kedai-kedai lain yang lebih ternama. Menurut beliau, koperasi tersebut juga telah dilantik sebagai ‘Mentor’ kepada mana-mana koperasi yang ingin menceburi bidang tersebut selain Bank Rakyat yang membantu dalam menyediakan pembiayaan kepada koperasi yang layak. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu merasmikan program perbincangan antara Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA dengan

rakan strategik Jaringan Coop Hardware di ANGKASA pada 20 Februari lalu. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa mengetuai sesi soal jawab dan perbincangan tersebut dan dihadiri bersama oleh Pengerusi Koperasi Satusaha Selangor Berhad, Haji Mohd Shukry Mat Arif dan Ketua Bahagian Pembiayaan Koperasi Bank Rakyat, Tuan Yazli Hismul Asri Yaacob.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease