WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2020

3

ICA

Kepentingan Koperasi Kepada Belia Ucapan Presiden International Cooperative Alliance, Mr. Ariel Guarco

mempunyai s e r a m a i 2 0 , 0 0 0 penduduk. Sebagai anggota

Apabila kita berkata mengenai belia, statistiknya semakin buruk: 22 peratus daripada golongan belia di dunia (267 juta orang) tidak bekerja atau belajar. Di kebanyakan negara, golongan muda mempunyai kadar pengangguran dua kali ganda daripada purata. Sebanyak 61 peratus daripada pekerjaan di dunia adalah pekerjaan tidak formal. Daripada 3,300 juta pekerja di dunia, lebih daripada 2 juta mempunyai pekerjaan tidak formal. Dalam isu ini, golongan muda dan wanita yang paling terkesan. Dalam konteks ini, adalah jelas bahawa kita perlu memikirkan semula cara kita menjalankan kerja. Dan koperasi- koperasi menjadi ruang inovasi yang luas dalam bidang ini. Ketua Pengarah ILO melihat koperasi sebagai inkubator untuk alternatif pekerjaan-pekerjaan baru yang akan dituntut dalam tahun- tahun akan datang. Koperasi telah menyatakan kepada dunia akan komitmen untuk menyediakan pekerjaan yang baik semasa sambutan Hari Koperasi Antarabangsa tahun lalu. Dalam pengertian ini, salah satu perdebatan yang harus kita hadapi adalah ekonomi platform. Ekonomi platform boleh menjadi ruang penyatuan kepada pekerjaan yang tidak menentu atau peluang untuk pekerjaan yang berkaitan dengan koperasi. Penyelesaian kepada jalan persimpangan ini memerlukan usaha kerajaan, organisasi kesatuan sekerja, koperasi dan yang paling penting, penyertaan golongan muda yang berminat untuk membincangkan kemasukan mereka dalam modaliti pekerjaan baharu. Inilah sebab mengapa belia perlu terlibat dalam pengurusan dan tadbir urus koperasi. Saya juga tahu bahawa koperasi mesti digerakkan untuk membuka pintu bagi golongan muda, mendengar luahan mereka dan memberi sokongan kepada mereka. Kami memerlukan anda untuk membangunkan kuasa inovatif dalam koperasi. Isu platform membawa kita kepada isu kewangan. Bagi kebanyakan orang, Financial Technology (FinTech) adalah peluang yang baik untuk dimasukkan ke dalam kewangan. Kerana melaluinya, kita boleh mendapat akses kepada semua alternatif pembayaran, simpanan dan pembiayaan dari telefon bimbit, dengan perkhidmatan yang secara khusus memenuhi keperluan kita. Untuk gerakan koperasi, ia tidak mencukupi dengan kemasukan kewangan sahaja. Kita perlu

mengetahui sistem kewangan yang mana satu turut melibatkan kita. Sebagai sebuah komuniti, koperasi perlu menentukan keutamaan dalam aplikasi simpanan. Satu lagi aspek dunia pekerjaan di mana kita boleh membuat transformasi yang besar ialah peranan jantina. Koperasi membenarkan pendemokrasian dan kemasukan supaya kita boleh menjadi alat yang dibanggakan untuk menambah kemungkinan pembangunan bagi semua orang. Saya yakin bahawa wanita muda mempunyai peranan penting dalam perdebatan mengenai cara- cara baru yang perlu kita guna untuk bekerja, menghasil, mengguna dan menjaga keluarga serta persekitaran kita. Kita mahu gerakan koperasi yang mengubah realiti kita. Koperasi boleh menjadi ejen inovasi yang kuat dari segi pengeluaran dan penggunaan yang lestari, organisasi pekerjaan berbentuk baru, penyertaan wanita, akses kepada perkhidmatan kewangan berbentuk baru, pengeluaran cara baru dan berkongsi tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui. Penting untuk belia menyertai koperasi dengan kerjaya yang bagus, dengan keinginan untuk memenuhi ruang-ruang yang dicabar oleh dunia terhadap kita. Jemputan telah dibuat. Saya yakin bahawa latihan dan perbahasan pada masa kini akan dapat meneroka potensi interaksi antara golongan muda dengan model koperasi. Saya berharap anda semua menjadi lebih yakin mengenai kelebihan model perniagaan koperasi selepas mengikuti sesi latihan dalam forum ini. Saya juga berharap idea-idea inovatif akan muncul dari forum ini, yang akan membolehkan gerakan ini bekerjasama dengan lebih berkesan dalam menyelesaikan konflik yang kita hadapi sebagai satu generasi. Sekali lagi, anda dijemput untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian perniagaan terbesar di dunia, menjadi sebahagian daripada cabaran membina ekonomi dalam demokrasi dan dari kepentingan komuniti tempatan kami. Anda dijemput untuk memberi pandangan kritikal, kerana kita tidak mempunyai masa untuk penangguhan. Golongan muda mesti berada ‘sekarang’ untuk gerakan koperasi, bukan pada masa ‘hadapan’ kerana masa depan gerakan dan tamadun kita kini sedang dipertaruhkan.

koperasi bandar

di

sebuah

kecil dan terletak di salah satu negara paling selatan di muka bumi, saya menganggap diri saya sebagai sebahagian

» Mr. Ariel Guarco Presiden International Cooperative Alliance

P ertama sekali, saya merakam- kan penghargaan bagi pihak International Co-operative Alliance (ICA) kepada pihak berkuasa dan ANGKASA kerana telah menerima tanggungjawab untuk menganjurkan Global Youth Forum yang pertama, dengan komitmen dan profesionalisme. Saya menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khusus- nya kerajaan negeri Sarawak, yang diwakili oleh Ketua Menterinya. Terima kasih atas layanan baik anda dan kehadiran anda ke majlis pada pagi ini merupakan satu penghormatan bagi kami. Terima kasih juga kepada Kesatuan Eropah, yang dalam rangka Perkongsian EU-ICA, menyokong pertemuan belia dari semua benua, dengan keyakinan bahawa jika golongan muda perlu memainkan peranan di peringkat global terhadap cabaran yang dihadapi oleh manusia, maka perlu bagi kita untuk membina rangkaian global demi meningkatkan penyertaan golongan muda dalam semua bidang. ICA mempunyai empat Jawatankuasa Belia serantau yang dihubungkan dalam rangkaian belia dan dipengerusikan oleh Sébastien Chaillou. Ruang-ruang ini terbuka untuk mendengar cadangan daripada anda dan memerlukan penglibatan anda. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan mengapa saya percaya bahawa model koperasi adalah jalan terbaik untuk pembangunan lestari, bagi menghadapi cabaran besar sebagai manusia dan mengapa koperasi memerlukan anda semua. Di seluruh dunia, terdapat tiga juta koperasi dengan keanggotaan seramai 1.2 bilion orang. ICA mewakili koperasi di 109 buah negara. Kami adalah rangkaian perusahaan terbesar di dunia, dibina dari organisasi-organisasi di setiap wilayah. Sebagai contoh, saya sebagai seorang anggota yang menyediakan perkhidmatan elektrik di sebuah bandar kecil di Argentina yang hanya

daripada rangkaian global ini. Kepada anda yang menjadi sebahagian daripada rangkaian global tersebut, yakinlah bahawa tidak ada jalan penyelesaian untuk masalah di peringkat tempatan jika kita tidak menjadi sebahagian daripada penyelesai masalah di peringkat global. Bagi pihak ICA, saya ingin menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ini. Koperasi dilahirkan daripada keperluan manusia untuk mengatasi model perniagaan yang lain. Koperasi telah mengubah logik perniagaan biasa, meletakkan pengguna, pekerja, usahawan dan pengeluar dalam tadbir urus perusahaan. Selama lebih 175 tahun koperasi telah membuktikan bahawa perkara tersebut mampu dilaksanakan. Pada Disember tahun ini, ICA World Cooperative Congress akan berlangsung di Seoul, Korea untuk meraikan ulang tahun ICA ke-125 dan ulang tahun Deklarasi Identiti Koperasi yang ke-20. Kita mahu memasukkan nilai dalam Deklarasi Identiti Koperasi bagi memperkukuhkannya. Identiti Koperasi adalah tidak lebih dan tidak kurang daripada cara kesepakatan antara kita semua untuk membina ekonomi lain dan adalah kunci untuk mengendalikan masa depan kita ke arah pembangunan yang lestari. Kenapa kita fokus pada pembangunan lestari? Sebabnya dunia menghadapi cabaran besar dan kita tidak punya masa yang banyak untuk menyelesaikannya. Laporan terbaharu tentang perubahan iklim telah mengesahkan bahawa kita masih ‘menghala’ ke jalan yang salah. Anda tahu apa yang saya katakan. Di seluruh dunia, golongan muda adalah sebahagian daripada gerakan sosial yang menuntut hak asasi manusia, penjagaan planet, pengakhiran keganasan, hak untuk pendidikan dan pekerjaan yang baik. Menurut data oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), bilangan orang yang menganggur dari semua peringkat umur dijangka meningkat ke 190 juta pada tahun ini dan mencapai 203 juta pada tahun 2021.

Diterjemah oleh: NADIAH KAMARUDIN

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease