7
ICA
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ ICA Pemudahcara Koperasi Anggota
A NGKASA berbesar hati menerima kunjungan hormat Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco ke Ibu Pejabat ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 4 Februari lalu. Kehadiran beliau diiringi Pengarah Serantau ICA-Asia Pasifik, Mr. Balusubramanian Iyer dan penterjemah Mr. Ariel Guarco iaitu Mr. Alberto Balanzo. Kunjungan lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam terhadap
perkembangan koperasi di negara anggota, mendengar pandangan dan keperluan anggota serta menjadi pemudah cara antara koperasi dan badan kerajaan yang berkaitan. Kunjungan mereka disambut oleh barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah selain Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Selain diberi taklimat mengenai peranan, operasi dan perkhidmatan yang disediakan ANGKASA, Mr. Ariel juga turut diterangkan mengenai perkembangan gerakan koperasi di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM), Haji Ariffin Mamat; wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) iaitu Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi, Encik Azlan Abd Majid; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Faridatul Hanim Mohd Johan; dan Pengarah Kanan Strategik IKM, Cik Sharina Abdullah serta Timbalan Ketua Eksekutif National Land Finance Co-op Society Limited (NLFCS), N.Kathiresan.
» Mr. Ariel (lima dari kanan) bergambar dengan kepimpinan ANGKASA, wakil MEDAC, SKM dan IKM.
» Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah bersalaman dengan Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco selepas kunjungan ke Muzium Koperasi Malaysia.
» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (kanan sekali) memberi penerangan ketika kunjungan Mr. Ariel ke Muzium Koperasi Malaysia. Turut serta ialah Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kanan); Haji Ariffin Mamat (empat dari kanan); Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri) dan Mr. Balusubramanian Iyer (kiri sekali).
» Mr. Ariel (kanan sekali) dan penterjemah, Alberto Balanzo meneliti produk koperasi Bubur Nasi Segera jenama Berasli di Pusat Khidmat Usahawan (PKU) ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease