WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2020

Baca Secara Online

Muat Turun Aplikasi Mudah Alih Secara PERCUMA

OGOS 2020 JILID: WP02 / 8

ANGKASACoop Gerakan Koperasi Menuju Masa Depan Lebih Cerah Oleh: NADIAH KAMARUDIN

www.angkasa.coop RM1.00

Sajak

Setiap Kali Ogos Tiba

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin dan Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek. Untuk rekod, jumlah perolehan

Setiap kali Ogos tiba Tarikh keramat itu jangan dilupa 31 Ogos 1957 Malaysia merdeka Kita bebas tapi tidak akan alpa. Sesudah 63 tahun bebas kita Diduga ujian dan pancaroba Diancam luar dalam tanah negara Diuji COVID-19 wabak petaka Kita tabah reda mendepani segala Kita tetap sabar memetik iktibar Meski diuji kanan dan kiri Perpaduan tetap utuh kukuh di diri

» Dato’ Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

gerakan koperasi meningkat sebanyak 36.4 peratus daripada RM33.5 bilion pada tahun 2015 kepada RM45.7 bilion pada tahun 2019, menurut laporan yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dr. Wan Junaidi turut menyatakan hasrat beliau untuk melihat penubuhan koperasi di seluruh negara melalui masjid dan surau sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi ekonomi anggota kariah. Jumlah koperasi kariah masjid pada tahun 2019 adalah 416 dengan perolehan sebanyak RM15.37 juta, peningkatan sebanyak 92 peratus daripada RM7.96 juta pada tahun 2015. Dalam majlis yang sama, sebanyak 14 buah koperasi dari seluruh negara telah menerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri 2019. Hadir sama, Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin bin Salleh; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

P eningkatan perolehan gerakan koperasi sepanjang lima tahun bermula 2015 hingga 2019 menunjukkan gerakan ini menuju ke arah masa depan yang lebih cerah dan kukuh. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dalam ucapan dasarnya berkata, sumbangan koperasi kepada pembangunan ekonomi negara sememangnya tidak boleh dinafikan, lebih-lebih dalam situasi negara sedang berdepan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, Dr. Wan Junaidi menegaskan, cabaran terbesar koperasi adalah untuk kekal relevan, lestari dan kompetitif, sesuai dengan peredaran masa kerana koperasi dilihat boleh menarik minat warga tua berbanding golongan muda. Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Malaysia 2020 yang telah diadakan pada 26 Julai 2020 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Penyatuan kejap ampuh tempat kita berdiri. Kita petik kata mutiara Pendeta bijaksana Merdeka itu sangat luas dan bermakna Merdeka hati, jiwa, akal dan semua Kita pertahankan sampai bila-bila.

Laungan “MERDEKA” tujuh kali Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bapa kemerdekaan

Di Stadium Merdeka jangan sesekali dilupakan Itu sejarah tak akan luput di benak ingatan. Aduhai! Generasi baharu Setiap kali 31 Ogos tiba tiap tahun Baharui azam kuatkan semangat Hidup aman damai penuh santun rukun. Ayuh! generasi baharu kita pertahankan kemerdekaan ini Kita kekalkan kedaulatan ini Kita kukuhkan keamanan ini Kita merdekakan jiwa bangsa. Bina kepimpinan kuat ketokohan Negara ini kita punya, kukuhkan keazaman Kuatkan barisan pelapis masa depan Jangan biarkan tanah ini Walau setapak jadi milik orang lain.

MUHAMMAD FAWWAZ MOHD.FITRI FSKK, Sastera Sejarah UKM, Bangi. Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS) UKM. Pelajar Tahun Akhir Tajaan Yayasan ANGKASA. Nukilan

Sumber: Facebook Koperasi Tentera

» Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (tengah) bersama penerima-penerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri 2019.

2

HARI KOPERASI MALAYSIA 2020

SKM

Gerakan Koperasi Ke Arah Kemakmuran Bersama Oleh: NOR AZAH ABD. AZIZ

» Majlis penutupan forum disempurnakan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Haji Samsudin.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah membentangkan Pelan Perancangan Strategik ANGKASA.

P residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah merupakan antara ahli panel dalam Forum bertajuk Hala Tuju Gerakan Koperasi Ke Arah Kemakmuran Bersama dalam Program Hari Koperasi Malaysia, anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang diadakan pada 26 Julai 2020 di Hotel Tenera, Bangi. ANGKASA sebagai badan puncak koperasi, menggerakkan sektor ekonomi melalui Pelan Perancangan Strategik ANGKASA 2017 hingga 2050. Usaha ini merangsang ekonomi melalui penubuhan lapan sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi ANGKASA, dengan sasaran sumbangan perolehan gerakan koperasi yang disasarkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM100 bilion pada tahun 2030. Selain itu, mewujudkan Pelan Induk Ekonomi Strategi melalui tiga tahap “ Co-operative Empowerment Project ” iaitu :

CEP3: Projek berimpak tinggi yang akan diketuai oleh satu koperasi. ANGKASA Niaga juga di- wujudkan sebagai “inkubasi” yang menawarkan pilot project rangsangan perniagaan untuk koperasi-koperasi ahli ANGKASA. Lain-lain ialah Projek Barangan Asas 100 (BA100), Projek Industri Jagung Bijian Negara, Projek Perniagaan Coop Farmasi dan Projek Perniagaan Lembu Tenusu Heifer’s Park. Ahli panel lain terdiri daripada Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Roslan Bani Amin dan Pengerusi Coop Bank Pertama, Encik Kamari Zaman Juhari. Majlis penutupan forum disempurnakan Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Haji Samsudin. Seramai 300 orang anggota koperasi dari seluruh negara hadir pada hari bersejarah itu. Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif, Datuk Nordin Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

» Dari kiri Pengerusi Eksekutif, Datuk Nordin Salleh, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Haji Samsudin dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah

CEP1 : Projek Utama ANGKASA di mana ANGKASA tidak bersaing dengan koperasi. CEP2: Dua atau lebih koperasi dalam fungsi yang sama dan projek yang sama (konsortium).

» Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, mewakili Pengerusi KOWAMAS menerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Kelantan.

3

ANGKASA

Pertingkat Kerjasama Bangunkan Perniagaan KKM Oleh: RAHMAT MOHD DID

» Dari kiri Haji Nasir Khan Yahaya, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Haji Azhar Hamzah dan Encik Halim Ibrahim.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menerangkan fungsi ANGKASA dan peranan KKM kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

M enteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri menyokong penuh usaha ANGKASA dalam memperkasa program pembangunan perniagaan Koperasi Kariah Masjid (KKM). Beliau antara lainnya turut menyatakan persetujuan untuk membantu mempromosikan KKM melalui program- program yang akan dianjurkan selepas ini selain menjemput ANGKASA bagi memberi taklimat tentang peranan KKM. Demikian antara intipati perbincangan antara beliau dengan delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang berlangsung di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur, 15 Julai lalu.

Perbincangan tersebut antara lainnya turut menyentuh tentang peranan peranan Koperasi Kariah Masjid (KKM) sebagai medium pemasaran bagi produk dan perkhidmatan Muslim. Menurut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sehingga Disember 2019 terdapat 6,368 buah masjid di seluruh negara namun bilangan KKM yang berdaftar hanya 446 koperasi, bersamaan tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan masjid. Justeru, Dato’ Abdul Fattah menyatakan hasrat untuk menyasarkan sejumlah 1,000 buah KKM dapat didaftarkan menjelang hujung tahun 2025. Melalui kerjasama antara JAKIM, SKM, Majlis Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Negeri serta agensi berkaitan, bilangan KKM

boleh dipertingkatkan.

Tambah beliau, KKM didaftarkan dengan pelbagai fungsi perniagaan seperti peruncitan, pertanian, perumahan, perindustrian, pengguna, pembinaan, pengangkutan dan perkhidmatan. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.

Dari Meja Presiden ANGKASA

Inovasi memerlukan keberanian dan keterbukaan bukan sahaja dalam melontarkan pandangan, malah sedia untuk menerima pandangan secara terbuka dan saksama. Jiwa harus disemai dengan semangat untuk melihat koperasi terus maju ke hadapan dan sedia memikul tanggungjawab tersebut dengan seikhlas hati. ANGKASA sentiasa membuka pintu minda kepada sebarang idea penambahbaikan dan rancangan perniagaan yang ingin dikemukakan oleh koperasi. Jangan bandingkan pencapaian inovasi di pihak lain sebab kadangkala inovasi yang ingin kita ketengahkan mungkin lebih baik setidak-tidaknya untuk memajukan koperasi kita dengan cara kita.

Kepada

semua

kepimpinan

dan saya ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan tanahair yang ke-63 dan marilah kita sama-sama berdoa agar Malaysia terus makmur dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T. angggota koperasi,

U sia kemerdekaan tanahair ke- 63 telah mematangkan kita tentang realiti kehidupan boleh mengubah suasana di luar jangkaan. Normal atau kebiasaan baharu dalam masyarakat kini telah memberi kesan atau impak yang sangat besar kepada sosio ekonomi semasa dan pastinya, kita tidak akan dapat meramalkan keadaan pada masa depan. Namun, penyatuan sesama anggota dalam koperasi adalah antara kekuatan yang perlu kita yakini dan perkukuhkan demi kelestarian gerakan koperasi. Bekerja bersama-sama demi manfaat bersama.

Terdapat banyak inovasi baharu yang dikembangkan dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan khususnya dalam aspek perniagaan. Inovasi yang ingin saya maksudkan bukanlah tentang pembangunan teknologi perkakasan atau perisian. Tetapi ‘inovasi minda’. Kepimpinan koperasi harus berfikiran lebih terbuka dengan melihat persekitaran sosio ekonomi dan seterusnya mencari penyelesaian menerusi perbincangan atau mesyuarat tentang jalan penyelesaian atau kaedah terbaik melalui saluran koperasi.

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

4

ANGKASA

Kerajaan Negeri Kedah Jalin Kerjasama dengan ANGKASA Tingkat Program Pembangunan Ekonomi Koperasi

Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI

» Dari kiri Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor dan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh.

P residen Dato’

YAB Menteri Besar juga

ANGKASA,

turut untuk

memberi menjalin

sokongan kerjasama

Abdul Fattah Abdullah mengetuai rom- bongan ANGKASA menghadiri kunjungan hormat kepada YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Pertemuan tersebut adalah bagi memaklumkan perkembangan sosioekonomi selain membincangkan ran- cangan jangka panjang program pembangunan ekonomi sektor koperasi. Kedua-dua belah pihak juga bersepakat untuk bergerak secara usahasama dengan memastikan landskap ekonomi koperasi di Kedah lebih dikenali dan menjadi organisasi berteraskan perniagaan yang berjaya khususnya dalam sektor peruncitan, pertanian dan pelancongan.

bagi tahap integriti serta pembangunan modal insan anggota koperasi. Dalam perbincangan ter- meningkatkan sebut, Dato’ Abdul Fattah turut mencadangkan supaya kerajaan negeri dapat membantu koperasi kariah masjid supaya bergiat aktif dalam bidang peruncitan. Menurut beliau, jalinan usaha itu sekali gus dapat memberi manfaat sosioekonomi kepada masyarakat khususnya anggota koperasi selain dapat membantu usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan B40. Hadir sama dalam kunjung hormat tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika mengadakan perbincangan bersama YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor di pejabat beliau Wisma Darul Aman.

ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan anggota jawatankuasa yang lain; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad

Jamil Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Mohammad Zamri Yaacob dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Hashim;

5

ANGKASA

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi “Semangat Koperasi” B ersempena sambutan ulang tahun Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Koperasi” Sempena Sambutan Ulang Tahun ANGKASA Ke-50 bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 14 Julai lalu. ANGKASA sebagai penganjur

(ANGKASA) Ke-50 pada tahun 2021 dan Sambutan 100 Tahun Koperasi pada 2022, satu pertandingan mencipta lagu rasmi “Semangat Koperasi” diadakan bagi membantu meningkatkan aspirasi semangat berkoperasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertandingan terbuka kepada semua pencipta lagu amatur atau profesional warganegara Malaysia. Lagu tersebut hendaklah ciptaan asal bagi menggantikan lagu yang sedia ada. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, lirik lagu hendaklah bertemakan konsep tujuh (7) Prinsip Koperasi, Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama dan Sadik, Amanah dan Telus.

berhak untuk mengubah lagu dan lirik mengikut kesesuaian. Bagaimanapun nama pencipta lagu akan dikekalkan sebagai tanda penghargaan. Lagu yang terpilih bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 selain hadiah juri untuk 3 buah lagu yang lain bernilai RM2,500 untuk setiap lagu. Tarikh penyertaan bermula 14 Julai 2020 sehingga 16 September 2020 depan dan penyertaan hendaklah dihantar ke alamat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia, Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Info, terma dan syarat boleh dimuat turun di www.angkasa.coop

» Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kanan) ketika mengumumkan Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi “Semangat Koperasi”. Turut sama ialah Dato’ Haji Kamarudin Ismail (empat dari kanan), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa (dua dari kanan), Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (paling kanan) dan Haji Nasir Khan Yahaya (paling kiri)

“Lirik juga merangkumi aspek kerjasama, perkhidmatan profesional kepada anggota koperasi, kelestarian koperasi, penyatuan dan perpaduan kaum, peranan ANGKASA sebagai badan APEKS koperasi negara yang menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan negara bangsa tanpa menyentuh sensitiviti

perkauman, agama dan politik. “Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan mampu menarik minat semua golongan serta lirik yang bersesuaian dengan konteks dan konsep,” katanya ketika Sidang Media Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi “Semangat

6

ANGKASA

‘100 Product Champion’ Tembusi Pasaran Singapura

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Dari kiri Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahaya, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Lugman Hashim sedang menunjukkan dokumen MoA yang telah ditandatangani dan Ketua Pegawai Operasi amaxMALL Sdn. Bhd., Encik Nik Harris Nik Kamaruddin.

S ebanyak 29 Unit Penyimpanan Stok (SKU) keluaran 11 koperasi yang terlibat di bawah program ‘100 Product Champion’ akan dipasarkan di pasaraya Eccellente by Hao Mart di Kinex Mall, Singapura bermula Oktober 2020. Pemasaran produk koperasi ke negara tersebut adalah hasil Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai antara ANGKASA dengan Amaxmall Sdn. Bhd. (amaxMALL) pada 17 Julai lalu di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dengan syarikat e-dagang tersebut sebelum ini telah banyak membantu memperkasakan pembangunan dan pemasaran produk koperasi di peringkat kebangsaan. Sejak tahun 2018, sebanyak 15 SKU melibatkan tujuh koperasi telah berjaya memasuki pasaraya Giant di sekitar Lembah Klang. “Pemeteraian memorandum ini juga merupakan pencapaian yang signifikan kepada semua koperasi yang terlibat dengan mengambil kira keadaan semasa negara,” ujar beliau.

Tambah Dato’ Abdul Fattah, “Ini jelas menunjukkan produk keluaran mereka (koperasi) menepati piawaian antarabangsa sehingga berupaya menembusi pasaran negara jiran,” ujar beliau. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Lugman Hashim berkata, pasaraya Eccellente akan menyediakan satu ruang iaitu ‘Malaysian Product Bay’ yang

mempunyai lima kaunter untuk menempatkan produk-produk buatan Malaysia termasuk daripada koperasi. Beliau turut mensasarkan sebanyak 35 SKU yang melibatkan 25 koperasi akan dieksport ke Singapura menjelang tahun 2021 dan pemasaran produk koperasi akan dikembangkan ke cawangan Hao Mart yang lain. Hadir sama ke majlis MoA tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya;

Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon 1, Haji Mohd. Zahidi Haji Husain; Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Antara produk koperasi yang memasuki pasaran di Singapura adalah seperti “Warisan Ibu” Pre-mixed Coffee 2 ini 1, KOKUSDA Teh Tarik Tudya, KOHILAL Chocolate Malt Drink 3 in 1, Orikel Instant Premix Milk Tea 3 in 1, KOSAS One Bite Cookies dan COOPIAT Fish Crisp.

7

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI ANGKASA Cakna Bantu Golongan Asnaf

Dalam majlis tersebut, sebanyak 30 pek barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan beberapa produk makanan yang lain telah disumbangkan kepada golongan asnaf kampung tersebut. Antara yang mengikuti

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan sumbangan barangan asas kepada golongan asnaf dalam kunjungan dari rumah ke rumah.

P rogram CoopCare ‘Jelajah Santuni Asnaf ANGKASA’ telah berlangsung di Kampung Bahagia, Bangi pada 11 Julai lalu menerusi sesi penyampaian sumbangan barangan asas di bawah program BA100.

Program seliaan Bahagian (BKK) ANGKASA dengan kerjasama Koperasi Ikatan Jaya Kajang Berhad itu dijayakan dengan sokongan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Kehadiran beliau ke kampung Komunikasi Korporat

tersebut

diiringi

Setiausaha

aktiviti ziarah rumah ke rumah itu ialah barisan anggota JPAN Selangor, Ketua Kampung Bahagia, Encik Norazlan Nordin dan Anggota Lembaga Koperasi Ikatan Jaya Kajang Berhad dan Pengurus Besar BKK ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

Jawatankuasa

Perhubungan

ANGKASA (JPAN) Selangor, Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad @ Ayob yang mewakili Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah. Negeri

Sumbangan Tudung Kariah Masjid Rahimiah Ke Kemboja

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA dengan Persatuan Wanita Islam Kemboja (CAMWA) dan Kemboja Business Network yang berpusat di Phnom Penh. Majlis serahan tudung yang berlangsung di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Sehingga kini, ANGKASA telah menghantar sebanyak 20,000 helai tudung ke Kemboja. Selain itu, sebanyak 10,000 helai lagi disumbangkan oleh pihak Masjid Jamek Ar- Rahimiah melalui sumbangan penduduk dan komuniti berhampiran di sekitar Klang. Hadir sama dalam majlis serahan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Ahli Lembaga Tadbir Masjid, Encik Ahmad Shukri Datuk Abdul Ghani, Ahli Jawatankuasa JPAN Selangor iaitu Encik Ismail Md Dom dan Encik Hafiz Samsiri; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim serta penduduk kariah Masjid Ar-Rahimiah, Klang.

» Sebahagian daripada tudung sumbangan penduduk sekitar Klang yang disampaikan kepada ANGKASA.Kelihatan ialah Dato Abdul Fattah Haji Abdullah bersama Dato Alias Hamzah, Encik Ahmad Shukri Datuk Abdul Ghani dan Ahli- ahli JPAN Selangor.

A NGKASA meneruskan program amal kepada warga Muslim di Kemboja menerusi sumbangan tudung khususnya kepada pelajar, ibu tunggal

dan fakir miskin yang memerlukan tudung tersebut untuk kegunaan semasa. Inisiatif tersebut yang telah bermula sejak tahun 2018 adalah melalui kerjasama antara

ANGKASA 8 RedCoop Tawar Pelan Pasca Bayar Mukmin 50+ dan Flexi 68+ Untuk Koperasi Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Kedai RedCoop Sdn. Bhd. yang beralamat di No. 206 A, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 43701, Petaling Jaya, Selangor. Sila Hubungi: Encik Akhsan Zaini di 019-3888616 akhsan.redcoop @gmail.com

» Dato’ Abdul Fattah merasmikan Kedai RedCoop, Bangunan Glomac Kelana Jaya.

» Bersama pelan pasca bayar yang ditawarkan menerusi Program RedCoop

K erjasama strategik antara ANGKASA dan RedOne Network Sdn. Bhd. telah membawa kepada pelancaran Program RedCoop iaitu sebuah produk yang mengetengahkan program pembangunan keusahawanan telco untuk koperasi. Menerusi program tersebut, dua jenis pelan pasca bayar iaitu Mukmin 50+ dan Flexi 68+ diperkenalkan bagi memberi peluang perniagaan baharu kepada koperasi yang berminat. Sebanyak lima koperasi rintis telah pun menyertai dan berdaftar menerusi Program RedCoop ini iaitu Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA), Koperasi Serbaguna Iman Berhad (KOIMAN); Koperasi Pribumi Bersatu Berhad (KO-Best), Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) dan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB). Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berharap agar gerakan koperasi terus menyokong penuh usaha ANGKASA dalam menyediakan ruang kerjasama perniagaan. Katanya, usaha berterusan tersebut selaras dengan peranan ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi negara selain menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan khusus untuk menfaat koperasi. Melalui kerjasama seperti ini juga katanya, ANGKASA berharap lebih banyak koperasi merebut peluang menjadi rakan niaga RedCoop.

“Saya difahamkan untuk suku keempat, disasarkan 10 koperasi menjadi rakan niaga RedOne. 25 orang dilantik sebagai ‘Perunding Jualan’ dengan sasaran 500 talian didaftarkan,”

katanya ketika me- nyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Program RedCoop Serta mem- perkenalkan Produk Mukmin 50+ Dan Flexi 68+ Untuk sektor Koperasi, di Kedai RedCoop, Bangunan Glomac Kelana Jaya, pada 28 Ogos 2020 lalu. Terdahulu, pada 18 September 2018, RedOne Network Sdn Bhd telah melancarkan pakej Pelan “Mukmin 50” hasil kerjasama dengan MyAngkasa Amanah Sdn Bhd dan MyANGKASA Mukmin Sdn Bhd untuk penjawat awam. Melalui pakej “Mukmin 50” yang dibayar secara potongan gaji, penjawat awam bukan sahaja mendapat pelan postpaid yang komprehensif, malah turut menikmati perlindungan insuran

» Suasana di dalam Kedai RedCoop

peribadi dan Khairat Premium secara percuma sehingga RM12 ribu. Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden merangkap Pengerusi Sektor Kewangan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaluddin; Wakil JPAN Selangor, Haji Zulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

9

Produk & Perkhidmatan Koperasi 2020

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

100 ‘product champion’ adalah produk-produk di bawah Program Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi ANGKASA, yang ditambahbaik ke tahap yang mampu dibanggakan dalam peringkat nasional dan antarabangsa.

T eh Tarik Orikel, adalah jenama keluaran Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad. Produk tersebut merupakan salah satu produk ‘Product 100 Champion’ di bawah pengurusan Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA. Teh Tarik Orikel juga boleh didapati di pasaran seperti di pasaraya Giant, AEON dan kedai-kedai koperasi termasuk di Brunei dan Singapura selain boleh dibeli menerusi online melalui di Shoppe dan Lazada serta pasaran melalui ejen dropship. Minuman Asam Jawa juga antara produk keluaran Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad yang boleh menyejukkan badan dan berkhasiat. Produk boleh diperoleh di pasaraya-pasaraya seperti di Giant, manakala sebahagian daripada 100 product champion kini akan mula memasukki pasaran di Singapura dan berada di Pattani, Thailand. Terkini, 100 product champion semakin mendapat sambutan baik dalam kalangan anggota dan masyarakat, malah kini mula mendapat tempat dan meneroka dalam pasaran di Negara-negara ASEAN. Berikut dipaparkan sebahagian daripada produk koperasi di bawah 100 Product Champion.

Produk-produk tersebut mencapai kriteria dari segi pemilikan, pengeluaran, penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.

Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad Lot PT334, Jalan Serendah Kedai Ketereh, 16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel.: 09-788 6687/012 9011 323 E-mel : kbigkelantan2014@gmail.com En. Rosli Ariffin

S adini Keropok Ikan Segera merupakan antara produk berasaskan ikan yang diusahakan oleh Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad. Sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat kerana kerangupan dan keenakannya serta dijamin halal oleh JAKIM. Sadini Keropok Ikan Segera juga boleh didapati di pasar raya AEON seluruh negara.

Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad Pusat Asas Tani, Kompleks Fama, Jalan Kampung Selamat 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tel. : 010-5084337 E-mel : kunangold@gmail.com Pn. Sarina Che Ya

RENCANA 11 Pembangunan Pendidikan Literasi Media Sosial Bagi Generasi Y & Z Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Pengurus Unit Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA

Pengenalan Golongan muda sebagai generasi milinium adalah pengguna terbesar media sosial. Literasi bermaksud kemampuan membaca dan menulis@celik media. Manakala literasi media merujuk kepada televisyen, filem, media cetak dan lain-lain. Literasi media sosial pula adalah seperti facebook, instagram, twitter, youtube, path dan lain-lain lagi. Mereka yang lahir antara tahun 1981-1994 merupakan Generasi Y (Gen Y). Juga dikenali sebagai generasi Millenial atau millennium. Teknologi Wireless. Generasi yang akrab dengan Internet dan sangat aktif dalam media sosial. Generasi yang malas dan kurang berdikari. Bekerja mengikut kreativiti sendiri, tidak terlalu serius dan santai. Mereka sangat techno-minded dan berinteraksi lebih banyak melalui gajet seperti Skype, Whatsapp, Twitter dan Facebook. “The Echo of the Baby Boom” Lahir di tengah kesibukan perkembangan “Generation Net” Lahir antara tahun 1995-2009 yang dikenali sebagai Generasi Z (Gen Z). Fasih tentang teknologi iaitu generasi digital yang mahir dan cenderung akan teknologi informasi dan pelbagai aplikasi komputer. Golongan celik IT. Mempunyai cita-cita besar untuk berjaya dan memiliki role model yang mereka idolakan. Menyukai perkara yang mudah, praktikal dan cepat termasuk dalam hal menilai masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Perkembangan Literasi Media Sosial Perkembangan teknologi komunikasi dapat mempengaruhi cara kita berinteraksi. Kurnia et.al. (2018). Media sosial adalah tempat untuk mencari maklumat dan perlukan literasi media. Media sosial dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Ryan T & Xenos, (2011) Ada tiga jenis pengguna media sosial : • Narcism, penyebarannya lebih kerap oleh pengguna-pengguna lain seperti Superficial behaviour - banyak digunakan sebagai self promoting behaviour (menawarkan diri sendiri); • Shyness - kecemasan sosial yang tinggi. Guna media sosial dengan lebih kerap berbanding pengguna lain bagi mengatasi kecemasan mereka. • Loneliness - Sifat yang berasa lebih selesa dengan hubungan online antara sesama manusia, selalu berasa kesepian, penuh rasa

cemas, media sosial dimanfaatkan untuk mencari sesiapa saja.

Secara dasarnya, literasi media sosial mempunyai kesan positif dan negatif. Kesan positif adalah apabila mereka dapat menilai sesebuah pesanan media dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab. Boleh diukur melalui dimensi motivasi, dimensi pengetahuan dan dimensi keterampilan manakala kesan negatif adalah mengurangkan privasi individu, meningkatkan potensi berlakunya jenayah dan juga menimbulkan limpahan dalam berkomunikasi.

Secara dasarnya, literasi media sosial mempunyai kesan positif dan negatif. Kesan positif adalah apabila mereka dapat menilai sesebuah pesanan media dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab. Boleh diukur melalui dimensi motivasi, dimensi pengetahuan dan dimensi keterampilan manakala kesan negatif adalah mengurangkan privasi individu, meningkatkan potensi berlakunya jenayah dan juga menimbulkan limpahan dalam berkomunikasi. menyingkap setiap informasi dan interaksi yang ada melalui aturan dan cara permainan yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Tujuannya adalah bagi mengetahui apakah isi dari berita yang didapati itu seimbang atau tidak. Program literasi media sosial adalah untuk Pendidikan Literasi Media Sosial Gen Y & Z perlu memiliki sikap kreatif dalam pengetahuan, pemahaman dan keterampilan dalam mengakses informasi oleh media massa. Literasi digital pula dirancang bagi meningkatkan kawalan individu bagi mengirim dan menerima pesanan contohnya kata kunci boleh menahan dan mengawal media yang biasa digunakan dalam pencarian informasi dan hiburan.

Manakala kaedah perlaksanaan elemen tersebut

adalah melalui perbincangan dan perbahasan.

Terdapat tiga elemen media literasi untuk gen Y & Z

ini sebagai latihan :

Kesimpulan Pembangunan pendidikan literasi media sosial untuk generasi Y dan Z penting kerana pada usia muda, mereka adalah generasi yang paling ramai menggunakan media sosial. Menjadi agen perubahan bagi mengatasi pelbagai masalah masyarakat media sosial. Garis panduan pendidikan media sosial yang diwujudkan oleh kerajaan boleh dijadikan panduan oleh generasi ini. Kaedah pendidikan lanjut diperlukan bagi memanfaatkan pesanan-pesanan yang disiarkan dalam media sosial yang lebih kompleks.

i. Mereka harus memiliki pemikiran yang kreatif untuk berkembang dan menilai diri sendiri terhadap media sosial, ii. Mereka harus ada kesedaran terhadap penggunaan media sosial ini dan iii. Mereka perlu memahami tentang etika dan moral apabila menggunakan media sosial.

12 RENCANA

Perniagaan e-dagang Koperasi Bagi Mendepani Impak COVID-19

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ P andemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia secara tidak langsung telah mengundang ketidaktentuan serta menggugat kestabilan ekonomi serantau dan dunia. Impak COVID-19 dan pelaksanaan pelbagai Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan telah mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan, industri pelancongan serta industri pertanian dan perkhidmatan khususnya dalam sektor koperasi. Kemerosotan ekonomi negara ternyata menjejaskan perniagaan dan gaya hidup pengguna yang membawa kepada transformasi bagaimana mereka bekerja, membeli belah dan menjalani kehidupan menerusi kebiasaan baharu yang perlu diamalkan. PKP menjadikan penggunaan talian sebagai satu keperluan dan bukan lagi pilihan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pesanan makanan, pengurusan pejabat, pengendalian organisasi dan urus niaga ekonomi semuanya telah dilakukan dalam talian dan ia sekali gus menyaksikan gaya hidup telah beralih kepada kehidupan menggunakan talian hampir dalam semua urusan kehidupan. Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Bagi Malaysia, Dr. Richard Record melalui kenyataan rasminya di media tempatan menyatakan bahawa Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, rekod pengurusan ekonomi makro yang mantap, pasaran modal domestik yang mendalam, institusi kewangan yang mapan dan sejarah mengenai pengalaman lalu dalam menangani krisis ekonomi. Menurutnya, situasi tersebut telah mendorong kepada keteguhan ekonomi Malaysia berbanding kebanyakan negara lain khususnya dalam mengharungi impak pandemik COVID-19. Kajian Kementerian Kewangan Malaysia juga mendapati jualan barangan pengguna cepat laris secara dalam talian iaitu meningkat sehingga 40 peratus. Antara respon semasa tempoh pelaksanaan PKP adalah penggunaan e-dagang yang telah mencatat trafik dan pembelian lebih tinggi sejak PKP bermula. Ekonomi digital berkonsepkan e-dagang mampu menjadi ‘penyelamat’ ketika sektor perniagaan lain berdepan dengan ketidakstabilan akibat wabak berkenaan. Usaha ANGKASA memperkenalkan Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) kepada koperasi dan anggota merupakan satu tindakan tepat dan inisiatif terbaik dalam meningkatkan jualan dalam talian lebih-lebih lagi dalam mendepani situasi krisis pandemik COVID-19. Komitmen ANGKASA yang mahu melihat kejayaan perniagaan e-dagang ini menjadi pilihan masyarakat serta sokongan padu koperasi dan anggotanya ternyata telah memberi kesan positif apabila program BA100 berjaya mencapai angka jualan melebihi RM1 juta menerusi tempahan melalui www.jimatbiz dan www. jimatshop Situasi ini juga telah mendorong pelbagai sektor yang lain untuk menggunakan pendekatan ekonomi digital bagi merancakkan perniagaan masing-masing dan

» Gambar hiasan

membantu masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian selepas kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac 2020 lalu. Menerusi hasil kajian yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkaitan impak penularan wabak COVID-19 ke atas aktiviti keseluruhan perniagaan koperasi, peratusan operasi perniagaan yang terjejas adalah sebanyak 32%, penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 29% manakala selebihnya adalah berkaitan dengan penurunan kehadiran pelanggan (17%), rangkaian bekalan/perkhidmatan terjejas (13%) dan kesukaran mendapatkan input/bekalan (9%).

Pemilihan ANGKASA sebagai rakan kolaborasi Malaysia Institute of Economic Research (MIER) dalam menjalankan kajian strategik mengkaji kesan pandemik COVID-19 merupakan langkah bijak dalam usaha memperkukuhkan ekonomi negara. Langkah kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi” yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 5 Jun 2020 lalu diharap dapat memberi manfaat kepada sektor koperasi dalam usaha mempergiatkan usaha pemulihan ekonomi bagi menjana semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar ini. Menerusi hasil kajian yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkaitan impak penularan wabak COVID-19 ke atas aktiviti keseluruhan perniagaan koperasi, peratusan operasi perniagaan yang terjejas adalah sebanyak 32%, penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 29% manakala selebihnya adalah berkaitan dengan penurunan kehadiran pelanggan (17%), rangkaian bekalan/perkhidmatan terjejas (13%) dan kesukaran mendapatkan input/bekalan (9%).

Komitmen ANGKASA yang mahu melihat kejayaan perniagaan e-dagang ini menjadi pilihan masyarakat serta sokongan padu koperasi dan anggotanya ternyata telah memberi kesan positif apabila program BA100 berjaya mencapai angka jualan melebihi RM1 juta menerusi tempahan melalui www.jimatbiz dan www.jimatshop

Kerajaan telah memberi penekanan menerusi langkah digital untuk memastikan perniagaan mereka terus berdaya tahan di sebalik impak pandemik COVID-19. Berdasarkan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan, sektor e-dagang dijangka bakal menyaksikan sumbangan pertumbuhan sebanyak 20 peratus terhadap ekonomi digital pada tahun ini Kesan pandemik COVID-19 terhadap gerakan koperasi negara khususnya dalam industri pelancongan, pembuatan dan pertanian ternyata memberi impak yang besar.

Sumber: Laman Web Kementerian Kewangan Malaysia Dan laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

PROJEK BARANGAN ASAS (BA100) Dilaksana di Peringkat Nasional (NACCOL) untuk rantaian koperasi sebagai pemacu pengurangan kos sara hidup rakyat melalui aktiviti pemborongan/peruncitan.

Prospek Perniagaan Baharu Koperasi Di Bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA

PROJEK INDUSTRI JAGUNG BIJIAN NEGARA (AJB 100) Bank tanah koperasi dalam penanaman & penghasilan ANGKASA Jagung Bijian (AJB100).

PROJEK PERNIAGAAN COOP FARMASI (PHARMAWELLNESS) Gerakan Koperasi menceburi industri farmaseutikal & kesihatan melalui jaringan Coop Farmasi & Coop Wellness.

ANGKASA Menawarkan Projek Perniagaan Baharu Yang Berdaya Saing Untuk Gerakan Koperasi Bagi Merealisasikan Hasrat Koperasi Sebagai ‘Third Driving Force of Economy’

COOP UMRAH Koperasi sebagai Ejen Penyatuan Umrah di bawah jaringan Coop Umrah.

Selaras Dengan Aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).

Sebarang pertanyaan sila hubungi: BAHAGIAN ANGKASA NIAGA 03-7800 8128 / 6012-3492427 E-mel: angkasaniaga.angkasa@gmail.com ENCIK CHE MAHALIM CHE HASHIM Pengurus ANGKASA Niaga

Koperasi Dipelawa Untuk Menyertai Projek Perniagaan Baharu Bersama ANGKASA.

14 KOPERASI

Pertingkat Aktiviti Perniagaan Pasar Mini Koperasi Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menerangkan applikasi BA100 ANGKASA kepada ahli KOOPMLPB dan bagaimana KOOPMLPB boleh bekerjasama dengan BA100 ANGKASA bagi memudahkan transaksi pembelian barang secara dalam talian yang dapat membantu koperasi untuk membuat pembelian dengan harga yang berpatutan.

» KOOPMLPB juga menjalankan aktiviti perniagaan Pasar Mini pada 15 Disember 2019 menggunakan modal anggota daripada Simpanan Khas.

K operasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad (KOOPMLPB) boleh menambah aktiviti perniagaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan selain membekalkan produk untuk koperasi dan juga penduduk sekitar masjid. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai lawatan ANGKASA ke koperasi tersebut berkata, KOOPMLPB boleh bekerjasama dengan BA100 ANGKASA bagi memudahkan transaksi pembelian barang secara dalam talian yang dapat membantu koperasi membuat pembelian dengan harga yang berpatutan. Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad (KOOPMLPB) memulakan perniagaan Pasar Mini pada 15 Disember 2019 menggunakan modal anggota. Pembinaan bangunan pasar mini bermula pada 16 Oktober 2019 dan siap pada 14 Disember 2019. Perbelanjaan keseluruhan bangunan pasar mini adalah sebanyak RM79.427 58 manakala baki sebanyak RM21,572.42 daripada simpanan khas digunakan sebagai modal pusingan perniagaan. Selain itu, KOOPMLPB juga menjalankan aktiviti pasar basah, pusat bayaran bil setempat, warung dan lembu sembelihan (daging segar).

KOOPMLPB juga turut merancang untuk terlibat dalam sektor perkhidmatan dan hartanah bermula tahun hadapan. Sektor perkhidmatan yang akan diberi tumpuan adalah seperti bengkel kereta, klinik, khidmat penghantaran barang, pendawaian elektrik dan ejen insuran. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi KOOPMLPB, Dr. Mohamad Hilmi Mat Said; Setiausaha KOOPMLPB, Encik Husin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Husain.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berkata KOOPMLPB boleh menambah aktiviti perniagaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta membekalkan produk untuk koperasi dan juga penduduk sekitar masjid.

» KOOPMLPB menjalankan aktiviti perniagaan pusat bayaran bil setempat yang bersebelahan dengan Pasar Mini Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad.

15 KOPERASI

Pelbagaikan Aktiviti Untuk Manfaat Komuniti Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Koperasi Kariah Masjid (KKM) Tengku Sulaiman Bentong Berhad

» Kedai cuci kereta koperasi yang pekerjanya terdiri daripada anggota koperasi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

» Kedai jahitan pakaian turut diusahakan oleh anggota koperasi yang mengambil upah menjahit pakaian wanita dan lelaki serta menganjurkan kursus jahitan.

K epelbagaian aktiviti ekonomi di kawasan masjid bukan sahaja dapat menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi Koperasi Kariah Masjid (KKM) Tengku Sulaiman Bentong Berhad, malah turut membantu memberi manfaat kepada komuniti setempat. Selain itu, aktiviti tersebut juga dapat membantu mengimarahkan masjid selain memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anggota koperasi. Pelbagai jenis perniagaan seperti kedai runcit, pusat mencuci kenderaan, salon wanita, kedai gunting rambut lelaki, kedai menjahit pakaian dan pusat jualan peralatan kenderaan motor menjadi antara aktiviti ekonomi yang sedang giat dijalankan oleh KKM tersebut. Pengerusi koperasi, Haji Razali Zainal berkata, kedai runcit koperasi terletak di kawasan masjid juga turut berdaftar dengan program Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. KKM Tengku Sulaiman Bentong Berhad ditubuhkan pada tahun 2013 dengan objektifnya untuk memberi peluang kepada anggotanya menceburi aktiviti perniagaan sebagai galakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi. Menurut beliau, koperasi juga turut menyediakan perkhidmatan van jenazah. Waris yang memerlukan perkhidmatan menyewa van jenazah akan dikenakan pengiraan mengikut perbatuan manakala bagi perkhidmatan setempat iaitu dalam kawasan Kariah, perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma. Ladang kelapa sawit milik koperasi juga berjaya memberi pulangan dividen sebanyak lima peratus daripada keuntungan terkumpul. Pada bulan Februari 2020, koperasi telah menerima bantuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebanyak RM150 ribu bagi tujuan mengubahsuai gerai makanan di dalam kawasan

» Projek pembinaan 4 lot kedai milik koperasi sedang giat dijalankan.

masjid selain membina empat lot kedai.

ke Institut Pengajian Tinggi Awam akan menerima RM700 di bawah seliaan Biro Kebajikan koperasi.

Koperasi juga turut memberi penekanan kepada soal kebajikan anggotanya. Waris anggota yang meninggal dunia akan menerima sumbangan sebanyak RM250 manakala anggota yang dimasukkan ke wad akan mendapat RM10 sehari dengan jumlah maksimum 14 hari. Sementara itu, anak-anak anggota yang cemerlang dan berpeluang

Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Bentong Berhad d/a Masjid Tengku Sulaiman Kitari 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease