WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2020

12 RENCANA

Perniagaan e-dagang Koperasi Bagi Mendepani Impak COVID-19

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ P andemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia secara tidak langsung telah mengundang ketidaktentuan serta menggugat kestabilan ekonomi serantau dan dunia. Impak COVID-19 dan pelaksanaan pelbagai Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan telah mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan, industri pelancongan serta industri pertanian dan perkhidmatan khususnya dalam sektor koperasi. Kemerosotan ekonomi negara ternyata menjejaskan perniagaan dan gaya hidup pengguna yang membawa kepada transformasi bagaimana mereka bekerja, membeli belah dan menjalani kehidupan menerusi kebiasaan baharu yang perlu diamalkan. PKP menjadikan penggunaan talian sebagai satu keperluan dan bukan lagi pilihan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pesanan makanan, pengurusan pejabat, pengendalian organisasi dan urus niaga ekonomi semuanya telah dilakukan dalam talian dan ia sekali gus menyaksikan gaya hidup telah beralih kepada kehidupan menggunakan talian hampir dalam semua urusan kehidupan. Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Bagi Malaysia, Dr. Richard Record melalui kenyataan rasminya di media tempatan menyatakan bahawa Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, rekod pengurusan ekonomi makro yang mantap, pasaran modal domestik yang mendalam, institusi kewangan yang mapan dan sejarah mengenai pengalaman lalu dalam menangani krisis ekonomi. Menurutnya, situasi tersebut telah mendorong kepada keteguhan ekonomi Malaysia berbanding kebanyakan negara lain khususnya dalam mengharungi impak pandemik COVID-19. Kajian Kementerian Kewangan Malaysia juga mendapati jualan barangan pengguna cepat laris secara dalam talian iaitu meningkat sehingga 40 peratus. Antara respon semasa tempoh pelaksanaan PKP adalah penggunaan e-dagang yang telah mencatat trafik dan pembelian lebih tinggi sejak PKP bermula. Ekonomi digital berkonsepkan e-dagang mampu menjadi ‘penyelamat’ ketika sektor perniagaan lain berdepan dengan ketidakstabilan akibat wabak berkenaan. Usaha ANGKASA memperkenalkan Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) kepada koperasi dan anggota merupakan satu tindakan tepat dan inisiatif terbaik dalam meningkatkan jualan dalam talian lebih-lebih lagi dalam mendepani situasi krisis pandemik COVID-19. Komitmen ANGKASA yang mahu melihat kejayaan perniagaan e-dagang ini menjadi pilihan masyarakat serta sokongan padu koperasi dan anggotanya ternyata telah memberi kesan positif apabila program BA100 berjaya mencapai angka jualan melebihi RM1 juta menerusi tempahan melalui www.jimatbiz dan www. jimatshop Situasi ini juga telah mendorong pelbagai sektor yang lain untuk menggunakan pendekatan ekonomi digital bagi merancakkan perniagaan masing-masing dan

» Gambar hiasan

membantu masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian selepas kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac 2020 lalu. Menerusi hasil kajian yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkaitan impak penularan wabak COVID-19 ke atas aktiviti keseluruhan perniagaan koperasi, peratusan operasi perniagaan yang terjejas adalah sebanyak 32%, penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 29% manakala selebihnya adalah berkaitan dengan penurunan kehadiran pelanggan (17%), rangkaian bekalan/perkhidmatan terjejas (13%) dan kesukaran mendapatkan input/bekalan (9%).

Pemilihan ANGKASA sebagai rakan kolaborasi Malaysia Institute of Economic Research (MIER) dalam menjalankan kajian strategik mengkaji kesan pandemik COVID-19 merupakan langkah bijak dalam usaha memperkukuhkan ekonomi negara. Langkah kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi” yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 5 Jun 2020 lalu diharap dapat memberi manfaat kepada sektor koperasi dalam usaha mempergiatkan usaha pemulihan ekonomi bagi menjana semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar ini. Menerusi hasil kajian yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkaitan impak penularan wabak COVID-19 ke atas aktiviti keseluruhan perniagaan koperasi, peratusan operasi perniagaan yang terjejas adalah sebanyak 32%, penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 29% manakala selebihnya adalah berkaitan dengan penurunan kehadiran pelanggan (17%), rangkaian bekalan/perkhidmatan terjejas (13%) dan kesukaran mendapatkan input/bekalan (9%).

Komitmen ANGKASA yang mahu melihat kejayaan perniagaan e-dagang ini menjadi pilihan masyarakat serta sokongan padu koperasi dan anggotanya ternyata telah memberi kesan positif apabila program BA100 berjaya mencapai angka jualan melebihi RM1 juta menerusi tempahan melalui www.jimatbiz dan www.jimatshop

Kerajaan telah memberi penekanan menerusi langkah digital untuk memastikan perniagaan mereka terus berdaya tahan di sebalik impak pandemik COVID-19. Berdasarkan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan, sektor e-dagang dijangka bakal menyaksikan sumbangan pertumbuhan sebanyak 20 peratus terhadap ekonomi digital pada tahun ini Kesan pandemik COVID-19 terhadap gerakan koperasi negara khususnya dalam industri pelancongan, pembuatan dan pertanian ternyata memberi impak yang besar.

Sumber: Laman Web Kementerian Kewangan Malaysia Dan laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease