WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2020

14 KOPERASI

Pertingkat Aktiviti Perniagaan Pasar Mini Koperasi Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menerangkan applikasi BA100 ANGKASA kepada ahli KOOPMLPB dan bagaimana KOOPMLPB boleh bekerjasama dengan BA100 ANGKASA bagi memudahkan transaksi pembelian barang secara dalam talian yang dapat membantu koperasi untuk membuat pembelian dengan harga yang berpatutan.

» KOOPMLPB juga menjalankan aktiviti perniagaan Pasar Mini pada 15 Disember 2019 menggunakan modal anggota daripada Simpanan Khas.

K operasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad (KOOPMLPB) boleh menambah aktiviti perniagaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan selain membekalkan produk untuk koperasi dan juga penduduk sekitar masjid. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai lawatan ANGKASA ke koperasi tersebut berkata, KOOPMLPB boleh bekerjasama dengan BA100 ANGKASA bagi memudahkan transaksi pembelian barang secara dalam talian yang dapat membantu koperasi membuat pembelian dengan harga yang berpatutan. Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad (KOOPMLPB) memulakan perniagaan Pasar Mini pada 15 Disember 2019 menggunakan modal anggota. Pembinaan bangunan pasar mini bermula pada 16 Oktober 2019 dan siap pada 14 Disember 2019. Perbelanjaan keseluruhan bangunan pasar mini adalah sebanyak RM79.427 58 manakala baki sebanyak RM21,572.42 daripada simpanan khas digunakan sebagai modal pusingan perniagaan. Selain itu, KOOPMLPB juga menjalankan aktiviti pasar basah, pusat bayaran bil setempat, warung dan lembu sembelihan (daging segar).

KOOPMLPB juga turut merancang untuk terlibat dalam sektor perkhidmatan dan hartanah bermula tahun hadapan. Sektor perkhidmatan yang akan diberi tumpuan adalah seperti bengkel kereta, klinik, khidmat penghantaran barang, pendawaian elektrik dan ejen insuran. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi KOOPMLPB, Dr. Mohamad Hilmi Mat Said; Setiausaha KOOPMLPB, Encik Husin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Husain.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berkata KOOPMLPB boleh menambah aktiviti perniagaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta membekalkan produk untuk koperasi dan juga penduduk sekitar masjid.

» KOOPMLPB menjalankan aktiviti perniagaan pusat bayaran bil setempat yang bersebelahan dengan Pasar Mini Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Kuantan Berhad.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease