15 KOPERASI
Pelbagaikan Aktiviti Untuk Manfaat Komuniti Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Koperasi Kariah Masjid (KKM) Tengku Sulaiman Bentong Berhad
» Kedai cuci kereta koperasi yang pekerjanya terdiri daripada anggota koperasi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.
» Kedai jahitan pakaian turut diusahakan oleh anggota koperasi yang mengambil upah menjahit pakaian wanita dan lelaki serta menganjurkan kursus jahitan.
K epelbagaian aktiviti ekonomi di kawasan masjid bukan sahaja dapat menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi Koperasi Kariah Masjid (KKM) Tengku Sulaiman Bentong Berhad, malah turut membantu memberi manfaat kepada komuniti setempat. Selain itu, aktiviti tersebut juga dapat membantu mengimarahkan masjid selain memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anggota koperasi. Pelbagai jenis perniagaan seperti kedai runcit, pusat mencuci kenderaan, salon wanita, kedai gunting rambut lelaki, kedai menjahit pakaian dan pusat jualan peralatan kenderaan motor menjadi antara aktiviti ekonomi yang sedang giat dijalankan oleh KKM tersebut. Pengerusi koperasi, Haji Razali Zainal berkata, kedai runcit koperasi terletak di kawasan masjid juga turut berdaftar dengan program Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. KKM Tengku Sulaiman Bentong Berhad ditubuhkan pada tahun 2013 dengan objektifnya untuk memberi peluang kepada anggotanya menceburi aktiviti perniagaan sebagai galakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi. Menurut beliau, koperasi juga turut menyediakan perkhidmatan van jenazah. Waris yang memerlukan perkhidmatan menyewa van jenazah akan dikenakan pengiraan mengikut perbatuan manakala bagi perkhidmatan setempat iaitu dalam kawasan Kariah, perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma. Ladang kelapa sawit milik koperasi juga berjaya memberi pulangan dividen sebanyak lima peratus daripada keuntungan terkumpul. Pada bulan Februari 2020, koperasi telah menerima bantuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebanyak RM150 ribu bagi tujuan mengubahsuai gerai makanan di dalam kawasan
» Projek pembinaan 4 lot kedai milik koperasi sedang giat dijalankan.
masjid selain membina empat lot kedai.
ke Institut Pengajian Tinggi Awam akan menerima RM700 di bawah seliaan Biro Kebajikan koperasi.
Koperasi juga turut memberi penekanan kepada soal kebajikan anggotanya. Waris anggota yang meninggal dunia akan menerima sumbangan sebanyak RM250 manakala anggota yang dimasukkan ke wad akan mendapat RM10 sehari dengan jumlah maksimum 14 hari. Sementara itu, anak-anak anggota yang cemerlang dan berpeluang
Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Bentong Berhad d/a Masjid Tengku Sulaiman Kitari 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease