2
HARI KOPERASI MALAYSIA 2020
SKM
Gerakan Koperasi Ke Arah Kemakmuran Bersama Oleh: NOR AZAH ABD. AZIZ
» Majlis penutupan forum disempurnakan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Haji Samsudin.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah membentangkan Pelan Perancangan Strategik ANGKASA.
P residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah merupakan antara ahli panel dalam Forum bertajuk Hala Tuju Gerakan Koperasi Ke Arah Kemakmuran Bersama dalam Program Hari Koperasi Malaysia, anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang diadakan pada 26 Julai 2020 di Hotel Tenera, Bangi. ANGKASA sebagai badan puncak koperasi, menggerakkan sektor ekonomi melalui Pelan Perancangan Strategik ANGKASA 2017 hingga 2050. Usaha ini merangsang ekonomi melalui penubuhan lapan sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi ANGKASA, dengan sasaran sumbangan perolehan gerakan koperasi yang disasarkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM100 bilion pada tahun 2030. Selain itu, mewujudkan Pelan Induk Ekonomi Strategi melalui tiga tahap “ Co-operative Empowerment Project ” iaitu :
CEP3: Projek berimpak tinggi yang akan diketuai oleh satu koperasi. ANGKASA Niaga juga di- wujudkan sebagai “inkubasi” yang menawarkan pilot project rangsangan perniagaan untuk koperasi-koperasi ahli ANGKASA. Lain-lain ialah Projek Barangan Asas 100 (BA100), Projek Industri Jagung Bijian Negara, Projek Perniagaan Coop Farmasi dan Projek Perniagaan Lembu Tenusu Heifer’s Park. Ahli panel lain terdiri daripada Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Roslan Bani Amin dan Pengerusi Coop Bank Pertama, Encik Kamari Zaman Juhari. Majlis penutupan forum disempurnakan Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Haji Samsudin. Seramai 300 orang anggota koperasi dari seluruh negara hadir pada hari bersejarah itu. Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif, Datuk Nordin Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
» Dari kiri Pengerusi Eksekutif, Datuk Nordin Salleh, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Haji Samsudin dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah
CEP1 : Projek Utama ANGKASA di mana ANGKASA tidak bersaing dengan koperasi. CEP2: Dua atau lebih koperasi dalam fungsi yang sama dan projek yang sama (konsortium).
» Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, mewakili Pengerusi KOWAMAS menerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Kelantan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease