WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2020

3

ANGKASA

Pertingkat Kerjasama Bangunkan Perniagaan KKM Oleh: RAHMAT MOHD DID

» Dari kiri Haji Nasir Khan Yahaya, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Haji Azhar Hamzah dan Encik Halim Ibrahim.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menerangkan fungsi ANGKASA dan peranan KKM kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

M enteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri menyokong penuh usaha ANGKASA dalam memperkasa program pembangunan perniagaan Koperasi Kariah Masjid (KKM). Beliau antara lainnya turut menyatakan persetujuan untuk membantu mempromosikan KKM melalui program- program yang akan dianjurkan selepas ini selain menjemput ANGKASA bagi memberi taklimat tentang peranan KKM. Demikian antara intipati perbincangan antara beliau dengan delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang berlangsung di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur, 15 Julai lalu.

Perbincangan tersebut antara lainnya turut menyentuh tentang peranan peranan Koperasi Kariah Masjid (KKM) sebagai medium pemasaran bagi produk dan perkhidmatan Muslim. Menurut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sehingga Disember 2019 terdapat 6,368 buah masjid di seluruh negara namun bilangan KKM yang berdaftar hanya 446 koperasi, bersamaan tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan masjid. Justeru, Dato’ Abdul Fattah menyatakan hasrat untuk menyasarkan sejumlah 1,000 buah KKM dapat didaftarkan menjelang hujung tahun 2025. Melalui kerjasama antara JAKIM, SKM, Majlis Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Negeri serta agensi berkaitan, bilangan KKM

boleh dipertingkatkan.

Tambah beliau, KKM didaftarkan dengan pelbagai fungsi perniagaan seperti peruncitan, pertanian, perumahan, perindustrian, pengguna, pembinaan, pengangkutan dan perkhidmatan. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.

Dari Meja Presiden ANGKASA

Inovasi memerlukan keberanian dan keterbukaan bukan sahaja dalam melontarkan pandangan, malah sedia untuk menerima pandangan secara terbuka dan saksama. Jiwa harus disemai dengan semangat untuk melihat koperasi terus maju ke hadapan dan sedia memikul tanggungjawab tersebut dengan seikhlas hati. ANGKASA sentiasa membuka pintu minda kepada sebarang idea penambahbaikan dan rancangan perniagaan yang ingin dikemukakan oleh koperasi. Jangan bandingkan pencapaian inovasi di pihak lain sebab kadangkala inovasi yang ingin kita ketengahkan mungkin lebih baik setidak-tidaknya untuk memajukan koperasi kita dengan cara kita.

Kepada

semua

kepimpinan

dan saya ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan tanahair yang ke-63 dan marilah kita sama-sama berdoa agar Malaysia terus makmur dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T. angggota koperasi,

U sia kemerdekaan tanahair ke- 63 telah mematangkan kita tentang realiti kehidupan boleh mengubah suasana di luar jangkaan. Normal atau kebiasaan baharu dalam masyarakat kini telah memberi kesan atau impak yang sangat besar kepada sosio ekonomi semasa dan pastinya, kita tidak akan dapat meramalkan keadaan pada masa depan. Namun, penyatuan sesama anggota dalam koperasi adalah antara kekuatan yang perlu kita yakini dan perkukuhkan demi kelestarian gerakan koperasi. Bekerja bersama-sama demi manfaat bersama.

Terdapat banyak inovasi baharu yang dikembangkan dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan khususnya dalam aspek perniagaan. Inovasi yang ingin saya maksudkan bukanlah tentang pembangunan teknologi perkakasan atau perisian. Tetapi ‘inovasi minda’. Kepimpinan koperasi harus berfikiran lebih terbuka dengan melihat persekitaran sosio ekonomi dan seterusnya mencari penyelesaian menerusi perbincangan atau mesyuarat tentang jalan penyelesaian atau kaedah terbaik melalui saluran koperasi.

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease