5
ANGKASA
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi “Semangat Koperasi” B ersempena sambutan ulang tahun Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Koperasi” Sempena Sambutan Ulang Tahun ANGKASA Ke-50 bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 14 Julai lalu. ANGKASA sebagai penganjur
(ANGKASA) Ke-50 pada tahun 2021 dan Sambutan 100 Tahun Koperasi pada 2022, satu pertandingan mencipta lagu rasmi “Semangat Koperasi” diadakan bagi membantu meningkatkan aspirasi semangat berkoperasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertandingan terbuka kepada semua pencipta lagu amatur atau profesional warganegara Malaysia. Lagu tersebut hendaklah ciptaan asal bagi menggantikan lagu yang sedia ada. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, lirik lagu hendaklah bertemakan konsep tujuh (7) Prinsip Koperasi, Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama dan Sadik, Amanah dan Telus.
berhak untuk mengubah lagu dan lirik mengikut kesesuaian. Bagaimanapun nama pencipta lagu akan dikekalkan sebagai tanda penghargaan. Lagu yang terpilih bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 selain hadiah juri untuk 3 buah lagu yang lain bernilai RM2,500 untuk setiap lagu. Tarikh penyertaan bermula 14 Julai 2020 sehingga 16 September 2020 depan dan penyertaan hendaklah dihantar ke alamat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia, Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Info, terma dan syarat boleh dimuat turun di www.angkasa.coop
» Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kanan) ketika mengumumkan Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi “Semangat Koperasi”. Turut sama ialah Dato’ Haji Kamarudin Ismail (empat dari kanan), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa (dua dari kanan), Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (paling kanan) dan Haji Nasir Khan Yahaya (paling kiri)
“Lirik juga merangkumi aspek kerjasama, perkhidmatan profesional kepada anggota koperasi, kelestarian koperasi, penyatuan dan perpaduan kaum, peranan ANGKASA sebagai badan APEKS koperasi negara yang menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan negara bangsa tanpa menyentuh sensitiviti
perkauman, agama dan politik. “Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan mampu menarik minat semua golongan serta lirik yang bersesuaian dengan konteks dan konsep,” katanya ketika Sidang Media Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi “Semangat
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease