6
ANGKASA
‘100 Product Champion’ Tembusi Pasaran Singapura
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Dari kiri Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahaya, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Lugman Hashim sedang menunjukkan dokumen MoA yang telah ditandatangani dan Ketua Pegawai Operasi amaxMALL Sdn. Bhd., Encik Nik Harris Nik Kamaruddin.
S ebanyak 29 Unit Penyimpanan Stok (SKU) keluaran 11 koperasi yang terlibat di bawah program ‘100 Product Champion’ akan dipasarkan di pasaraya Eccellente by Hao Mart di Kinex Mall, Singapura bermula Oktober 2020. Pemasaran produk koperasi ke negara tersebut adalah hasil Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai antara ANGKASA dengan Amaxmall Sdn. Bhd. (amaxMALL) pada 17 Julai lalu di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dengan syarikat e-dagang tersebut sebelum ini telah banyak membantu memperkasakan pembangunan dan pemasaran produk koperasi di peringkat kebangsaan. Sejak tahun 2018, sebanyak 15 SKU melibatkan tujuh koperasi telah berjaya memasuki pasaraya Giant di sekitar Lembah Klang. “Pemeteraian memorandum ini juga merupakan pencapaian yang signifikan kepada semua koperasi yang terlibat dengan mengambil kira keadaan semasa negara,” ujar beliau.
Tambah Dato’ Abdul Fattah, “Ini jelas menunjukkan produk keluaran mereka (koperasi) menepati piawaian antarabangsa sehingga berupaya menembusi pasaran negara jiran,” ujar beliau. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Lugman Hashim berkata, pasaraya Eccellente akan menyediakan satu ruang iaitu ‘Malaysian Product Bay’ yang
mempunyai lima kaunter untuk menempatkan produk-produk buatan Malaysia termasuk daripada koperasi. Beliau turut mensasarkan sebanyak 35 SKU yang melibatkan 25 koperasi akan dieksport ke Singapura menjelang tahun 2021 dan pemasaran produk koperasi akan dikembangkan ke cawangan Hao Mart yang lain. Hadir sama ke majlis MoA tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya;
Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon 1, Haji Mohd. Zahidi Haji Husain; Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
» Antara produk koperasi yang memasuki pasaran di Singapura adalah seperti “Warisan Ibu” Pre-mixed Coffee 2 ini 1, KOKUSDA Teh Tarik Tudya, KOHILAL Chocolate Malt Drink 3 in 1, Orikel Instant Premix Milk Tea 3 in 1, KOSAS One Bite Cookies dan COOPIAT Fish Crisp.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease