7
ANGKASA
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI ANGKASA Cakna Bantu Golongan Asnaf
Dalam majlis tersebut, sebanyak 30 pek barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan beberapa produk makanan yang lain telah disumbangkan kepada golongan asnaf kampung tersebut. Antara yang mengikuti
» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan sumbangan barangan asas kepada golongan asnaf dalam kunjungan dari rumah ke rumah.
P rogram CoopCare ‘Jelajah Santuni Asnaf ANGKASA’ telah berlangsung di Kampung Bahagia, Bangi pada 11 Julai lalu menerusi sesi penyampaian sumbangan barangan asas di bawah program BA100.
Program seliaan Bahagian (BKK) ANGKASA dengan kerjasama Koperasi Ikatan Jaya Kajang Berhad itu dijayakan dengan sokongan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Kehadiran beliau ke kampung Komunikasi Korporat
tersebut
diiringi
Setiausaha
aktiviti ziarah rumah ke rumah itu ialah barisan anggota JPAN Selangor, Ketua Kampung Bahagia, Encik Norazlan Nordin dan Anggota Lembaga Koperasi Ikatan Jaya Kajang Berhad dan Pengurus Besar BKK ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
Jawatankuasa
Perhubungan
ANGKASA (JPAN) Selangor, Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad @ Ayob yang mewakili Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah. Negeri
Sumbangan Tudung Kariah Masjid Rahimiah Ke Kemboja
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA dengan Persatuan Wanita Islam Kemboja (CAMWA) dan Kemboja Business Network yang berpusat di Phnom Penh. Majlis serahan tudung yang berlangsung di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Sehingga kini, ANGKASA telah menghantar sebanyak 20,000 helai tudung ke Kemboja. Selain itu, sebanyak 10,000 helai lagi disumbangkan oleh pihak Masjid Jamek Ar- Rahimiah melalui sumbangan penduduk dan komuniti berhampiran di sekitar Klang. Hadir sama dalam majlis serahan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Ahli Lembaga Tadbir Masjid, Encik Ahmad Shukri Datuk Abdul Ghani, Ahli Jawatankuasa JPAN Selangor iaitu Encik Ismail Md Dom dan Encik Hafiz Samsiri; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim serta penduduk kariah Masjid Ar-Rahimiah, Klang.
» Sebahagian daripada tudung sumbangan penduduk sekitar Klang yang disampaikan kepada ANGKASA.Kelihatan ialah Dato Abdul Fattah Haji Abdullah bersama Dato Alias Hamzah, Encik Ahmad Shukri Datuk Abdul Ghani dan Ahli- ahli JPAN Selangor.
A NGKASA meneruskan program amal kepada warga Muslim di Kemboja menerusi sumbangan tudung khususnya kepada pelajar, ibu tunggal
dan fakir miskin yang memerlukan tudung tersebut untuk kegunaan semasa. Inisiatif tersebut yang telah bermula sejak tahun 2018 adalah melalui kerjasama antara
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease