WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2020

ANGKASA 8 RedCoop Tawar Pelan Pasca Bayar Mukmin 50+ dan Flexi 68+ Untuk Koperasi Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Kedai RedCoop Sdn. Bhd. yang beralamat di No. 206 A, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 43701, Petaling Jaya, Selangor. Sila Hubungi: Encik Akhsan Zaini di 019-3888616 akhsan.redcoop @gmail.com

» Dato’ Abdul Fattah merasmikan Kedai RedCoop, Bangunan Glomac Kelana Jaya.

» Bersama pelan pasca bayar yang ditawarkan menerusi Program RedCoop

K erjasama strategik antara ANGKASA dan RedOne Network Sdn. Bhd. telah membawa kepada pelancaran Program RedCoop iaitu sebuah produk yang mengetengahkan program pembangunan keusahawanan telco untuk koperasi. Menerusi program tersebut, dua jenis pelan pasca bayar iaitu Mukmin 50+ dan Flexi 68+ diperkenalkan bagi memberi peluang perniagaan baharu kepada koperasi yang berminat. Sebanyak lima koperasi rintis telah pun menyertai dan berdaftar menerusi Program RedCoop ini iaitu Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA), Koperasi Serbaguna Iman Berhad (KOIMAN); Koperasi Pribumi Bersatu Berhad (KO-Best), Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) dan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB). Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berharap agar gerakan koperasi terus menyokong penuh usaha ANGKASA dalam menyediakan ruang kerjasama perniagaan. Katanya, usaha berterusan tersebut selaras dengan peranan ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi negara selain menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan khusus untuk menfaat koperasi. Melalui kerjasama seperti ini juga katanya, ANGKASA berharap lebih banyak koperasi merebut peluang menjadi rakan niaga RedCoop.

“Saya difahamkan untuk suku keempat, disasarkan 10 koperasi menjadi rakan niaga RedOne. 25 orang dilantik sebagai ‘Perunding Jualan’ dengan sasaran 500 talian didaftarkan,”

katanya ketika me- nyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Program RedCoop Serta mem- perkenalkan Produk Mukmin 50+ Dan Flexi 68+ Untuk sektor Koperasi, di Kedai RedCoop, Bangunan Glomac Kelana Jaya, pada 28 Ogos 2020 lalu. Terdahulu, pada 18 September 2018, RedOne Network Sdn Bhd telah melancarkan pakej Pelan “Mukmin 50” hasil kerjasama dengan MyAngkasa Amanah Sdn Bhd dan MyANGKASA Mukmin Sdn Bhd untuk penjawat awam. Melalui pakej “Mukmin 50” yang dibayar secara potongan gaji, penjawat awam bukan sahaja mendapat pelan postpaid yang komprehensif, malah turut menikmati perlindungan insuran

» Suasana di dalam Kedai RedCoop

peribadi dan Khairat Premium secara percuma sehingga RM12 ribu. Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden merangkap Pengerusi Sektor Kewangan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaluddin; Wakil JPAN Selangor, Haji Zulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease