WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2020

9

Produk & Perkhidmatan Koperasi 2020

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

100 ‘product champion’ adalah produk-produk di bawah Program Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi ANGKASA, yang ditambahbaik ke tahap yang mampu dibanggakan dalam peringkat nasional dan antarabangsa.

T eh Tarik Orikel, adalah jenama keluaran Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad. Produk tersebut merupakan salah satu produk ‘Product 100 Champion’ di bawah pengurusan Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA. Teh Tarik Orikel juga boleh didapati di pasaran seperti di pasaraya Giant, AEON dan kedai-kedai koperasi termasuk di Brunei dan Singapura selain boleh dibeli menerusi online melalui di Shoppe dan Lazada serta pasaran melalui ejen dropship. Minuman Asam Jawa juga antara produk keluaran Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad yang boleh menyejukkan badan dan berkhasiat. Produk boleh diperoleh di pasaraya-pasaraya seperti di Giant, manakala sebahagian daripada 100 product champion kini akan mula memasukki pasaran di Singapura dan berada di Pattani, Thailand. Terkini, 100 product champion semakin mendapat sambutan baik dalam kalangan anggota dan masyarakat, malah kini mula mendapat tempat dan meneroka dalam pasaran di Negara-negara ASEAN. Berikut dipaparkan sebahagian daripada produk koperasi di bawah 100 Product Champion.

Produk-produk tersebut mencapai kriteria dari segi pemilikan, pengeluaran, penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.

Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad Lot PT334, Jalan Serendah Kedai Ketereh, 16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel.: 09-788 6687/012 9011 323 E-mel : kbigkelantan2014@gmail.com En. Rosli Ariffin

S adini Keropok Ikan Segera merupakan antara produk berasaskan ikan yang diusahakan oleh Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad. Sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat kerana kerangupan dan keenakannya serta dijamin halal oleh JAKIM. Sadini Keropok Ikan Segera juga boleh didapati di pasar raya AEON seluruh negara.

Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad Pusat Asas Tani, Kompleks Fama, Jalan Kampung Selamat 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tel. : 010-5084337 E-mel : kunangold@gmail.com Pn. Sarina Che Ya

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease