WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

59 PELANCAR

Edisi Khas

KANDUNGAN EDISI KHAS 2020

04 Sekapur Sirih 05 Seulas Pinang 06 Jadual Persidangan 08 Peranan ALK Dan Anggota Bantu Tingkat Ekonomi Koperasi 10 Tahap Keusahawanan Koperasi Perlu Dipertingkat Untuk Capai Sasaran Perolehan RM60 Bilion 12 Pembangunan Dan Pengurusan Hartanah / Perumahan Koperasi Di Malaysia (Perspektif Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad) 14 Integriti Mampu Tingkat Prestasi Koperasi 16 Pembiayaan Modal Perniagaan Koperasi Faktor Yang Perlu Diberi Pertimbangan 18 Kemenjadian Insan Kepemimpinan Dalam Gerakan Koperasi 20 JPAN Sabah : Tingkat Keahlian Melalui Aktiviti Perladangan & Pelancongan 22 JPAN Perak : Memperkasa Pembangunan Koperasi Kariah Masjid 24 JPAN Pahang Zon 1 : Pertingkat Cabang Perniagaan Koperasi Sekolah 26 JPAN Pahang Zon 2 : Kembang Industri Ternakan Ikan Patin 28 JPAN Pahang Zon 3 : Jadikan Bentong Sebagai Hub Produk Hasilan Pertanian Koperasi 30 JPAN Terengganu : Jati Diri Koperasi Bentuk Identiti Anggota 32 JPAN Negeri Sembilan : 2020 Sasar Koperasi Lebih Maju Dalam Sektor 34 JPAN Pulau Pinang : ISTAC

22

21

23

32

Mampu Jadi Produk Pelancongan Bertaraf Antarabangsa Di Pulau Pinang

36 JPAN Sarawak : Prospek

Perniagaan Luas Untuk Koperasi Keluarga Di Sarawak 38 JPAN Perlis : 2020 Tahun Mesra Koperasi

42

37

2 PELANCAR Edisi Khas 2020

40 JPAN Melaka : Program BA 100 Bantu Koperasi Peruncitan Berdaya Saing 42 JPAN Johor : Projek Reban Ayam Tertutup Bantu Tingkat Perolehan Koperasi 44 JPAN Selangor : Peningkatan Perolehan Koperasi Sekolah Di Selangor Positif 46 JPAN Kedah : Sokong Produk Dan Perkhidmatan Koperasi Demi Pembangunan Bersama 48 JPAN Kelantan : Transformasi Digital Dalam Perniagaan Koperasi 50 JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : JPAN Sebagai Pemudahcara Kepada Koperasi 52 Program BA 100 : Pertingkat Prestasi Kedai Runcit Koperasi 56 Perubahan Dalam Kepimpinan Corak Kecemerlangan Koperasi 58 Laporan Taksiran Dan Kutipan Zakat Perniagaan Koperasi 2019

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman

Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz

53

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,

Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor Pemberita/ Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya,

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

@ANGKASACoop

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Edisi Khas 2020 PELANCAR

3

SEKAPUR SIRIH Datuk Nordin Salleh

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

B arisan kepimpinan koperasi yang dipilih melalui pemilihan bukan sahaja dianggap sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan dan keyakinan, malah menjadi nadi kepada harapan yang disandarkan oleh setiap anggota. Pemilihan pemimpin koperasi yang berlandaskan kepada tahap prestasi dan pencapaian sangat dituntut bagi memastikan konsistensi dalam tugas serta berupaya mencapai sasaran kerja seperti yang ditetapkan.

Di sinilah letaknya tanggungjawab kita sebagai perwakilan untuk menentukan, berbincang dan memberi penilaian yang seadil-adilnya terhadap pemimpin yang berpotensi berlandaskan kepada hak dan peranan kita selaku perwakilan. Namun kita juga perlu akui bahawa sebarang bentuk pertimbangan yang hendak diletak dan disandarkan ke bahu pemimpin tidak akan memberi kesan sekiranya setiap usaha yang mereka cuba jalankan tidak disokong dan dibantu. Semangat kerjasama yang sememangnya menjadi amalan berkoperasi haruslah bergerak seiring dan sepakat baik dari peringkat pemimpin sehinggalah anggota. Justeru, kerjasama dan hubungan yang baik sesama anggota dengan barisan kepimpinan koperasi amat perlu bagi membantu secara bersama merealisasikan matlamat dan pencapaian koperasi. Tingkatkan usaha dan cari jalan penyelesaian sekiranya terpaksa berhadapan dengan kekangan atau cabaran yang membataskan hala tuju sesebuah tadbir urus. Setiap warga koperasi juga harus memberi sokongan yang lebih padu terhadap produk dan perkhidmatan koperasi selain membantu mempromosikannya kepada masyarakat. Dengan cara ini, kita yakin koperasi akan dapat dimartabatkan sekali gus memberi impak kepada kekuatan dan kecemerlangan tadbir urus kepimpinan koperasi.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan. Mari kita bersama berdoa dan menaruh harapan, semoga gerakan koperasi di Malaysia akan terus melakar kejayaan dan mampu merekodkan pencapaian terbaik demi masa depan anggota, masyarakat dan negara. Terima kasih.

DATUK NORDIN BIN SALLEH

4

PELANCAR Edisi Khas

SEULAS PINANG Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Presiden ANGKASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

P ersidangan Negeri (PN) adalah lambang manifestasi kejayaan dan keupayaan ANGKASA sebagai sebuah badan Apeks untuk membantu melancarkan program pembangunan koperasi ahli di seluruh negara. Ia sejajar dengan falsafah perjuangan asal yang didorong oleh hasrat penubuhan badan gabungan induk sejak awal kemerdekaan tanahair bagi mencapai hasrat, pengiktirafan dan memperkasa perpaduan selain berusaha membantu mengatasi taraf ekonomi kehidupan anggota koperasi, terutamanya di luar bandar. Sehingga kini, pelbagai program pembangunan sektor koperasi terus digerakkan seiring dengan perkembangan sosioekonomi semasa selain diselaras dan dipertingkat secara lebih komprehensif dan menyeluruh. Transformasi ekonomi yang semakin pantas dan canggih telah banyak merubah rentak dan budaya berjual beli dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Transaksi kewangan bukan lagi hanya berorientasikan ‘ cash and carry’ tetapi boleh berlaku secara online di mana-mana sahaja serata dunia manakala premis jualan juga boleh berada serata lokasi kerana pendekatan promosi dan jualan boleh diuruskan secara maya tanpa memerlukan kehadiran pelanggan. Pendekatan yang digunapakai bukan sahaja kompleks dan berinovasi tinggi, malah jaringan perniagaan yang canggih, kos efektif dan memudahkan juga mampu mengurangkan pendekatan konvensional yang sedia ada dalam masa yang singkat. Justeru, PN merupakan sebuah platform yang membicarakan tentang pencapaian dan medan untuk memilih pucuk pimpinan di peringkat negeri. Kita harus melihatnya dalam konteks yang lebih luas dan manfaatkan pertemuan sehari itu dengan usul dan cadangan yang lebih inovatif. Kita juga harus bersama-sama mencari kata sepakat untuk membina transformasi ekonomi koperasi yang lebih signifikan dengan persekitaran ekonomi semasa dan mampu berdaya saing di pasaran. Selamat bersidang.

DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH

Edisi Khas PELANCAR

5

16 Lokasi JADUAL PERSIDANGA

Kedah

Perlis

11 April (Sabtu)

12 April (Ahad)

Kelantan

31 Mac (Selasa)

Terengganu

Pulau Pinang 18 Mac (Rabu)

01 April (Rabu)

Perak

Pahang Zon 1

17 Mac (Selasa)

10 Mac (Selasa)

Selangor

26 Mac (Khamis)

Pahang Zon 2 11 Mac (Rabu)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pahang Zon 3

01 Mac (Ahad)

12 Mac (Khamis)

Negeri Sembilan 04 Mac (Rabu)

Melaka

Johor

07 April (Selasa)

06 April (Isnin)

6

PELANCAR Edisi Khas

1 Mac - 18 April AN NEGERI (PN) 2020

Sarawak

21 Mac (Sabtu)

Sabah

18 April (Sabtu)

Edisi Khas PELANCAR

7

RENCANA

Peranan ALK dan Anggota BANTU TINGKAT EKONOMI KOPERASI Modul perniagaan yang baik hasil pengurusan yang cekap dan teratur merupakan misi yang perlu diteruskan dan diperjuangkan oleh setiap anggota demi menjayakan agenda ekonomi koperasi. Setiap kali menyebut tentang pelaksanaan dasar dan akta yang menjadi landasan ke arah kemakmuran perlu diteruskan bersama.

Pelbagai inisiatif baharu telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan melalui Dasar Keusahawnan Nasional (DKN) dalam usaha untuk terus memacu kecemerlangan menerusi pendekatan ekonomi sektor koperasi. Terdapat beberapa faktor dalam pengurusan koperasi yang masih tidak memberi penekanan terhadap konteks kefahaman nilai-nilai jati diri, falsafah dan prinsip koperasi kepada anggotanya. Apa yang disuarakan sebelum ini tentang hasrat dan tujuan asas keanggotaan koperasi mungkin kurang jelas dan hanya tertumpu kepada matlamat atau keuntungan jangka pendek yang melibatkan kepentingan peribadi. Justeru, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mempunyai peranan yang cukup besar dalam usaha untuk merubah paradigma pemikiran anggota terhadap budaya berkoperasi melalui elemen-elemen kesedaran selain pencerahan yang lebih jelas dan membina. Bersama Aktifkan Perniagaan Koperasi Usaha untuk meningkatkan keazaman bagi merubah tahap sosioekonomi sebenarnya memerlukan dorongan, panduan dan semangat yang kuat. ALK perlu memiliki kekuatan komunikasi yang mantap bagi membantu menyemai keyakinan tinggi kepada anggota bahawa koperasi

Oleh: DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA

8

Edisi Khas

PELANCAR

“MATLAMAT PEMBANGUNAN KOPERASI DALAM ERTIKATA SEBENAR ADALAH UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA ANGGOTANYA SELAIN MEMBANTU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT SETEMPAT. SELARAS DENGAN SASARAN YANG MAHU DICAPAI, TADBIR URUS, DASAR DAN UNDANG-UNDANG YANG DITETAPKAN TERHADAP KOPERASI SEBELUM INI PERLU SENTIASA DIPANTAU DAN DIBERI TUMPUAN SEBAGAI MOMENTUM KE ARAH TADBIR URUS KOPERASI YANG LEBIH BERKESAN”.

maklumat semasa perkembangan dan pencapaian koperasi itu gagal dipantau atau anggota itu sendiri yang tidak berminat untuk mengambil tahu. Matlamat pembangunan koperasi dalam ertikata sebenar adalah untuk memberi manfaat kepada anggotanya selain membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Selaras dengan sasaran yang mahu dicapai, tadbir urus, dasar dan undang-undang yang ditetapkan terhadap koperasi sebelum ini perlu sentiasa dipantau dan diberi tumpuan sebagai momentum ke arah tadbir urus koperasi yang lebih berkesan. Menerusinya juga, perancangan yang lebih teliti dan tersusun akan dapat dilakukan selain mengenal pasti mana- mana dasar yang dilihat tidak selari dengan matlamat perjuangan koperasi. Ia bagi memastikan sasaran pencapaian ekonomi koperasi sentiasa berada di landasan yang betul dan akhirnya berjaya dicapai. Saling Berpesan Dan Mengingati Bagi memastikan prestasi perniagaan koperasi mampu digerakkan secara lebih maksimum dan dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada anggotanya. Semua pihak perlu sentiasa saling berpesan dan mengingati antara satu sama lain dengan sentiasa mencari formula terbaik bagi membantu sektor koperasi untuk bergerak lebih berkesan dan memperoleh kecemerlangan seperti yang dihasratkan. Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha dengan keazaman yang lebih progresif agar kecemerlangan koperasi terus maju dan membuktikannya dengan kejayaan. Jadikan setiap anggota sebagai sebuah keluarga yang saling membantu dan berkongsi idea, ilmu, kepakaran, pengetahuan untuk manfaat bersama.

mampu untuk meningkatkan taraf sosioekonomi setiap anggotanya apabila setiap usaha yang dijalankan dapat digerakkan secara bersama. Banyak perkara yang boleh dibantu oleh anggota selain menyokong dengan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan koperasi sendiri. Antaranya adalah seperti membantu mempromosikan perniagaan koperasi melalui kempen-kempen iklan di media sosial dan secara langsung kepada masyarakat setempat. Ubah Corak Perbelanjaan Seharian Sektor perniagaan koperasi terutamanya yang berkait rapat dengan perniagaan runcit perlu disokong bagi membantu merancakkan aktiviti jualan sekaligus dapat meningkatkan kadar perolehan dan keuntungan koperasi. Usaha untuk menaik taraf segmen peruncitan dan pemborongan untuk 3,000 koperasi mikro melalui program Barang Asas 100 (BA 100) diharap dapat membantu koperasi yang terlibat menjual barangan pengguna dengan harga yang lebih kompetitif. Pendekatan ICT yang diterapkan melalui BA 100 mampu mewujudkan rangkaian niaga yang lebih maju dalam satu-satu masa. Kini koperasi tidak lagi sukar untuk mendapatkan harga terbaik bagi barangan pengguna kerana sistem tempahan secara online tersebut dapat mengelak daripada penggunaan orang tengah sekaligus mampu dijual dengan harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan khususnya anggota koperasi. Kelebihan tersebut boleh membantu ALK supaya terus giat menggalakkan anggotanya supaya mengubah stigma belian mereka yang sebelum ini yang hanya tertumpu di pasaraya atau gedung jualan umum kepada kedai koperasi. Tetapkan Sasaran Pencapaian Keazaman yang tinggi untuk mencetuskan semangat berkoperasi tidak akan mampu untuk terus bertahan sekiranya

Edisi Khas PELANCAR

9

RENCANA

TAHAP KEUSAHAWANAN KOPERASI PERLU

DIPERTINGKAT UNTUK CAPAI SASARAN PEROLEHAN RM60 BILION

Timbalan Presiden ANGKASA Dato’ Haji Kamarudin Ismail

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

T ahun 2018 menyaksikan Amerika Syarikat telah menduduki tangga teratas dalam Global Entrepreneurship Index , sekaligus menjadikan negara Uncle Sam itu sebagai negara paling ‘berkeusahawanan’, diikuti dengan Switzerland dan Kanada. » Penglibatan Dato’ Kamarudin yang mewakili Malaysia di peringkat global telah menjalinkan hubungan yang baik dengan koperasi antarabangsa melalui promosi produk dan perkhidmatan koperasi tempatan.

Indeks tersebut terhasil setelah melalui analisis dan permarkahan oleh setiap negara berdasarkan 14 komponen yang menghasilkan ekosistem keusahawanan seperti sokongan kewangan, inovasi produk dan perkhidmatan, penggunaan teknologi baharu, pengambilan risiko dan pendidikan keusahawanan. » Koperasi perlu memastikan strategi-strategi yang dirangka untuk meningkatkan perolehan selaras dengan keenam-enam teras strategik yang terkandung dalam DKN 2030.

10 PELANCAR Edisi Khas

Daripada 137 negara, Malaysia menduduki tempat ke-58 dengan proses inovasi (pengamalan teknologi baharu untuk meningkatkan fungsi perniagaan) dikenal pasti sebagai komponen terkuat dan penyerapan teknologi baharu dengan cepat dalam perniagaan sebagai komponen paling lemah. Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lalu juga dilihat mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan (entrepreneurial nation) yang unggul menjelang tahun 2030. Sektor Koperasi dikenal pasti sebagai pemain utama dalam menjayakan enam teras strategik yang telah digariskan oleh DKN untuk mencapai sasaran- sasaran jangka masa panjang dan sederhana antaranya adalah meningkatkan sumbangan perolehan koperasi kepada RM60 bilion menjelang 2030.

» Bakat keusahawanan generasi muda perlu diasah sejak mereka di peringkat sekolah menengah melalui aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh koperasi sekolah.

Sumber: Tahap Keusahawanan Dalam Gerakan Koperasi di Malaysia terbitan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Maktab Koperasi Malaysia (kini dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia)

Sumber: Tahap Keusahawanan Dalam Gerakan Koperasi di Malaysia terbitan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Maktab Koperasi Malaysia (kini dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia)

» Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Maktab Koperasi Malaysia pada tahun 2009, koperasi-koperasi yang berada pada tahap keusahawanan tinggi mempunyai skor yang tinggi pada angkubah-angkubah seperti keupayaan mengenal pasti dan merebut peluang, hala tuju, pengurusan berkesan dan kekecapan pengurusan sumber. Walau bagaimanapun, koperasi-koperasi yang berada pada tahap keusahawanan ini masih mendapat skor yang rendah untuk angkubah pengantarabangsaan. Berbeza dengan koperasi-koperasi yang berada tahap keusahawanan rendah, mereka mendapat skor yang rendah untuk hampir kesemua angkubah kecuali pengurusan berkesan.

Penjenamaan semula Kementerian Pembangunan Usahawan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 22 Januari 2020 juga menunjukkan bahawa sumbangan koperasi amat signifikan kepada perkembangan ekonomi negara.

Kajian tersebut juga telah menyenaraikan beberapa angkubah yang digunakan untuk mengukur tahap keusahawanan koperasi. Antaranya adalah seperti inovasi, penerapan budaya keusahawanan, pengurusan berkesan, keupayaan mengenal pasti peluang dan kecekapan pengurusan sumber.

Kerajaan yakin Malaysia mampu muncul sebagai negara keusahawanan jika sasaran- sasaran yang telah digariskan tercapai. Prestasi kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh koperasi mempunyai hubung kait yang rapat dengan tahap keusahawanan pertubuhan tersebut.

Berbeza dengan syarikat persendirian, segala bentuk perniagaan yang diusahakan oleh koperasi adalah untuk pembangunan

sosioekonomi anggota dan kesejahteraan masyarakat secara amnya. Maka tidak hairanlah kenapa koperasi boleh dikategorikan sebagai keusahawanan sosial yang merujuk kepada perniagaan yang bukan dijalankan semata-mata untuk mengejar keuntungan, tetapi juga bertujuan menyelesaikan masalah sosial, budaya atau alam sekitar.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Maktab Koperasi Malaysia (kini dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia) pada tahun 2009 telah mengenal pasti bahawa semakin tinggi tahap keusahawanan dalam sesebuah koperasi, semakin besar jumlah aset yang dimiliki.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama Presiden International Co-operative Alliance, Mr. Ariel Guarco.

Edisi Khas PELANCAR

11

RENCANA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTANAH / PERUMAHAN KOPERASI DI MALAYSIA Perspektif Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad

» Pengerusi KKHNB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menandatangani MoU memeterai jalinan kerjasama antara KKHNB dan CIDB

Tujuan Penubuhan Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHNB) adalah untuk menggabungkan semua koperasi yang menjalankan aktiviti Hartanah dan Industri Binaan bagi mewujudkan perkongsian, pengalaman dan kepakaran agar koperasi ahli dapat menjalankan aktiviti berkualiti yang tinggi dengan kos yang sepadan. Misi KKHNB adalah mengumpul dana untuk memajukan projek-projek koperasi dan mewujudkan rangkaian perniagaan sesama koperasi manakala visinya pula adalah untuk menggabungkan koperasi dalam bidang Hartanah dan Industri Binaan terunggul di Malaysia. P engurusan hartanah yang komprehensif datangnya daripada perancangan dan penelitian selain kekuatan modal serta kepakaran dalam kalangan setiap individu yang terlibat dalam sesebuah organisasi. Melihat kepada perspektif tersebut, Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHNB) ditubuhkan bagi memenuhi prinsip koperasi ke-6 dalam mewujudkan kerjasama antara gerakan koperasi di negara ini.

d a n Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

Keanggotaan koperasi terdiri daripada pengusaha yang menjalankan aktiviti Hartanah Industri Binaan dan semua koperasi yang berdaftar

12 PELANCAR Edisi Khas

Projek Kerjasama Dengan Pihak Luar • Modal kongsi atau pembiayaan • Sebagai pemaju atau kontraktor bersama kepada ahli • Konsultan dilantik dari kalangan ahli Projek Kerjasama Dengan Ahli • Modal Kongsi Atau Pembiayaan • Pemaju Atau Kontraktor Bersama atau Serah Pada Ahli • Konsultan dilantik dari kalangan ahli Peranan atau Aktiviti Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHNB) : • Perlantikan Pegawai Pembantu KKHNB mulai November 2019 • Pembentukan CoopHousing ASEAN Committee dan Asia Pacific • Konvensyen CoopHousing ASEAN dan Asia Pacific • Konvensyen Hartanah Kebangsaan Mesra Muslim Dan Patuh Syariah • Lawatan Benchmarking Hartanah di Singapura pada Februari 2020 dan lawatan Hartanah Syariah di Bandung pada Julai 2020. • Penerbitan Plan Cadangan Rumah atau Hartanah Mampu Milik Direktori Perunding Mesra Koperasi • Syor PIC Hartanah dan Industri Binaan atau setiap Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri. • Kempen anggota sasaran 100 – setiap ALK sasar lima anggota baru • Partnership untuk melaksanakan SDG 17 • Kukuhkan organisasi seperti memastikan setiap jawatankuasa kecil berfungsi secara berkesan • Memastikan laman web KKHNB berfungsi dengan lebih bermakna lagi dan interaktif • Perbincangan dengan bakal pemberi dana • Inventori keperluan perumahan untuk setiap ahli di peringkat negeri dan kebangsaan • Diskaun khas keterlibatan anggota dalam segala kegiatan KKHNB • Membantu membangunkan serta menguruskan hartanah setiap anggota jika diperlukan

di Malaysia. Yuran saham adalah sebanyak RM500 dan saham minimum sebanyak RM5,000. Objektif penubuhannya adalah untuk membolehkan koperasi yang terlibat dengan aktiviti Hartanah dan Industri Binaan disatukan dalam satu gabungan yang berskala besar bagi mempermudahkan urusan operasi dan pembangunan aktiviti hartanah. Hal ini bagi membolehkan konsortium membangunkan tanah-tanah milik koperasi yang terdapat di negara ini secara cekap dan mendatangkan pulangan kepada koperasi dan anggota. KKHNB dapat berperanan sebagai satu koperasi yang beroperasi untuk berurusan dengan agensi kerajaan dan menjadi satu medium untuk menyampaikan pandangan atau tuntutan ahli- ahli koperasi gabungan. Selain itu, KKHNB juga akan membolehkan penyelarasan dan kerjasama antara koperasi yang menjalankan aktiviti Hartanah dan Industri Binaan dapat dibentuk, selain mewujudkan dana besar bagi membolehkan koperasi mempunyai modal yang cukup untuk membangunkan aktiviti di koperasi masing-masing. KKHNB dapat membantu pengwujudan koperasi yang boleh menjadi pembekal bahan binaan kepada koperasi lain. Kelebihan tersebut akan dapat membantu memperkasa struktur operasi dan membolehkan tanah-tanah terbiar dan sukar dimajukan yang dimiliki oleh koperasi dapat diuruskan dengan baik serta berpeluang untuk membangunkan tanah anggota koperasi secara lebih efektif. Konsortium juga akan memastikan gerakan koperasi berupaya menambah aset hartanah dan bangunan milik koperasi di negara ini. Satu jawatankuasa dapat dibentuk dan bersama-sama membincangkan selain meneliti dan mengkaji perundangan yang menjadi penghalang kepada koperasi dalam melibatkan diri dengan lebih aktif dalam industri hartanah.

Projek-Projek KKHNB: • Urus Sendiri KKHNB • Kerjasama Dengan Ahli • Kerjasama Dengan Pihak Lain Urus Sendiri : • Modal Sendiri Atau Pembiayaan • Sebagai Pemaju Atau Kontraktor • Konsultan dari kalangan ahli

Alamat KKHNB : No.14-01, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-238 4457 Faks : 07-235 4584

“OBJEKTIF PENUBUHANNYA ADALAH UNTUK MEMBOLEHKAN KOPERASI YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI HARTANAH DAN INDUSTRI BINAAN DISATUKAN DALAM SATU GABUNGAN YANG BERSKALA BESAR BAGI MEMPERMUDAHKAN URUSAN OPERASI DAN PEMBANGUNAN AKTIVITI HARTANAH. HAL INI BAGI MEMBOLEHKAN KONSORTIUM MEMBANGUNKAN TANAH-TANAH MILIK KOPERASI YANG TERDAPAT DI NEGARA INI SECARA CEKAP DAN MENDATANGKAN PULANGAN KEPADA KOPERASI DAN ANGGOTA”.

Edisi Khas PELANCAR

13

RENCANA

INTEGRITI MAMPU TINGKAT PRESTASI KOPERASI

K amus Oxford telah mendefinisikan Integriti sebagai individu atau organisasi yang memiliki dan mengamalkan kualiti kejujuran dan prinsip-prinsip moral yang kukuh dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka. Integriti merupakan elemen yang paling penting dalam pengurusan yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Tanpa integriti, sesebuah organisasi akan terdedah dengan risiko yang tinggi seterusnya akan menyebabkan berlaku aktiviti-aktiviti rasuah yang merupakan antara punca utama kegagalan organisasi. Ia juga memainkan peranan penting terhadap persepsi masyarakat mengenai tadbir urus organisasi dan juga negara. INTEGRITI DAN PERSEPSI MASYARAKAT

Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus Dan Integriti Dr. Mohd. Azlan Yahya Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terhadap Malaysia semakin merosot sejak 2015. Pada tahun 2018 CPI negara kita berada pada kedudukan 61 daripada 180 negara. Malaysia mendapat skor 47 mata berbanding 52 mata pada tahun 2014. Menyedari hakikat ini, pada 29 Januari 2019, kerajaan baharu yang dipimpin oleh YAB Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti. NACP yang menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) akan memacu peningkatan ketelusan melalui penerapan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam semua sistem serta prosedur sama ada di sektor awam mahu pun swasta dan tidak terkecuali sektor koperasi.

14 PELANCAR Edisi Khas

Setelah satu tahun NACP dilancarkan dan usaha-usaha agresif kerajaan membanteras gejala rasuah telah memberi kesan yang amat baik terhadap persepsi masyarakat berkaitan amalan rasuah negara. CPI 2019 telah melonjak dengan ketara dan negara kita berada pada kedudukan ke-51 dengan mendapat skor 53 iaitu meningkat 10 anak tangga daripada tahun sebelumnya. INTEGRITI DAN KOPERASI Dalam konteks koperasi, tahap integriti sejak beberapa tahun kebelakangan ini agak membimbangkan. Ini dapat dilihat dengan kes-kes yang melibatkan rasuah dalam pengurusan koperasi seperti jadual berikut:

Statistik Kesalahan Rasuah Melibatkan Koperasi 2015-2019

Kes/Tahun

2015 2016 2017 2018 2019 Jumlah

Aduan

45

35

43

36

44

203

Kes Disiasat

3 2

3 1

5 1

6 6 3

9 2

26 12

Kes Ditangkap Kes Tuduh Di Mahkamah

-

-

-

-

3

Kes Sabit Kesalahan

-

1

-

3

-

4

Sumber : Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

INTEGRITI DAN PRESTASI Kajian empirikal oleh Paleza (2016) telah membuktikan bahawa terdapat hubungan positif antara amalan nilai-nilai integriti dan prestasi syarikat (Paleza et al 2016). Kajian ini menjelaskan bahawa syarikat yang melaksanakan program-program anti-rasuah dan mempunyai garis panduan etika yang kukuh dapat mengurangkan kos dan seterusnya meningkatkan prestasi kepada syarikat. Laporan International Cooperative Alliance (ICA) juga menunjukkan bahawa sumbangan koperasi kepada KDNK dalam kalangan negara-negara yang berintegriti tinggi (berdasarkan CPI) adalah lebih baik. Sebagai contoh New Zealand 20%, Denmark 18%, Perancis 18%, dan Finland 14% berbanding dengan negara-negara lain. Sebagai badan induk gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk meningkatkan tahap integriti serta menyokong dan merealisasikan usaha-usaha kerajaan bagi memerangi gejala rasuah terutamanya dalam sektor koperasi. Beberapa program yang telah dan akan dilaksanakan untuk tujuan tersebut antaranya iaitu: i. Memperoleh Pengiktirafan ISO 37001 : Anti Bribery Management System. ii. Memperoleh Pengiktirafan ISO 9001: 2015 Quality Management Standard. iii. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah bagi menganjurkan program-program anti rasuah dan integriti. iv. Bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi meningkatkan integriti koperasi membayar cukai. Matlamat program-program yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap integriti koperasi terutamanya dalam kalangan Anggota Lembaga dan pengurusan yang pasti hasilnya akan meningkatkan prestasi koperasi. Apabila tahap pengurusan koperasi bertambah baik dan keyakinan masyarakat semakin kukuh, sudah pasti prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial koperasi akan meningkat. Ini akan memudahkan lagi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat sejahtera.

Meskipun hanya empat kes yang disabitkan dengan kesalahan, sepanjang tempoh lima tahun, terdapat 208 aduan kes rasuah terhadap koperasi. Angka ini agak signifikan dan mungkin akan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap gerakan koperasi. Jika dibiarkan akan menghakis keyakinan masyarakat seterusnya penglibatan masyarakat untuk berkoperasi semakin berkurangan. Ini secara langsung akan menjejaskan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang disasarkan iaitu RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM100 bilion pada tahun 2030. PELAKSANAAN INTEGRITI Secara umumnya konsep integriti yang bersandarkan kepada nilai jujur, amanah dan kebertanggungjawaban boleh dilaksanakan melalui dua tahap iaitu tahap individu dan tahap organisasi. Tahap individu menjelaskan bagaimana setiap individu tak kira jawatan yang dipegang perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti iaitu: i. Mereka perlu selaraskan tindakan yang dibuat dengan prinsip moral, etika dan undang-undang. Walaupun tindakan yang dibuat dikatakan betul tetapi tidak mematuhi salah satu daripada ketiga-tiga prinsip tersebut, tindakan tersebut boleh ditakrifkan sebagai tidak berintegriti. ii. Mereka perlu selaraskan tindakan yang dibuat mestilah mengutamakan kepentingan umum atau organisasi daripada kepentingan peribadi. Konflik kepentingan peribadi sering dikaitkan dengan salah laku yang menyebabkan berlakunya rasuah. Manakala pada tahap organisasi, perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan sebagai dilihat dan mengamalkan konsep integriti iaitu: i. Pelaksanaan piagam pelanggan, kod etika, prosedur operasi standard (SOP), sistem kawalan dalaman, sistem pengurusan operasi dan sebagainya. ii. Pematuhan kepada amalan terbaik. iii. Penganjuran program anti rasuah.

Edisi Khas PELANCAR

15

RENCANA

PEMBIAYAAN MODAL PERNIAGAAN KOPERASI Faktor Yang Perlu Diberi Pertimbangan

“RANCANGAN UNTUK MEMULAKAN SESUATU PERNIAGAAN SELALUNYA DATANG BERSAMA PELAN DAN STRATEGI PELAKSANAANNYA SELAIN KAJIAN TERDAHULU TERHADAP POTENSI KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG. NAMUN FAKTOR MODAL BEGITU MEMPENGARUHI SAMA ADA MENJADI PEMACU ATAU PENGHALANG

DALAM USAHA UNTUK MEREALISASIKANNYA. ADAKAH CUKUP ATAU TERPAKSA MELAKUKAN PINJAMAN”.

Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa

K ita harus akui bahawa dalam usaha untuk membina sesuatu matlamat terutamanya yang melibatkan rancangan perniagaan berskala tinggi, kos yang perlu dilaburkan adalah besar dan mungkin tidak mampu untuk diperuntukkan ke atasnya.

Namun apabila dinilai kepada peluang yang ada, bersama dengan kepakaran yang dimiliki serta strategi pelaksanaan yang meyakinkan, maka keperluan terhadap pinjaman modal adalah wajar dan boleh disokong.

16 PELANCAR Edisi Khas

Fungsi sesebuah institusi kewangan termasuk koperasi yang menawarkan kemudahan kredit adalah untuk menawarkan kemudahan pinjaman dengan jaminan keuntungan yang menjadi teras kepada kelangsungan operasi perniagaan yang dijalankan. Berlandaskan kepada dokumen yang lengkap dan terperinci, ia akan memberi gambaran awal terhadap status perniagaan, keperluan dan ramalan terhadap hasil perniagaan. Dokumentasi yang lengkap juga boleh dijadikan sebagai ‘blueprint’ kepada koperasi dalam pelaksanaan operasi perniagaan.

» Gambar hiasan.

bagi membolehkan produk/servis yang ditawarkan itu berjaya di pasaran.

Kandungan asas sebuah dokumentasi yang baik lazimnya akan merangkumi beberapa elemen penting seperti berikut:

Keupayaan untuk memilih sumber pinjaman yang tepat juga mampu mempengaruhi kesan terhadap pinjaman yang ingin dibuat. Terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan pinjaman dengan skala faedah atau keuntungan selain terma bayaran semula yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, koperasi harus bijak menilai tahap kemampuan kewangannya dengan memilih institusi kewangan serta tawaran yang bersesuaian. Selain dapat meyakinkan perniagaan yang bakal dibentuk itu dapatdilaksanadenganlancardandisiapkanmengikutjadual.Koperasi juga perlu memberi jaminan bahawa bayaran balik pembiayaan tidak akan terbeban sekiranya berlaku masalah kesuntukan modal ekoran kerja yang masih tergendala atau terganggu. Koperasi juga pada masa yang sama perlu berupaya untuk meyakinkan institusi kewangan terhadap kestabilan aliran tunai yang ada. Tanpa jaminan tersebut, koperasi akan dianggap berisiko untuk menghadapi masalah kewangan dan mungkin terbeban dengan masalah tunggakan atau bebanan kerugian. Bagi memastikan dokumentasi yang disediakan berada di landasan yang betul dan selari, khidmat pakar bertauliah atau akauntan boleh digunakan. Khidmat kepakaran yang perlu ditagih bukan sahaja berkaitan dengan keupayaan kertas kerja yang meyakinkan, akauntan boleh memberi khidmat nasihat serta panduan yang sangat berguna tentang bagaimana wang yang bakal diperolehi itu nanti dibelanjakan secara telus bersama dengan rekod perbelanjaan yang betul. Berasaskan kepada dokumentasi yang lengkap dan terperinci, maka diharap dapat membantu meningkatkan lagi tahap keyakinan institusi kewangan dan peratus kelulusan pinjaman seperti yang ingin dipohon. Semoga sektor koperasi bertambah maju dan berjaya.

1. Ringkasan Eksekutif. 2. Deskripsi Koperasi. 3. Analisis Pemasaran dan Cadangan Model Perniagaan / Projek. 4. Status Program Pembangunan Semasa. 5. Tahap Pengeluaran / Perkhidmatan Sedia Ada. 6. Kekuatan Pengurusan Sumber Manusia. 7. Pelan Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman Koperasi. 8. Status dan Rancangan Pengurusan Kewangan. 9. Rancangan Pelaburan Jangka Pendek dan Jangka Panjang. 10. Ramalan Terhadap Potensi Projek. 11. Analisis Pelanggan. 12. Rancangan Pemasaran dan Jualan. Justeru, koperasi yang mahu mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan perniagaan perlu membuat analisis terhadap rancangan yang ingin dilaksanakan merangkumi unjuran modal dan keuntungan serta mengetahui skor kredit bagi dipertimbangkan sebelum kelulusan pembiayaan. Perkara tersebut adalah asas kepada tahap keupayaan untuk membayar balik pinjaman mengikut terma dan kemampuan membayar semula pinjaman mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan. Selain menilai skor kredit dan kekuatan aliran keluar masuk akaunsemasa,koperasijugaperlumemastikansetiaprekodpengaliran tersebut mempunyai asas yang meyakinkan dan tidak mempunyai sebarang keraguan atau kesalahan transaksi. Koperasi juga harus bersedia dengan beberapa aspek tambahan seperti menganalisis maklumat dan undang-undang berkaitan, mengenalpasti sasaran pasaran, membentuk objektif yang ingin dicapai dan seterusnya membentuk strategi-strategi yang bersesuaian untuk dilaksanakan

Edisi Khas PELANCAR

17

RENCANA

KEMENJADIAN INSAN KEPEMIMPINAN DALAM GERAKAN KOPERASI K ejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada banyak faktor. Antaranya ilmu pengalaman,

Bagi merealisasikan kemenjadian kepemimpinan dalam gerakan koperasi, kita mempunyai sumber modal insan yang berpotensi daripada platform koperasi berteraskan bidang pendidikan seperti koperasi sekolah, kolej, politeknik dan universiti. Penubuhan koperasi sekolah tercetus menerusi Persidangan Kerjasama Malaya 1953 hasil persetujuan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertanian pada era tersebut. Namun, hanya mula dilaksanakan pada tahun 1968, apabila Profesor Diraja Ungku A. Aziz membangkitkan semula idea penubuhan koperasi sekolah tersebut. Bagi merealisasikan usul tersebut dalam tahun 1968, sebanyak sembilan buah sekolah di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai perintis Gerakan Koperasi Sekolah. Antaranya Koperasi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Berhad, Pahang; Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Berhad, Terengganu dan Koperasi Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin Berhad, Perak. Kemudian ia dikembangkan di Sarawak dan Sabah pada tahun 1976. Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad menjadi koperasi sekolah pertama di Sarawak manakala Koperasi Sekolah Menengah Menggatal Berhad adalah koperasi sekolah pertama di Sabah. Daripada sembilan buah sekolah, koperasi telah berkembang pesat dan kini bilangannya telah mencapai 2,433 buah Koperasi Sekolah dengan keanggotaan seramai 1,603,293 orang, aset bernilai RM354 juta serta perolehan mencecah RM400 juta pada tahun lalu. (Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2019). kepakaran dalam sesuatu bidang dan gaya kepemimpinan berkesan yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Kepemimpinan yang cemerlang terhasil daripada pemimpin yang dinamik merangkumi sahsiah diri yang baik, minda yang sihat, bersikap positif, dan kebolehan untuk saling bekerjasama.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Naib Presiden ANGKASA

Kini koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum sekolah seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ternyata kewujudan koperasi sekolah memberi impak dalam memupuk bakat kepemimpinan, minat berkoperasi dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Mereka berpeluang untuk menimba pengalaman dalam mentadbir urus, menanam sifat keusahawan dan meningkatkan ciri kepemimpinan melalui aktiviti koperasi sekolah.

18 PELANCAR Edisi Khas

Koperasi bidang pendidikan tidak hanya terhad kepada koperasi sekolah semata-mata. Kesinambungan penglibatan pelajar lepasan sekolah dilanjutkan dengan proses mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Bagi peringkat pengajian tinggi, terdapat 82 buah koperasi universiti awam dan swasta termasuk koperasi siswa; 34 buah koperasi politeknik dan 76 buah koperasi kolej dengan jumlah keanggotaan 166,692 orang. (Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jun 2019). Penglibatan pelajar dalam koperasi siswa perlu dipertingkatkan serta dirancakkan lagi bagi memenuhi keperluan dan perkhidmatan dalam kampus masing-masing. Di samping itu, pelajar diberi peluang memperoleh pendapatan sampingan. Keadaan sedemikian boleh mengembangkan kreativti keusahawanan dalam perniagaan koperasi. Diharapkan melalui pengalaman yang diperoleh dan minat yang disemai di peringkat pengajian tinggi memungkinkan mereka menjadi koperator yang aktif dan inovatif apabila tamat pengajian. Di samping itu, dapat membantu memenuhi sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia menghasilkan ramai graduan menceburi bidang keusahawanan. Sehubungan itu, amat penting proses kesinambungan kemenjadian kepemimpinan koperasi perlu ada dari peringkat sekolah sehinggalah ke pengajian tinggi. Ternyata, kewujudan koperasi bidang kesedaran kepentingan sosioekonomi serta mengamalkan cara hidup muafakat dalam kalangan generasi muda. Keperluan penggerak koperasi daripada pelbagai disiplin ilmu hendaklah diperkasa sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan diharap dapat melahirkan pemimpin yang profesional dari pelbagai sektor dan minat berkoperasi bagi bersama-sama membantu meningkatkan sosioekonomi anggota dan masyarakat. pendidikan mampu menyemai ANGKASA menyedari koperasi bidang pendidikan merupakan platform asas latihan keusahawanan koperasi bagi melestari keupayaan modal insan dalam usaha kecemerlangan sektor koperasi pada masa depan serta menyumbang kepada kemakmuran negara.

» Gambar hiasan.

“Penglibatan pelajar dalam koperasi siswa perlu dipertingkatkan serta dirancakkan lagi bagi memenuhi keperluan dan perkhidmatan dalam kampus masing-masing. Di samping itu, pelajar diberi peluang memperoleh pendapatan sampingan. Keadaan sedemikian boleh mengembangkan kreativti keusahawanan dalam perniagaan koperasi. Diharapkan melalui pengalaman yang diperoleh dan minat yang disemai di peringkat pengajian tinggi memungkinkan mereka menjadi koperator yang aktif dan inovatif apabila tamat pengajian. Di samping itu, dapat membantu memenuhi sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia menghasilkan ramai graduan menceburi bidang keusahawanan. Sehubungan itu, amat penting proses kesinambungan kemenjadian kepemimpinan koperasi perlu ada dari peringkat sekolah sehinggalah ke pengajian tinggi.”

Edisi Khas PELANCAR

19

JPAN SABAH

» Bangunan JPAN Sabah yang beralamat di Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jalan Pantai Sembulan, 88582 Kota Kinabalu, Sabah.

Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh Pengerusi JPAN Sabah

TINGKAT KEAHLIAN

Menurutnya, pada tahun 2019, menyaksikan sebanyak 35 buah koperasi sahaja menganggotai JPAN ANGKASA.Hanya seramai lima orang pegawai kerja JPAN Sabah yang memandu sektor-sektor sedia ada. Oleh yang demikian ANGKASA Negeri juga bersama-sama berusaha untuk mencapai sasaran tersebut. Dari segi keahlian pula, JPAN telah berusaha bersunguh-sungguh hanya berupaya mencapai 15 peratus daripada 85 peratus sasaran keahlian dalam tahun 2019. Walau bagaimanapun, menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia, hampir 15 peratus koperasi yang dorman di negeri itu, tidak boleh mengadakan mesyuarat agung kerana akaun tidak dapat diaudit.Antara faktor koperasi tidak aktif,antaranya adalah kurang minat dan komitmen Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mahupun anggota. SKM juga berjanji untuk berkolaborasi dengan JPAN iaitu setiap koperasi baharu yang berdaftar akan didaftarkan sebagai Ahli ANGKASA dengan diberikan borang keahlian ANGKASA kepada koperasi baharu. JPAN Sabah merakamkan terima kasih kepada Pengarah SKM Sabah yang baharu iaitu Encik Kastian Haji Dula yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada JPAN. Kursus induksi untuk koperasi yang menganggotai ANGKASA turut diadakan untuk koperasi keusahawanan, perbankan, kakitangan, francais serta halal hub. Setiap program perlu dihadiri sekurang-kurangnya 30 orang peserta, supaya penceramah lebih fokus dan mudah berinteraksi. Berkaitan mengenai sasaran kerajaan iaitu RM60 bilion untuk KDNK,beliau mewakili JPAN Sabah juga berharap,agar koperasi-koperasi besar yang menjalankan aktiviti keusahawanan seperti KOPEKS,KOSAN, KOPUSAMAJU dan Koperasi Tanjung Keramat Berhad dapat memberi impak kepada statistik perolehan masing-masing. Sektor Perladangan dan Pertanian juga adalah fokus JPAN Sabah, terutama dalam bidang ternakan lembu dan kambing. Antara koperasi

P engerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh ketika ditemui di pejabat JPAN di Kota Kinabalu baru-baru ini memberitahu, bahawa isu keahlian yang juga KPI kepada setiap JPAN, adalah merupakan satu perkara yang mencabar. Pada tahun yang sama, keahlian ANGKASA Negeri adalah sebanyak 605 koperasi daripada 1400 koperasi yang berdaftar di negeri Sabah. ANGKASA telah mewujudkan lapan sektor untuk merealisasikan aspirasi kerajaan mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM60 bilion melalui sektor koperasi. Sektor-sektor tersebut adalah: i. Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan. ii. Sektor Perladangan. iii. Sektor Peruncitan dan Pemborongan. iv. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN & PELANCONGAN Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

v. Sektor Pertanian dan Industri Tani. vi. Sektor Pembangunan Hartanah. vii. Sektor Pembangunan Komuniti. viii. Sektor Inovasi dan Teknologi.

20 PELANCAR Edisi Khas

Senarai Program Anjuran JPAN Sabah Sepanjang 2019 Datuk Hajah Noraini berharap supaya barisan ALK JPAN Sabah melengkapkan diri dengan maklumat atau informasi mengenai koperasi agar lebih mantap dan berdaya maju dalam keadaan dunia yang semakin berubah dan mencabar. Kebanyakan kegiatan di daerah Semporna sehingga ke Sandakan pula tertumpu kepada bidang perladangan sawit, industri kecil dan sederhana (IKS) serta pelancongan. Sementara itu, di kawasan Ranau sehingga Keningau, lebih fokus kepada bidang peruncitan, manakala, bandar Kota Kinabalu kebanyakan kegiatan tertumpu pada kegiatan kredit. Harapan Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh adalah lebih banyak koperasi akan ditubuhkan,agar dapat bergerak dengan lebih maju seiring dengan koperasi-koperasi di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. yang menternak biri-biri dan lembu ialah Koperasi Bersatu Kampung Suasa Berhad, Beaufort, Sabah. Sektor Pelancongan dan Perladangan serta pertanian merupakan antara sektor yang bergerak aktif di Sabah. Justeru, koperasi yang mempunyai homestay amat digalakkan menjadi rakan strategik coopstay, antaranya ialah Koperasi Kundasang Berhad.

Namun, pencapaian JPAN Sabah amat terserlah dalam kegiatan kutipan balik melalui sistem potongan gaji ANGKASA, di mana telah berjaya membuat kutipan tertinggi di seluruh Malaysia.

» Anggota koperasi berurusan dengan kakitangan JPAN Sabah berkaitan Sistem Potongan Gaji ANGKASA.

» Presiden ANGKASA bergambar bersama tenaga pengajar Program Koopistik SEMESTA (PKS).

Bil.

Aktiviti

1. Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sabah 2. Bengkel Pembangunan Kemahiran Koperator Wanita Dalam Industri Kraftangan 3. Kursus Peruncitan Koperasi 4. Program Pemerkasaan Jaringan SPDDK Negeri Sabah Dan Potensi Perniagaan Pelancongan 'Community Base Tourism' 5. Bengkel Potensi Perniagaan 'Community Base Tourism' 6. Bengkel Pengenalan Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA (SPBA) 7. Bengkel Pemprosesan Makanan Sejuk Beku 8. Bengkel Pensijilan Halal Produk Koperasi 9. Bengkel Pengendalian TASKA 10. Bengkel Bun Dan Pastri 11. Bengkel Kecantikan Dan Jati Diri Koperator Wanita

12. Program Pemerkasaan Dan Pemantapan Produk - Produk Kewangan (Zon Sabah) 13. Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi Negeri Sabah Tahun 2019 14. Program Dialog Pengetua Negeri Sabah 2019 (Pengurusan / Kewangan Dan Pembangunan Perniagaan) 15. Persidangan ANGKASA Negeri Sabah 2019 16. Program Pengukuhan Dan Pemantapan Koperasi Kredit 2019 17. Bengkel E- Usahawan Koperasi 18. Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Kedah & Negeri Selangor 2019 19. Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Wilayah Persekutuan & Negeri Pulau Pinang 2019 20. Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Kelantan 2019 » Ahli JPAN Sabah 2020.

21. Bengkel Pemadanan Perniagaan Koperasi Rukun Tetangga 22. Bengkel Pemerkasaan Perniagaan Koperasi Anjuran ANGKASA 23. Bengkel Ransangan Modal Sektor Koperasi (Zon Sabah) 24. Bengkel Pembangunan Pendidikan Zakat Dalam Ekonomi Koperasi 25. Program Coop Harmony Work Tour 2019 Sabah - Sarawak

Edisi Khas PELANCAR

21

JPAN PERAK

MEMPERKASA PEMBANGUNAN KOPERASI KARIAH MASJID » Bangunan JPAN Perak yang beralamat di No. 24 A & 26 A, Jalan Bestari B2, Medan Meru Bestari (Zon 5) Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

Haji Mohd Rosli Haji Basri Pengerusi JPAN Perak

KKM mengadakan tiga lawatan ke KKM As Salam Puchong Perdana Berhad dan KKM Qaryah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad di bawah anjuran JPAN Perak, supaya anggota koperasi berpeluang menyaksikan secara langsung.Tujuan lawatan tersebut untuk melihat bagaimana KKM beroperasi menjalankan kegiatan koperasi masing-masing. Walau bagaimanapun, KKM berpotensi untuk aktif sekiranya, mendapat sambutan dari kariah kawasan itu sendiri,terutama di bandar- bandar.Ia juga merupakan satu cabaran kepada KKM,apabila kebanyakan Anggota Lembaga Koperasinya (ALK) terdiri daripada warga emas, yang memerlukan lebih ramai pelapis muda bagi mendorong aktiviti koperasi dengan penuh kesungguhan. KKM Ar Rashidiah Selama Perak Berhad yang mempunyai dua kedai runcit desa adalah antara yang terbaik.Sementara itu,KKM Tun Keledang Jaya Berhad pula berjaya dengan kedai basuh keretanya, manakala, KKM Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad boleh berbangga dengan perniagaan kedai dobi dan kedai basuh kereta. Persaingan yang hebat turut dihadapi oleh KKM yang berhampiran dengan bandar, di mana banyak promosi perlu dibuat dan memerlukan penyeliaan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dalam bidang peruncitan pula, ALK perlu bekerjasama dengan pihak Pejabat Agama Islam supaya bidang tersebut dapat dimajukan dengan cemerlang.

» Car Wash Milik Koperasi Kariah Masjid Taman Keledang Jaya Kinta Berhad

B ercakap mengenai Koperasi Kariah Masjid (KKM) di Negeri Perak, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN), Haji Mohd Rosli Haji Basri berkata, terdapat beberapa KKM yang masih perlu dibantu untuk berkembang maju di negeri itu.

22 PELANCAR Edisi Khas

Ahli Jawatankuasa Masjid dan ALK yang kerap bertukar ganti, turut memberi impak pada kelancaran perjalanan koperasi. Ini kerana Pejabat Agama Islam akan melantik Ahli Jawatankuasa yang baru untuk masjid kariah tersebut,manakala,Ahli Lembaga KKM dilantik oleh anggota KKM. Apabila sesebuah Mesyuarat Agung Permulaan KKM diluluskan, ANGKASA akan memberi taklimat bagi meningkatkan kefahaman anggota dan memastikan sistem kewangan berjalan lancar. Penubuhan awal KKM adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi umat Islam setempat. ANGKASA sendiri membantu dalam menggerakkan KKM dengan memberi peruntukan sebanyak RM500 untuk mesyuarat permulaan KKM. Bagi meningkatkan kefahaman ahli kariah koperasi, lebih 45 buah KKM di Negeri Perak telah menjalani Bengkel Pemerkasaan yang diadakan oleh pihak ANGKASA. Harapan Haji Mohd Rosli Haji Basri, agar ANGKASA dapat mewujudkan modul khas untuk memperkasaan KKM yang turut melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri itu. Sokongan juga perlu diperoleh daripada KKM dengan memaklumkan kepada ahli,mengenai objektif,misi dan visi pelaksanaan KKM,selain ahli perlu memberi sokongan dengan pembelian barangan koperasi serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti koperasi dari semasa ke semasa.

Bagi perancangan tahun 2020, JPAN Perak akan menjalankan aktiviti bersama ANGKASA Pusat dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, akan fokus kepada projek jagung bijian, tanaman nanas dan juga ternakan lembu.

» Car Wash Koperasi Kariah Masjid Taman Keledang Jaya Kinta Berhad

Senarai Program Anjuran JPAN Perak Sepanjang 2019

Bil.

Aktiviti 1. Taklimat Sektor Perkhidmatan Kewangan - ‘Pelaburan Dan Pembiayaan Kepada Koperasi’ 2. Kursus Induksi Koperasi Ahli Baru ANGKASA Negeri Perak 3. Bengkel Projek Berkelompok Coop Qurban 2019 4. Majlis Dialog Pengetua-Pengetua Negeri Koperasi Sekolah Negeri Perak

5. Bengkel Lembu Qurban ANGKASA Negeri 6. Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA 2019

7. Program Penyelarasan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Perak 8. Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi Negeri Perak

9. Majlis Penyerahan Zakat Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 10. Majlis Berbuka Puasa JPAN Perak Bersama Koperasi Kariah Masjid Al-Ridzuan Parit Buntar Perak Berhad 11. Majlis Berbuka Puasa JPAN Perak Bersama Anak-Anak Yatim Asrama Anak-Anak Yatim Soleha, Kampung Air Papan Tanjung Tualang Perak 12. Kejohanan Petanq Koperasi Dewasa Peringkat Negeri Perak 13. Bengkel E-Usahawan Koperasi 2019 14. Konvensyen YESS Peringkat Negeri Perak 15. Bengkel Pematuhan Syariah & Pra Pengesahan Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA) 2019 16. Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Perak 2019 17. Seminar Sektor Peruncitan & Pemborongan – “Pengembangan Dan Pengedaran Produk Halalan Toyyiban Dalam Gerakan Koperasi” 18. Seminar Sektor Peruncitan & Pemborongan – “Kepelbagaian Produk Dan Pembangunan Kiosk Koperasi Sekolah” 19. Kursus Pembangunan CoopSpa Dan Lawatan Penanda Aras Pusat Dialisis” Peringkat Negeri Perak 2019 ke Koperasi Kecantikan Dan Spa Terengganu, Kuala Terengganu & Pusat Dialisis MyANGKASA di Pahang Zon 2 20. Bengkel Inovasi Keusahawanan Koperasi Peringkat Negeri Perak 21. Taklimat Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Sektor Komuniti Peringkat Negeri Perak 2019

Edisi Khas PELANCAR

23

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease