RENCANA
Peranan ALK dan Anggota BANTU TINGKAT EKONOMI KOPERASI Modul perniagaan yang baik hasil pengurusan yang cekap dan teratur merupakan misi yang perlu diteruskan dan diperjuangkan oleh setiap anggota demi menjayakan agenda ekonomi koperasi. Setiap kali menyebut tentang pelaksanaan dasar dan akta yang menjadi landasan ke arah kemakmuran perlu diteruskan bersama.
Pelbagai inisiatif baharu telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan melalui Dasar Keusahawnan Nasional (DKN) dalam usaha untuk terus memacu kecemerlangan menerusi pendekatan ekonomi sektor koperasi. Terdapat beberapa faktor dalam pengurusan koperasi yang masih tidak memberi penekanan terhadap konteks kefahaman nilai-nilai jati diri, falsafah dan prinsip koperasi kepada anggotanya. Apa yang disuarakan sebelum ini tentang hasrat dan tujuan asas keanggotaan koperasi mungkin kurang jelas dan hanya tertumpu kepada matlamat atau keuntungan jangka pendek yang melibatkan kepentingan peribadi. Justeru, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mempunyai peranan yang cukup besar dalam usaha untuk merubah paradigma pemikiran anggota terhadap budaya berkoperasi melalui elemen-elemen kesedaran selain pencerahan yang lebih jelas dan membina. Bersama Aktifkan Perniagaan Koperasi Usaha untuk meningkatkan keazaman bagi merubah tahap sosioekonomi sebenarnya memerlukan dorongan, panduan dan semangat yang kuat. ALK perlu memiliki kekuatan komunikasi yang mantap bagi membantu menyemai keyakinan tinggi kepada anggota bahawa koperasi
Oleh: DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA
8
Edisi Khas
PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease