WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

“MATLAMAT PEMBANGUNAN KOPERASI DALAM ERTIKATA SEBENAR ADALAH UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA ANGGOTANYA SELAIN MEMBANTU MENINGKATKAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT SETEMPAT. SELARAS DENGAN SASARAN YANG MAHU DICAPAI, TADBIR URUS, DASAR DAN UNDANG-UNDANG YANG DITETAPKAN TERHADAP KOPERASI SEBELUM INI PERLU SENTIASA DIPANTAU DAN DIBERI TUMPUAN SEBAGAI MOMENTUM KE ARAH TADBIR URUS KOPERASI YANG LEBIH BERKESAN”.

maklumat semasa perkembangan dan pencapaian koperasi itu gagal dipantau atau anggota itu sendiri yang tidak berminat untuk mengambil tahu. Matlamat pembangunan koperasi dalam ertikata sebenar adalah untuk memberi manfaat kepada anggotanya selain membantu meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Selaras dengan sasaran yang mahu dicapai, tadbir urus, dasar dan undang-undang yang ditetapkan terhadap koperasi sebelum ini perlu sentiasa dipantau dan diberi tumpuan sebagai momentum ke arah tadbir urus koperasi yang lebih berkesan. Menerusinya juga, perancangan yang lebih teliti dan tersusun akan dapat dilakukan selain mengenal pasti mana- mana dasar yang dilihat tidak selari dengan matlamat perjuangan koperasi. Ia bagi memastikan sasaran pencapaian ekonomi koperasi sentiasa berada di landasan yang betul dan akhirnya berjaya dicapai. Saling Berpesan Dan Mengingati Bagi memastikan prestasi perniagaan koperasi mampu digerakkan secara lebih maksimum dan dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada anggotanya. Semua pihak perlu sentiasa saling berpesan dan mengingati antara satu sama lain dengan sentiasa mencari formula terbaik bagi membantu sektor koperasi untuk bergerak lebih berkesan dan memperoleh kecemerlangan seperti yang dihasratkan. Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha dengan keazaman yang lebih progresif agar kecemerlangan koperasi terus maju dan membuktikannya dengan kejayaan. Jadikan setiap anggota sebagai sebuah keluarga yang saling membantu dan berkongsi idea, ilmu, kepakaran, pengetahuan untuk manfaat bersama.

mampu untuk meningkatkan taraf sosioekonomi setiap anggotanya apabila setiap usaha yang dijalankan dapat digerakkan secara bersama. Banyak perkara yang boleh dibantu oleh anggota selain menyokong dengan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan koperasi sendiri. Antaranya adalah seperti membantu mempromosikan perniagaan koperasi melalui kempen-kempen iklan di media sosial dan secara langsung kepada masyarakat setempat. Ubah Corak Perbelanjaan Seharian Sektor perniagaan koperasi terutamanya yang berkait rapat dengan perniagaan runcit perlu disokong bagi membantu merancakkan aktiviti jualan sekaligus dapat meningkatkan kadar perolehan dan keuntungan koperasi. Usaha untuk menaik taraf segmen peruncitan dan pemborongan untuk 3,000 koperasi mikro melalui program Barang Asas 100 (BA 100) diharap dapat membantu koperasi yang terlibat menjual barangan pengguna dengan harga yang lebih kompetitif. Pendekatan ICT yang diterapkan melalui BA 100 mampu mewujudkan rangkaian niaga yang lebih maju dalam satu-satu masa. Kini koperasi tidak lagi sukar untuk mendapatkan harga terbaik bagi barangan pengguna kerana sistem tempahan secara online tersebut dapat mengelak daripada penggunaan orang tengah sekaligus mampu dijual dengan harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan khususnya anggota koperasi. Kelebihan tersebut boleh membantu ALK supaya terus giat menggalakkan anggotanya supaya mengubah stigma belian mereka yang sebelum ini yang hanya tertumpu di pasaraya atau gedung jualan umum kepada kedai koperasi. Tetapkan Sasaran Pencapaian Keazaman yang tinggi untuk mencetuskan semangat berkoperasi tidak akan mampu untuk terus bertahan sekiranya

Edisi Khas PELANCAR

9

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease