Daripada 137 negara, Malaysia menduduki tempat ke-58 dengan proses inovasi (pengamalan teknologi baharu untuk meningkatkan fungsi perniagaan) dikenal pasti sebagai komponen terkuat dan penyerapan teknologi baharu dengan cepat dalam perniagaan sebagai komponen paling lemah. Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lalu juga dilihat mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan (entrepreneurial nation) yang unggul menjelang tahun 2030. Sektor Koperasi dikenal pasti sebagai pemain utama dalam menjayakan enam teras strategik yang telah digariskan oleh DKN untuk mencapai sasaran- sasaran jangka masa panjang dan sederhana antaranya adalah meningkatkan sumbangan perolehan koperasi kepada RM60 bilion menjelang 2030.
» Bakat keusahawanan generasi muda perlu diasah sejak mereka di peringkat sekolah menengah melalui aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh koperasi sekolah.
Sumber: Tahap Keusahawanan Dalam Gerakan Koperasi di Malaysia terbitan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Maktab Koperasi Malaysia (kini dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia)
Sumber: Tahap Keusahawanan Dalam Gerakan Koperasi di Malaysia terbitan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Maktab Koperasi Malaysia (kini dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia)
» Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Maktab Koperasi Malaysia pada tahun 2009, koperasi-koperasi yang berada pada tahap keusahawanan tinggi mempunyai skor yang tinggi pada angkubah-angkubah seperti keupayaan mengenal pasti dan merebut peluang, hala tuju, pengurusan berkesan dan kekecapan pengurusan sumber. Walau bagaimanapun, koperasi-koperasi yang berada pada tahap keusahawanan ini masih mendapat skor yang rendah untuk angkubah pengantarabangsaan. Berbeza dengan koperasi-koperasi yang berada tahap keusahawanan rendah, mereka mendapat skor yang rendah untuk hampir kesemua angkubah kecuali pengurusan berkesan.
Penjenamaan semula Kementerian Pembangunan Usahawan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 22 Januari 2020 juga menunjukkan bahawa sumbangan koperasi amat signifikan kepada perkembangan ekonomi negara.
Kajian tersebut juga telah menyenaraikan beberapa angkubah yang digunakan untuk mengukur tahap keusahawanan koperasi. Antaranya adalah seperti inovasi, penerapan budaya keusahawanan, pengurusan berkesan, keupayaan mengenal pasti peluang dan kecekapan pengurusan sumber.
Kerajaan yakin Malaysia mampu muncul sebagai negara keusahawanan jika sasaran- sasaran yang telah digariskan tercapai. Prestasi kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh koperasi mempunyai hubung kait yang rapat dengan tahap keusahawanan pertubuhan tersebut.
Berbeza dengan syarikat persendirian, segala bentuk perniagaan yang diusahakan oleh koperasi adalah untuk pembangunan
sosioekonomi anggota dan kesejahteraan masyarakat secara amnya. Maka tidak hairanlah kenapa koperasi boleh dikategorikan sebagai keusahawanan sosial yang merujuk kepada perniagaan yang bukan dijalankan semata-mata untuk mengejar keuntungan, tetapi juga bertujuan menyelesaikan masalah sosial, budaya atau alam sekitar.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Maktab Koperasi Malaysia (kini dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia) pada tahun 2009 telah mengenal pasti bahawa semakin tinggi tahap keusahawanan dalam sesebuah koperasi, semakin besar jumlah aset yang dimiliki.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama Presiden International Co-operative Alliance, Mr. Ariel Guarco.
Edisi Khas PELANCAR
11
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease