WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

RENCANA

INTEGRITI MAMPU TINGKAT PRESTASI KOPERASI

K amus Oxford telah mendefinisikan Integriti sebagai individu atau organisasi yang memiliki dan mengamalkan kualiti kejujuran dan prinsip-prinsip moral yang kukuh dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka. Integriti merupakan elemen yang paling penting dalam pengurusan yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Tanpa integriti, sesebuah organisasi akan terdedah dengan risiko yang tinggi seterusnya akan menyebabkan berlaku aktiviti-aktiviti rasuah yang merupakan antara punca utama kegagalan organisasi. Ia juga memainkan peranan penting terhadap persepsi masyarakat mengenai tadbir urus organisasi dan juga negara. INTEGRITI DAN PERSEPSI MASYARAKAT

Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus Dan Integriti Dr. Mohd. Azlan Yahya Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terhadap Malaysia semakin merosot sejak 2015. Pada tahun 2018 CPI negara kita berada pada kedudukan 61 daripada 180 negara. Malaysia mendapat skor 47 mata berbanding 52 mata pada tahun 2014. Menyedari hakikat ini, pada 29 Januari 2019, kerajaan baharu yang dipimpin oleh YAB Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti. NACP yang menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) akan memacu peningkatan ketelusan melalui penerapan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam semua sistem serta prosedur sama ada di sektor awam mahu pun swasta dan tidak terkecuali sektor koperasi.

14 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease