WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

Setelah satu tahun NACP dilancarkan dan usaha-usaha agresif kerajaan membanteras gejala rasuah telah memberi kesan yang amat baik terhadap persepsi masyarakat berkaitan amalan rasuah negara. CPI 2019 telah melonjak dengan ketara dan negara kita berada pada kedudukan ke-51 dengan mendapat skor 53 iaitu meningkat 10 anak tangga daripada tahun sebelumnya. INTEGRITI DAN KOPERASI Dalam konteks koperasi, tahap integriti sejak beberapa tahun kebelakangan ini agak membimbangkan. Ini dapat dilihat dengan kes-kes yang melibatkan rasuah dalam pengurusan koperasi seperti jadual berikut:

Statistik Kesalahan Rasuah Melibatkan Koperasi 2015-2019

Kes/Tahun

2015 2016 2017 2018 2019 Jumlah

Aduan

45

35

43

36

44

203

Kes Disiasat

3 2

3 1

5 1

6 6 3

9 2

26 12

Kes Ditangkap Kes Tuduh Di Mahkamah

-

-

-

-

3

Kes Sabit Kesalahan

-

1

-

3

-

4

Sumber : Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

INTEGRITI DAN PRESTASI Kajian empirikal oleh Paleza (2016) telah membuktikan bahawa terdapat hubungan positif antara amalan nilai-nilai integriti dan prestasi syarikat (Paleza et al 2016). Kajian ini menjelaskan bahawa syarikat yang melaksanakan program-program anti-rasuah dan mempunyai garis panduan etika yang kukuh dapat mengurangkan kos dan seterusnya meningkatkan prestasi kepada syarikat. Laporan International Cooperative Alliance (ICA) juga menunjukkan bahawa sumbangan koperasi kepada KDNK dalam kalangan negara-negara yang berintegriti tinggi (berdasarkan CPI) adalah lebih baik. Sebagai contoh New Zealand 20%, Denmark 18%, Perancis 18%, dan Finland 14% berbanding dengan negara-negara lain. Sebagai badan induk gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk meningkatkan tahap integriti serta menyokong dan merealisasikan usaha-usaha kerajaan bagi memerangi gejala rasuah terutamanya dalam sektor koperasi. Beberapa program yang telah dan akan dilaksanakan untuk tujuan tersebut antaranya iaitu: i. Memperoleh Pengiktirafan ISO 37001 : Anti Bribery Management System. ii. Memperoleh Pengiktirafan ISO 9001: 2015 Quality Management Standard. iii. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah bagi menganjurkan program-program anti rasuah dan integriti. iv. Bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi meningkatkan integriti koperasi membayar cukai. Matlamat program-program yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap integriti koperasi terutamanya dalam kalangan Anggota Lembaga dan pengurusan yang pasti hasilnya akan meningkatkan prestasi koperasi. Apabila tahap pengurusan koperasi bertambah baik dan keyakinan masyarakat semakin kukuh, sudah pasti prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial koperasi akan meningkat. Ini akan memudahkan lagi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat sejahtera.

Meskipun hanya empat kes yang disabitkan dengan kesalahan, sepanjang tempoh lima tahun, terdapat 208 aduan kes rasuah terhadap koperasi. Angka ini agak signifikan dan mungkin akan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap gerakan koperasi. Jika dibiarkan akan menghakis keyakinan masyarakat seterusnya penglibatan masyarakat untuk berkoperasi semakin berkurangan. Ini secara langsung akan menjejaskan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang disasarkan iaitu RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM100 bilion pada tahun 2030. PELAKSANAAN INTEGRITI Secara umumnya konsep integriti yang bersandarkan kepada nilai jujur, amanah dan kebertanggungjawaban boleh dilaksanakan melalui dua tahap iaitu tahap individu dan tahap organisasi. Tahap individu menjelaskan bagaimana setiap individu tak kira jawatan yang dipegang perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti iaitu: i. Mereka perlu selaraskan tindakan yang dibuat dengan prinsip moral, etika dan undang-undang. Walaupun tindakan yang dibuat dikatakan betul tetapi tidak mematuhi salah satu daripada ketiga-tiga prinsip tersebut, tindakan tersebut boleh ditakrifkan sebagai tidak berintegriti. ii. Mereka perlu selaraskan tindakan yang dibuat mestilah mengutamakan kepentingan umum atau organisasi daripada kepentingan peribadi. Konflik kepentingan peribadi sering dikaitkan dengan salah laku yang menyebabkan berlakunya rasuah. Manakala pada tahap organisasi, perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan sebagai dilihat dan mengamalkan konsep integriti iaitu: i. Pelaksanaan piagam pelanggan, kod etika, prosedur operasi standard (SOP), sistem kawalan dalaman, sistem pengurusan operasi dan sebagainya. ii. Pematuhan kepada amalan terbaik. iii. Penganjuran program anti rasuah.

Edisi Khas PELANCAR

15

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease