WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

RENCANA

PEMBIAYAAN MODAL PERNIAGAAN KOPERASI Faktor Yang Perlu Diberi Pertimbangan

“RANCANGAN UNTUK MEMULAKAN SESUATU PERNIAGAAN SELALUNYA DATANG BERSAMA PELAN DAN STRATEGI PELAKSANAANNYA SELAIN KAJIAN TERDAHULU TERHADAP POTENSI KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG. NAMUN FAKTOR MODAL BEGITU MEMPENGARUHI SAMA ADA MENJADI PEMACU ATAU PENGHALANG

DALAM USAHA UNTUK MEREALISASIKANNYA. ADAKAH CUKUP ATAU TERPAKSA MELAKUKAN PINJAMAN”.

Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa

K ita harus akui bahawa dalam usaha untuk membina sesuatu matlamat terutamanya yang melibatkan rancangan perniagaan berskala tinggi, kos yang perlu dilaburkan adalah besar dan mungkin tidak mampu untuk diperuntukkan ke atasnya.

Namun apabila dinilai kepada peluang yang ada, bersama dengan kepakaran yang dimiliki serta strategi pelaksanaan yang meyakinkan, maka keperluan terhadap pinjaman modal adalah wajar dan boleh disokong.

16 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease