Fungsi sesebuah institusi kewangan termasuk koperasi yang menawarkan kemudahan kredit adalah untuk menawarkan kemudahan pinjaman dengan jaminan keuntungan yang menjadi teras kepada kelangsungan operasi perniagaan yang dijalankan. Berlandaskan kepada dokumen yang lengkap dan terperinci, ia akan memberi gambaran awal terhadap status perniagaan, keperluan dan ramalan terhadap hasil perniagaan. Dokumentasi yang lengkap juga boleh dijadikan sebagai ‘blueprint’ kepada koperasi dalam pelaksanaan operasi perniagaan.
» Gambar hiasan.
bagi membolehkan produk/servis yang ditawarkan itu berjaya di pasaran.
Kandungan asas sebuah dokumentasi yang baik lazimnya akan merangkumi beberapa elemen penting seperti berikut:
Keupayaan untuk memilih sumber pinjaman yang tepat juga mampu mempengaruhi kesan terhadap pinjaman yang ingin dibuat. Terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan pinjaman dengan skala faedah atau keuntungan selain terma bayaran semula yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, koperasi harus bijak menilai tahap kemampuan kewangannya dengan memilih institusi kewangan serta tawaran yang bersesuaian. Selain dapat meyakinkan perniagaan yang bakal dibentuk itu dapatdilaksanadenganlancardandisiapkanmengikutjadual.Koperasi juga perlu memberi jaminan bahawa bayaran balik pembiayaan tidak akan terbeban sekiranya berlaku masalah kesuntukan modal ekoran kerja yang masih tergendala atau terganggu. Koperasi juga pada masa yang sama perlu berupaya untuk meyakinkan institusi kewangan terhadap kestabilan aliran tunai yang ada. Tanpa jaminan tersebut, koperasi akan dianggap berisiko untuk menghadapi masalah kewangan dan mungkin terbeban dengan masalah tunggakan atau bebanan kerugian. Bagi memastikan dokumentasi yang disediakan berada di landasan yang betul dan selari, khidmat pakar bertauliah atau akauntan boleh digunakan. Khidmat kepakaran yang perlu ditagih bukan sahaja berkaitan dengan keupayaan kertas kerja yang meyakinkan, akauntan boleh memberi khidmat nasihat serta panduan yang sangat berguna tentang bagaimana wang yang bakal diperolehi itu nanti dibelanjakan secara telus bersama dengan rekod perbelanjaan yang betul. Berasaskan kepada dokumentasi yang lengkap dan terperinci, maka diharap dapat membantu meningkatkan lagi tahap keyakinan institusi kewangan dan peratus kelulusan pinjaman seperti yang ingin dipohon. Semoga sektor koperasi bertambah maju dan berjaya.
1. Ringkasan Eksekutif. 2. Deskripsi Koperasi. 3. Analisis Pemasaran dan Cadangan Model Perniagaan / Projek. 4. Status Program Pembangunan Semasa. 5. Tahap Pengeluaran / Perkhidmatan Sedia Ada. 6. Kekuatan Pengurusan Sumber Manusia. 7. Pelan Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman Koperasi. 8. Status dan Rancangan Pengurusan Kewangan. 9. Rancangan Pelaburan Jangka Pendek dan Jangka Panjang. 10. Ramalan Terhadap Potensi Projek. 11. Analisis Pelanggan. 12. Rancangan Pemasaran dan Jualan. Justeru, koperasi yang mahu mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan perniagaan perlu membuat analisis terhadap rancangan yang ingin dilaksanakan merangkumi unjuran modal dan keuntungan serta mengetahui skor kredit bagi dipertimbangkan sebelum kelulusan pembiayaan. Perkara tersebut adalah asas kepada tahap keupayaan untuk membayar balik pinjaman mengikut terma dan kemampuan membayar semula pinjaman mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan. Selain menilai skor kredit dan kekuatan aliran keluar masuk akaunsemasa,koperasijugaperlumemastikansetiaprekodpengaliran tersebut mempunyai asas yang meyakinkan dan tidak mempunyai sebarang keraguan atau kesalahan transaksi. Koperasi juga harus bersedia dengan beberapa aspek tambahan seperti menganalisis maklumat dan undang-undang berkaitan, mengenalpasti sasaran pasaran, membentuk objektif yang ingin dicapai dan seterusnya membentuk strategi-strategi yang bersesuaian untuk dilaksanakan
Edisi Khas PELANCAR
17
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease