RENCANA
KEMENJADIAN INSAN KEPEMIMPINAN DALAM GERAKAN KOPERASI K ejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada banyak faktor. Antaranya ilmu pengalaman,
Bagi merealisasikan kemenjadian kepemimpinan dalam gerakan koperasi, kita mempunyai sumber modal insan yang berpotensi daripada platform koperasi berteraskan bidang pendidikan seperti koperasi sekolah, kolej, politeknik dan universiti. Penubuhan koperasi sekolah tercetus menerusi Persidangan Kerjasama Malaya 1953 hasil persetujuan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertanian pada era tersebut. Namun, hanya mula dilaksanakan pada tahun 1968, apabila Profesor Diraja Ungku A. Aziz membangkitkan semula idea penubuhan koperasi sekolah tersebut. Bagi merealisasikan usul tersebut dalam tahun 1968, sebanyak sembilan buah sekolah di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai perintis Gerakan Koperasi Sekolah. Antaranya Koperasi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Berhad, Pahang; Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Berhad, Terengganu dan Koperasi Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin Berhad, Perak. Kemudian ia dikembangkan di Sarawak dan Sabah pada tahun 1976. Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad menjadi koperasi sekolah pertama di Sarawak manakala Koperasi Sekolah Menengah Menggatal Berhad adalah koperasi sekolah pertama di Sabah. Daripada sembilan buah sekolah, koperasi telah berkembang pesat dan kini bilangannya telah mencapai 2,433 buah Koperasi Sekolah dengan keanggotaan seramai 1,603,293 orang, aset bernilai RM354 juta serta perolehan mencecah RM400 juta pada tahun lalu. (Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2019). kepakaran dalam sesuatu bidang dan gaya kepemimpinan berkesan yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Kepemimpinan yang cemerlang terhasil daripada pemimpin yang dinamik merangkumi sahsiah diri yang baik, minda yang sihat, bersikap positif, dan kebolehan untuk saling bekerjasama.
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Naib Presiden ANGKASA
Kini koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum sekolah seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ternyata kewujudan koperasi sekolah memberi impak dalam memupuk bakat kepemimpinan, minat berkoperasi dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Mereka berpeluang untuk menimba pengalaman dalam mentadbir urus, menanam sifat keusahawan dan meningkatkan ciri kepemimpinan melalui aktiviti koperasi sekolah.
18 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease