Koperasi bidang pendidikan tidak hanya terhad kepada koperasi sekolah semata-mata. Kesinambungan penglibatan pelajar lepasan sekolah dilanjutkan dengan proses mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Bagi peringkat pengajian tinggi, terdapat 82 buah koperasi universiti awam dan swasta termasuk koperasi siswa; 34 buah koperasi politeknik dan 76 buah koperasi kolej dengan jumlah keanggotaan 166,692 orang. (Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jun 2019). Penglibatan pelajar dalam koperasi siswa perlu dipertingkatkan serta dirancakkan lagi bagi memenuhi keperluan dan perkhidmatan dalam kampus masing-masing. Di samping itu, pelajar diberi peluang memperoleh pendapatan sampingan. Keadaan sedemikian boleh mengembangkan kreativti keusahawanan dalam perniagaan koperasi. Diharapkan melalui pengalaman yang diperoleh dan minat yang disemai di peringkat pengajian tinggi memungkinkan mereka menjadi koperator yang aktif dan inovatif apabila tamat pengajian. Di samping itu, dapat membantu memenuhi sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia menghasilkan ramai graduan menceburi bidang keusahawanan. Sehubungan itu, amat penting proses kesinambungan kemenjadian kepemimpinan koperasi perlu ada dari peringkat sekolah sehinggalah ke pengajian tinggi. Ternyata, kewujudan koperasi bidang kesedaran kepentingan sosioekonomi serta mengamalkan cara hidup muafakat dalam kalangan generasi muda. Keperluan penggerak koperasi daripada pelbagai disiplin ilmu hendaklah diperkasa sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan diharap dapat melahirkan pemimpin yang profesional dari pelbagai sektor dan minat berkoperasi bagi bersama-sama membantu meningkatkan sosioekonomi anggota dan masyarakat. pendidikan mampu menyemai ANGKASA menyedari koperasi bidang pendidikan merupakan platform asas latihan keusahawanan koperasi bagi melestari keupayaan modal insan dalam usaha kecemerlangan sektor koperasi pada masa depan serta menyumbang kepada kemakmuran negara.
» Gambar hiasan.
“Penglibatan pelajar dalam koperasi siswa perlu dipertingkatkan serta dirancakkan lagi bagi memenuhi keperluan dan perkhidmatan dalam kampus masing-masing. Di samping itu, pelajar diberi peluang memperoleh pendapatan sampingan. Keadaan sedemikian boleh mengembangkan kreativti keusahawanan dalam perniagaan koperasi. Diharapkan melalui pengalaman yang diperoleh dan minat yang disemai di peringkat pengajian tinggi memungkinkan mereka menjadi koperator yang aktif dan inovatif apabila tamat pengajian. Di samping itu, dapat membantu memenuhi sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia menghasilkan ramai graduan menceburi bidang keusahawanan. Sehubungan itu, amat penting proses kesinambungan kemenjadian kepemimpinan koperasi perlu ada dari peringkat sekolah sehinggalah ke pengajian tinggi.”
Edisi Khas PELANCAR
19
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease