JPAN SABAH
» Bangunan JPAN Sabah yang beralamat di Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jalan Pantai Sembulan, 88582 Kota Kinabalu, Sabah.
Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh Pengerusi JPAN Sabah
TINGKAT KEAHLIAN
Menurutnya, pada tahun 2019, menyaksikan sebanyak 35 buah koperasi sahaja menganggotai JPAN ANGKASA.Hanya seramai lima orang pegawai kerja JPAN Sabah yang memandu sektor-sektor sedia ada. Oleh yang demikian ANGKASA Negeri juga bersama-sama berusaha untuk mencapai sasaran tersebut. Dari segi keahlian pula, JPAN telah berusaha bersunguh-sungguh hanya berupaya mencapai 15 peratus daripada 85 peratus sasaran keahlian dalam tahun 2019. Walau bagaimanapun, menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia, hampir 15 peratus koperasi yang dorman di negeri itu, tidak boleh mengadakan mesyuarat agung kerana akaun tidak dapat diaudit.Antara faktor koperasi tidak aktif,antaranya adalah kurang minat dan komitmen Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mahupun anggota. SKM juga berjanji untuk berkolaborasi dengan JPAN iaitu setiap koperasi baharu yang berdaftar akan didaftarkan sebagai Ahli ANGKASA dengan diberikan borang keahlian ANGKASA kepada koperasi baharu. JPAN Sabah merakamkan terima kasih kepada Pengarah SKM Sabah yang baharu iaitu Encik Kastian Haji Dula yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada JPAN. Kursus induksi untuk koperasi yang menganggotai ANGKASA turut diadakan untuk koperasi keusahawanan, perbankan, kakitangan, francais serta halal hub. Setiap program perlu dihadiri sekurang-kurangnya 30 orang peserta, supaya penceramah lebih fokus dan mudah berinteraksi. Berkaitan mengenai sasaran kerajaan iaitu RM60 bilion untuk KDNK,beliau mewakili JPAN Sabah juga berharap,agar koperasi-koperasi besar yang menjalankan aktiviti keusahawanan seperti KOPEKS,KOSAN, KOPUSAMAJU dan Koperasi Tanjung Keramat Berhad dapat memberi impak kepada statistik perolehan masing-masing. Sektor Perladangan dan Pertanian juga adalah fokus JPAN Sabah, terutama dalam bidang ternakan lembu dan kambing. Antara koperasi
P engerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh ketika ditemui di pejabat JPAN di Kota Kinabalu baru-baru ini memberitahu, bahawa isu keahlian yang juga KPI kepada setiap JPAN, adalah merupakan satu perkara yang mencabar. Pada tahun yang sama, keahlian ANGKASA Negeri adalah sebanyak 605 koperasi daripada 1400 koperasi yang berdaftar di negeri Sabah. ANGKASA telah mewujudkan lapan sektor untuk merealisasikan aspirasi kerajaan mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM60 bilion melalui sektor koperasi. Sektor-sektor tersebut adalah: i. Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan. ii. Sektor Perladangan. iii. Sektor Peruncitan dan Pemborongan. iv. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN & PELANCONGAN Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
v. Sektor Pertanian dan Industri Tani. vi. Sektor Pembangunan Hartanah. vii. Sektor Pembangunan Komuniti. viii. Sektor Inovasi dan Teknologi.
20 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease