WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN PERAK

MEMPERKASA PEMBANGUNAN KOPERASI KARIAH MASJID » Bangunan JPAN Perak yang beralamat di No. 24 A & 26 A, Jalan Bestari B2, Medan Meru Bestari (Zon 5) Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

Haji Mohd Rosli Haji Basri Pengerusi JPAN Perak

KKM mengadakan tiga lawatan ke KKM As Salam Puchong Perdana Berhad dan KKM Qaryah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad di bawah anjuran JPAN Perak, supaya anggota koperasi berpeluang menyaksikan secara langsung.Tujuan lawatan tersebut untuk melihat bagaimana KKM beroperasi menjalankan kegiatan koperasi masing-masing. Walau bagaimanapun, KKM berpotensi untuk aktif sekiranya, mendapat sambutan dari kariah kawasan itu sendiri,terutama di bandar- bandar.Ia juga merupakan satu cabaran kepada KKM,apabila kebanyakan Anggota Lembaga Koperasinya (ALK) terdiri daripada warga emas, yang memerlukan lebih ramai pelapis muda bagi mendorong aktiviti koperasi dengan penuh kesungguhan. KKM Ar Rashidiah Selama Perak Berhad yang mempunyai dua kedai runcit desa adalah antara yang terbaik.Sementara itu,KKM Tun Keledang Jaya Berhad pula berjaya dengan kedai basuh keretanya, manakala, KKM Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad boleh berbangga dengan perniagaan kedai dobi dan kedai basuh kereta. Persaingan yang hebat turut dihadapi oleh KKM yang berhampiran dengan bandar, di mana banyak promosi perlu dibuat dan memerlukan penyeliaan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dalam bidang peruncitan pula, ALK perlu bekerjasama dengan pihak Pejabat Agama Islam supaya bidang tersebut dapat dimajukan dengan cemerlang.

» Car Wash Milik Koperasi Kariah Masjid Taman Keledang Jaya Kinta Berhad

B ercakap mengenai Koperasi Kariah Masjid (KKM) di Negeri Perak, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN), Haji Mohd Rosli Haji Basri berkata, terdapat beberapa KKM yang masih perlu dibantu untuk berkembang maju di negeri itu.

22 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease