Ahli Jawatankuasa Masjid dan ALK yang kerap bertukar ganti, turut memberi impak pada kelancaran perjalanan koperasi. Ini kerana Pejabat Agama Islam akan melantik Ahli Jawatankuasa yang baru untuk masjid kariah tersebut,manakala,Ahli Lembaga KKM dilantik oleh anggota KKM. Apabila sesebuah Mesyuarat Agung Permulaan KKM diluluskan, ANGKASA akan memberi taklimat bagi meningkatkan kefahaman anggota dan memastikan sistem kewangan berjalan lancar. Penubuhan awal KKM adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi umat Islam setempat. ANGKASA sendiri membantu dalam menggerakkan KKM dengan memberi peruntukan sebanyak RM500 untuk mesyuarat permulaan KKM. Bagi meningkatkan kefahaman ahli kariah koperasi, lebih 45 buah KKM di Negeri Perak telah menjalani Bengkel Pemerkasaan yang diadakan oleh pihak ANGKASA. Harapan Haji Mohd Rosli Haji Basri, agar ANGKASA dapat mewujudkan modul khas untuk memperkasaan KKM yang turut melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri itu. Sokongan juga perlu diperoleh daripada KKM dengan memaklumkan kepada ahli,mengenai objektif,misi dan visi pelaksanaan KKM,selain ahli perlu memberi sokongan dengan pembelian barangan koperasi serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti koperasi dari semasa ke semasa.
Bagi perancangan tahun 2020, JPAN Perak akan menjalankan aktiviti bersama ANGKASA Pusat dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, akan fokus kepada projek jagung bijian, tanaman nanas dan juga ternakan lembu.
» Car Wash Koperasi Kariah Masjid Taman Keledang Jaya Kinta Berhad
Senarai Program Anjuran JPAN Perak Sepanjang 2019
Bil.
Aktiviti 1. Taklimat Sektor Perkhidmatan Kewangan - ‘Pelaburan Dan Pembiayaan Kepada Koperasi’ 2. Kursus Induksi Koperasi Ahli Baru ANGKASA Negeri Perak 3. Bengkel Projek Berkelompok Coop Qurban 2019 4. Majlis Dialog Pengetua-Pengetua Negeri Koperasi Sekolah Negeri Perak
5. Bengkel Lembu Qurban ANGKASA Negeri 6. Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA 2019
7. Program Penyelarasan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Perak 8. Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi Negeri Perak
9. Majlis Penyerahan Zakat Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 10. Majlis Berbuka Puasa JPAN Perak Bersama Koperasi Kariah Masjid Al-Ridzuan Parit Buntar Perak Berhad 11. Majlis Berbuka Puasa JPAN Perak Bersama Anak-Anak Yatim Asrama Anak-Anak Yatim Soleha, Kampung Air Papan Tanjung Tualang Perak 12. Kejohanan Petanq Koperasi Dewasa Peringkat Negeri Perak 13. Bengkel E-Usahawan Koperasi 2019 14. Konvensyen YESS Peringkat Negeri Perak 15. Bengkel Pematuhan Syariah & Pra Pengesahan Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA) 2019 16. Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Perak 2019 17. Seminar Sektor Peruncitan & Pemborongan – “Pengembangan Dan Pengedaran Produk Halalan Toyyiban Dalam Gerakan Koperasi” 18. Seminar Sektor Peruncitan & Pemborongan – “Kepelbagaian Produk Dan Pembangunan Kiosk Koperasi Sekolah” 19. Kursus Pembangunan CoopSpa Dan Lawatan Penanda Aras Pusat Dialisis” Peringkat Negeri Perak 2019 ke Koperasi Kecantikan Dan Spa Terengganu, Kuala Terengganu & Pusat Dialisis MyANGKASA di Pahang Zon 2 20. Bengkel Inovasi Keusahawanan Koperasi Peringkat Negeri Perak 21. Taklimat Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Sektor Komuniti Peringkat Negeri Perak 2019
Edisi Khas PELANCAR
23
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease