WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN PAHANG ZON 1

Haji Mohd. Zahidi Haji Husain Pengerusi JPAN Pahang Zon 1 PERTINGKAT CABANG PERNIAGAAN KOPERASI SEKOLAH » Bangunan JPAN Pahang Zon 1 yang beralamat di B- 268, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

A NGKASA sentiasa menitikberatkan pencapaian dalam perniagaan koperasi selain berusaha mencari peluang-peluang baharu tentang bagaimana untuk meningkatkan lagi cabang perniagaan menerusi pelbagai produk dan perkhidmatan oleh koperasi. Operasi koperasi sekolah yang berada di bawah tadbir urus ANGKASA Negeri Pahang (Zon 1) sentiasa dipantau selain diberi bimbingan secara berterusan. Hal ini bagi memastikan standard operasi perniagaan yang dijalankan sentiasa memenuhi matlamat pengurusan dan mampu menjana peningkatan perolehan jualan. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1,Haji Mohd Zahidi Haji Husain berkata,persekitaran ekonomi yang sesuai dengan kelebihan dan budaya tempatan khususnya di Kuantan boleh dijadikan sebagai platform paling sesuai untuk menggalakkan percambahan cabang-cabang perniagaan.

Katanya, usaha bagi menggalakkan budaya niaga secara yang lebih meluas melalui gerakan koperasi sekolah perlu diperkasa melalui kepelbagaian cabang perniagaan seperti memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu selain kaedah penyampaian atau hebahan publisiti secara lebih meluas. Antara perniagaan yang boleh diberi perhatian dan dikembangkan oleh koperasi sekolah adalah seperti mewujudkan jenama produk sendiri berasaskan makanan dan minuman, menghasilkan sendiri cenderamata pelancongan koperasi, alat tulis, beg dan pakaian. ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 sentiasa bersedia untuk dihubungi dan membantu dalam mencari pendekatan baharu bidang perniagaan demi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi koperasi sekaligus memperkasa gerakan koperasi secara keseluruhannya. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 (Kuantan)

B-268, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel. : 09-5130246 Faks : 09-5130869 E-mel : jpn_pahang 1@angkasa.coop Facebook : Angkasa Pahang Zon 1 Whatsapps : 016-5835415

24 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease