JPAN PAHANG ZON 2
» Bangunan JPAN Pahang Zon 2 yang beralamat di No.2, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2, Bandar Semantan, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Haji Mansor Ab. Rahman Pengerusi JPAN Pahang Zon 2
KEMBANG INDUSTRI TERNAKAN IKAN PATIN
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
U saha bagi memperkasa industri ternakan ikan patin melalui Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang akan terus dipergiat. Hal ini memastikan sektor tersebut terus berdaya saing dan berupaya mewujudkan peluang-peluang baharu yang lebih signifikan demi kepentingan koperasi dan anggotanya. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman berkata, Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang yang ditubuhkan sejak tahun 2014 terus bergerak maju dalam membangunkan industri ternakan ikan khususnya ikan patin. Katanya, selain membantu dalam pembangunan industri hiliran seperti pemasaran,ANGKASA juga berhasrat untuk membeli makanan atau palet ikan dengan kuantiti secara pukal dan menyimpannya di setor yang akan dibina di atas sangkar ikan itu sendiri bagi memudahkan pengurusan.
Selain itu katanya, lebihan palet tersebut boleh dipek dan dijual semula oleh konsortium dan dijual semula kepada penternak yang lain dengan harga yang lebih kompetitif. Ini sekaligus dapat membantu meningkatkan perolehan konsortium menerusi aktiviti hiliran yang baharu. Menurut beliau, setakat ini sebanyak 20 buah sangkar telah menjalankan operasi ternakan di kawasan sekitar Temerloh dengan kapasiti jualan tahunan sekitar RM100 ribu untuk patin segar. Namun konsortium menyasarkan rangkaian sangkar konsortium sehingga 100 buah dalam usahanya untuk memenuhi permintaan ikan patin segar yang sentiasa tinggi di pasaran. ANGKASA sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama, sokongan dan pandangan daripada mana-mana pihak yang ingin bersama ANGKASA dalam industri penternakan ikan patin terutamanya dalam aspek pembangunan penyelidikan, teknologi, inovasi dan pemasaran. Sokongan dan bantuan yang diberikan itu sangat bermakna dan amat penting demi kemajuan bersama kerana potensi yang ada pada industri tersebut sebenarnya berpotensi untuk lebih berkembang maju dan memberi pulangan ekonomi yang bermakna sekiranya mampu diuruskan secara lebih sistematik dan pengurusan yang mapan.
26 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease