Katanya, keadaan cuaca dan topografi di kawasan Bentong, Raub, Lipis dan Cameron Highlands umpamanya amat sesuai untuk tanaman kontan seperti serai, pisang, jagung dan durian. Banyak pihak yang telah menanam tanaman tersebut tetapi bukan dalam skala yang besar. Selain itu, Bentong juga dilihat sebagai lokasi yang amat strategik untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan stok pertanian atas faktor laluannya yang berdekatan dengan Lebuhraya Pantai Timur. Kelebihan tersebut sangat memudahkan untuk pemborong atau peniaga di seluruh negara datang mengambil dan menyelaras edaran secara lebih pantas dan menjimatkan. Justeru, ANGKASA Pahang Zon 3 mahu mengambil pendekatan baharu dalam membangun dan merangsang perniagaan koperasi menerusi program pembangunan produk hasilan berasaskan pertanian tersebut khususnya tanaman yang diusahakan di kawasan sekitar Pahang untuk dipasarkan secara lebih meluas dan aktif. Berasaskan kepada kajian lapangan dan maklum balas yang diterima oleh kalangan warga koperasi, ANGKASA Pahang Zon 3 akan
mengambil inisiatif membantu memperkasa perniagaan yang sedang dan mahu diusahakan oleh koperasi dan anggotanya khususnya pengeluaran produk makanan berasaskan hasilan pertanian. Produk tersebut sekiranya dapat dibangun dan diuruskan secara mampan,boleh berjaya di pasaran serta dijadikan sebagai lambang atau identiti produk keluaran koperasi Pahang sama ada di pasaran domestik mahupun luar negara. ANGKASA Pahang Zon 3 juga berharap agar koperasi ahli dan anggotanya dapat mengambil inisiatif dan kelebihan yang sedia wujud itu dengan memakmurkan pertanian melalui penghasilan produk asas atau produk diproses keluaran koperasi sebagai antara aktiviti perniagaan.
PERANGKAAN KEAHLIAN AHLI ANGKASA PAHANG ZON 3 Koperasi Dewasa : 169 Koperasi Sekolah : 52
Senarai Program Anjuran JPAN Pahang Zon 3 Sepanjang 2019
Bil. Aktiviti 1. Kursus Modal Insan 3 (KMI 3) – Memahami Penyata Kewangan Koperasi oleh Koperasi FELDA TersangTiga Berhad 2. Kursus Modal Insan 1 (KMI 1) –KursusTadbir Urus Koperasi oleh Koperasi Kariah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Bentong Berhad 3. Taklimat Memperkasakan Gerakan Koperasi ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 4. Kursus Modal Insan 2 (KMI 2) – Kursus Tatacara Mesyuarat Agong Koperasi oleh Koperasi Pusat Sayyidatina Aishah Bentong Berhad 5. Kursus Modal Insan 2 (KMI 2) – Kursus Tatacara Mesyuarat Agong Koperasi oleh Koperasi Koperasi Usahawan Kecil Raub Berhad 6. Kursus Modal Insan 3 (KMI 3) – Memahami Penyata Kewangan Koperasi oleh Koperasi Permata Raub Berhad 7. Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 8. Kursus Modal Insan 1 (KMI 1) – Kursus Tadbir Urus Koperasi oleh Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad 9. Kejohanan Petanque Koperasi Dewasa dan Koperasi Sekolah Peringkat ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 Tahun 2019 10. Kunjung Hormat Jawatankuasa dan Kakitangan ANGKASA Pahang Zon 3 ke Pejabat Institut Koperasi Malaysia (IKM) Zon Timur 11. Kunjung Hormat Jawatankuasa dan Kakitangan ANGKASA Pahang Zon 3 ke Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang 12. Bengkel E-Usahawan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 13. Kursus Pembuatan Kek dan Roti Anjuran ANGKASA Pahang Zon 3 bersama Kolej Komuniti Lipis 14. Membuat Kempen Keahlian Koperasi Baru ANGKASA ke Koperasi SMK Agama Kuala Lipis Berhad 15. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Majlis Perasmian Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun 16. Seminar Kepimpinan Anggota Koperasi Negeri Pahang Zon 3. 17. Bengkel Prosedur Operasi (SOP) Pasar Mini dan Pengurusan Susun Atur serta Peragaan Barangan dengan Kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKM) Wilayah Kuala Lumpur 18. Kursus Induksi Koperasi Anggota Baru ANGKASA 19. Perjumpaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang bersama Jawatankuasa JPAN Pahang Zon 3 bagi program Kerjasama Pemasaran Produk IKS 20. Kursus Persediaan Koperasi dalam Bisness SPA Anjuran bersama ANGKASA Pahang Zon 3 dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) 21. Membuka Booth Pameran ANGKASA dan Jualan Produk Koperasi di Majlis Pelancaran Mini Karnival Pasar Komuniti Koperasi Daerah Bentong 22. Bengkel Asas Urutan Tradisional Anjuran Biro Pembangunan Wanita Pahang Zon 3 Bersama ANGKASA Pahang Zon 3 23. Bekerjasama Dalam Majlis Perasmian Outlet COOP Farmasi 24. Membuka Booth Pameran ANGKASA dan Jualan Produk Koperasi di Ekspo Jualan Koperasi Daerah Raub / Lipis dan Majlis Perasmian Kedai MYFARM Outlet (MFO) Koperasi Peserta FELDA Sungai Koyan Dua Berhad 25. Kursus Persediaan Koperasi Dalam Bisnes Homestay 26. Membuka Booth Pameran ANGKASA dan Jualan Produk Koperasi di Karnival Koi Nak Sihat – Lah Weh Siri 5: Bentong Jabatan Kesihatan Bentong 27. Program Ke Arah Memperkasakan Perniagaan Koperasi
Edisi Khas PELANCAR
29
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease