WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN TERENGGANU

JATI DIRI KOPERASI BENTUK IDENTITI KOPERASI

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Bangunan ANGKASA Negeri Terengganu yang terletak di Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1, Blok C, Dataran Emas Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Haji Mohamed Yusoff Pengerusi JPAN Terengganu

Katanya, usaha membangunkan sesebuah koperasi sebenarnya bukan hanya bergantung kepada semangat kerjasama semata-mata, tetapi lebih kepada penerapan nilai-nilai koperasi dalam diri setiap anggota. “Nilai Koperasi yang dimaksudkan adalah berasaskan berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Anggota koperasi turut menerima nilai-nilai etika termasuk Sadik, Amanah dan Telus yang sehingga kini menjadi pegangan setiap anggota koperasi,” katanya. Menurutnya lagi, Falsafah Koperasi iaitu “Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama”yang menitik beratkan kepada pembangunan anggota secara berterusan dapat dilihat, dinilai dan diukur jika falsafah ini sentiasa diamalkan tanpa mengira masa, tempat dan aktiviti koperasi. Sementara itu, dalam perkembangan gerakan koperasi di negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff menjelaskan, sehingga Disember 2019, sebanyak 631 buah koperasi menjadi ahli ANGKASA Negeri Terengganu dan usaha menerusi kempen keahlian sentiasa giat dilaksanakan bagi memastikan jumlah koperasi ahli ANGKASA meningkat dari masa ke semasa. Menurutnya lagi, JPAN Terengganu telah menunjukkan prestasi yang membanggakan menerusi pengiktirafan sebagai JPAN Terbaik (Tempat Pertama Dan Tempat Ketiga) pada tahun 2013, 2016 dan

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff menyatakan anggota koperasi wajar berpegang kepada jati diri koperasi kerana ia adalah identiti koperasi dan penerapannya amat penting dalam pembentukan anggota yang berjiwa koperasi. J ati Diri Koperasi adalah wadah kepada pembentukan anggota ke arah mewujudkan anggota koperasi yang seimbang dan harmonis dari segi intelek dan rohani. » Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri mendengar taklimat mengenai pemeliharaan ikan keli dalam tangki

30 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease