WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN NEGERI SEMBILAN

I su keahlian dalam gerakan koperasi sentiasa mendapat perhatian dan dibincangkan dari masa ke semasa. Ia melibatkan pertambahan bilangan anggota koperasi, malah dikaitkan dengan pertambahan perolehan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Lebih penting lagi, bimbingan harus diberikan kepada koperasi yang dorman mahupun tidak aktif, supaya jumlah bilangan tersebut yang tercatat pada statistik dapat dikurangkan. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah ketika ditemui PELANCAR berkata, antara punca koperasi tidak aktif adalah kerana Anggota Lembaga Koperasinya tidak aktif dalam menjalankan kegiatan yang dirancang termasuk masalah kewangan ekoran akaun yang tidak diaudit. Sehingga 31 Disember 2019, terdapat 788 buah koperasi berdaftar di Negeri Sembilan. 492 buah daripadanya aktif manakala yang dorman sebanyak 208 buah koperasi dan 88 buah lagi tidak aktif.Daripada jumlah tersebut,sebanyak 555 buah daripadanya adalah ahli ANGKASA,425 buah aktif manakala 81 buah dorman dan 49 buah tidak aktif. Di Negeri Sembilan sahaja, gerakan koperasinya mencatat RM180 juta perolehan dengan keanggotaan seramai 290 ribu orang. Bercakap mengenai sasaran keahlian di Negeri Sembilan, setakat ini 70 peratus daripada 85 peratus KPI yang ditetapkan telah berjaya dicapai. 2020 SASAR KOPERASI LEBIH MAJU DALAM SEKTOR Business Centre, Jalan Dato’ Siamang Gagap 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. . » Bangunan JPAN Negeri Sembilan yang beralamat di No.4, Tingkat 1, Jalan Durian Emas 2, Betaria

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Pengerusi JPAN Negeri Sembilan

berterusan seperti mengadakan Taklimat Keahlian dengan mengunjungi koperasi-koperasi yang masih belum menjadi ahli ANGKASA di samping bekerjasama dengan pihak SKM Cawangan Negeri Sembilan untuk menggalakan koperasi menjadi ahli ANGKASA. ANGKASA sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan dan bimbingan, latihan serta khidmat nasihat kepada koperasi yang memerlukan bantuan namun koperasi juga perlu meningkatkan daya usaha dan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi bagi memastikan perolehan koperasi menjadi lebih baik dengan mengambil contoh koperasi seperti Koperasi Groom Big Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Serbamaju Daerah Jempol Berhad, Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad dan Koperasi Anggota-Anggota Kerajaan Negeri Sembilan Berhad. Dalam usaha memperkasakan gerakan koperasi di Negeri Sembilan, fokus utama pada tahun 2020 adalah penglibatan koperasi dalam perniagaan dan perkhidmatan melalui 8 Sektor yang digerakan oleh pihak ANGKASA. Selari dengan itu, diperingkat JPAN Negeri Sembilan, empat Jawatankuasa Sektor ANGKASA Negeri Sembilan telah ditubuhkan dengan penglibatan Anggota JPAN Negeri Sembilan dan wakil dari koperasi terpilih. Fungsi utama Jawatankuasa ini adalah sebagai kumpulan pemikir bagi merancang dan melihat keperluan gerakan koperasi di Negeri Sembilan melalui kepakaran, kemahiran dan pengalaman setiap ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, untuk meningkatkan peratusan keahlian ANGKASA di Negeri Sembilan pelbagai gerak kerja telah diadakan secara

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah turut berkongsi pandangan bahawa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan mempunyai

32 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease