WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN PULAU PINANG

ISTAC MAMPU JADI PRODUK PELANCONGAN BERTARAF ANTARABANGSA DI PULAU PINANG

» Bangunan JPAN Pulau Pinang yang beralamat di No. 1–B, Tingkat 1, Lintang Sungai Tiram 5, Sunway Prima, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. .

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

I ndustri pelancongan di Pulau Pinang dijangka mencatat pertumbuhan kukuh sekali gus memainkan peranan yang signifikan kepada ekonomi di negeri tersebut. Pelancongan pendidikan juga antara yang dikenal pasti sebagai salah satu sub-sektor pelancongan yang semakin berkembang di Pulau Pinang. PELANCAR berpeluang menemubual Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman untuk menyelami pandangan beliau terhadap penglibatan koperasi-koperasi sekolah dalam industri pelancongan dan pencapaian gerakan koperasi sekolah di negeri tersebut. PELANCAR : Bagaimana koperasi sekolah khususnya di Pulau Pinang dapat memainkan peranan untuk membantu meningkatkan industri pelancongan? Terima kasih. Saya melihat Inter School Co-operative Tourism of ANGKASA (ISTAC) atau yang dahulunya dikenali sebagai Pelancongan Koperasi Sekolah mempunyai prospek yang cukup besar untuk dijadikan sebagai produk pelancongan bertaraf antarabangsa. Koperasi-koperasi sekolah seharusnya menggunakan kelebihan yang ada di negeri ini untuk menawarkan pakej-pakej percutian menarik. Dalam usaha kita hendak menarik pelajar-pelajar luar negara menyertai ISTAC, kita perlu pastikan program ini berjalan dengan lancar di peringkat tempatan dahulu. Justeru, mana-mana sekolah yang mempunyai kemudahan penginapan seperti asrama dan » Koperasi sekolah antara pihak yang akan turut menjayakan projek Tanjong Watefront Harbour Cruise yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pelancong untuk bersiar- siar di sepanjang pinggir pantai Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Haji Mohd Jamil Othman Pengerusi JPAN Pulau Pinang

» Koperator-koperator antarabangsa menyertai aktiviti pelancongan koperasi sekolah yang dijalankan oleh Koperasi SMKA (P) Al-Mashoor Berhad.

34 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease