pengangkutan awam seharusnya boleh memanfaatkan kemudahan tersebut untuk kegunaan pelawat-pelawat luar dan boleh memberi pendapatan tambahan kepada koperasi. Kebanyakan koperasi sekolah di Pulau Pinang yang aktif dalam ISTAC mempunyai kemudahan asrama dan ini sedikit sebanyak membantu operasi pelancongan mereka. ANGKASA Pulau Pinang juga sedang berusaha merealisasikan sebuah projek pelancongan iaitu Tanjung Waterfront Harbor Cruise dan kami mengalu-alukan mana-mana koperasi sekolah yang mahu terlibat secara langsung dalam projek ini. Apakah kelebihan-kelebihan yang boleh dijadikan sebagai contoh untuk dikongsi oleh koperasi-koperasi sekolah luar negara? Pada pandangan saya, kepimpinan yang efektif merupakan satu kelebihan yang ada pada koperasi-koperasi sekolah di seluruh negara termasuk Pulau Pinang. Sepanjang 20 tahun saya berkhidmat sebagai Ketua Unit Kokurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, saya menyaksikan sendiri jatuh bangun beberapa koperasi kerana kepimpinan. Hebat kepimpinan, maka hebat jugalah koperasi. Kedua, sifat jujur dan berintegriti yang ada pada pengetua, guru koperasi dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) turut memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah koperasi. Tiada guna jika seseorang pemimpin mahir dalam menguruskan perniagaan, tetapi tidak jujur dan amanah ketika melaksanakan tanggungjawab. Aroundtheworld.coop , sebuah projek yang disokong oleh International Co-operative Alliance yang telah mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian Koperasi MRSM Kepala Batas. Apakah usaha-usaha yang digerakkan oleh ANGKASA Pulau Pinang sendiri agar lebih banyak pencapaian seperti itu dapat dihasilkan pada masa hadapan. ANGKASA Pulau Pinang memfokuskan kepada usaha meningkatkan jumlah koperasi sekolah yang terlibat dalam pengusahaan kantin, perniagaan kedai runcit dan pelancongan koperasi sekolah. Kami telah membawa sejumlah pengetua, guru dan murid ke beberapa koperasi sekolah yang mengusahakan operasi kantin supaya mereka boleh melihat sendiri bahawa perkara tersebut boleh direalisasikan.
Pada tahun 2019, kami juga telah mengadakan Bengkel Master Plan Pengambilalihan Perniagaan Kantin Sekolah Bagi Koperasi Sekolah Negeri Pulau Pinang dan kami telah merangka Perancangan Strategik Pembangunan Perniagaan Kantin Koperasi Sekolah Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2020-2023.ANGKASA Pulau Pinang juga telah bekerjasama dengan Koperasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang Berhad untuk menggalakkan lebih banyak koperasi sekolah supaya terlibat dalam perniagaan kedai runcit melalui program ‘Coop Station’. Sejak diperkenalkan pada bulan Julai 2019, lebih 52 buah koperasi sekolah di Pulau Pinang telah menyertai program tersebut dan kami menyasarkan 80 peratus koperasi sekolah di negeri ini akan turut serta pada tahun 2020.
Apakah visi dan misi yang ingin dicapai untuk gerakan koperasi di Pulau Pinang?
Pencapaian Gerakan Koperasi Sekolah di Pulau Pinang tahun 2018 Saya mahu melihat koperasi-koperasi di Pulau Pinang mampu untuk berdaya maju dan berdaya saing. Saya berharap agar barisan kepimpinan gerakan koperasi di negeri ini berani mengambil risiko dan dalam apa jua cabaran yang dihadapi, mereka tahu untuk menentukan tindakan yang betul dan bersesuaian untuk diambil.
Koperasi Sekolah Mencatat Perolehan Melebihi RM1 juta MRSM Kepala Batas Koperasi Sekolah Mencatat Perolehan Melebihi RM700 ribu MRSM Transkrian Koperasi Sekolah Mencatat Perolehan Melebihi RM600 ribu MRSM Balik Pulau Koperasi Sekolah Mencatat Perolehan Melebihi RM400 ribu 1. SMK (P) St. George 2. SMK Heng Ee 3. SMK Tinggi Bukit Mertajam 4. SMK Agama Al-Irshad
Aktiviti JPAN Pulau Pinang Sepanjang Tahun 2019
Bil.
Aktiviti
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Majlis Taklimat Coop Station
Program Pelancongan Koperasi Sekolah Program Tea-Talk Bersama Naib Presiden Program Wanita: Kursus Kecantikan & Spa Program Tea-Talk Koperasi Bersama JPAN
Bengkel Kraftangan Bahan Terpakai (Bahan Terbuang) Program Pasar Coop & Karnival Keusahawanan Zon Utara Bengkel Mobile Spa ANGKASA Peringkat Negeri Pulau Pinang Kejohanan Petanque Peringkat ANGKASA Negeri Pulau Pinang Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA Peringkat Negeri Pulau Pinang Program Pemerkasaan dan Pemantapan Produk-Produk Kewangan Program Memperkasakan Perniagaan Kiosk Koperasi Sekolah 2019
10. 11. 12.
13. Dialog Pengetua / Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Perniagaan 14. Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Pulau Pinang 15. Car Boot Sales – Program Pasar Coop & Karnival Keusahawanan Zon Utara 16. Kursus Penjenamaan Produk dan Perniagaan Runcit Peringkat Negeri Pulau Pinang 17. Program Kempen Keahlian & Kursus Induksi Anggota Koperasi Baru Pulau Pinang 2019 18. Bengkel Pembangunan Pendidikan Zakat Dalam Ekonomi Koperasi di Negeri Pulau Pinang 19. Bengkel Pembangunan Projek Ternakan Lembu dan Jagung Bijian bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang 20. Bengkel Master Plan Pengambilalihan Perniagaan Kantin Sekolah bagi Koperasi Sekolah Negeri Pulau Pinang 21. Majlis Pengagihan Zakat Perniagaan ANGKASA bagi Projek Cuci Kereta Koperasi Qaryah Masjid di Negeri Pulau Pinang
Edisi Khas PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease